Hamza al-Ghamdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hamza al-Ghamdi
Hamza al-Ghamdi.jpg
Kelahiran Hamza al-Ghamdi
(dalam bahasa Arab: حمزة الغامدي)

(1980-11-18)18 November 1980
Wilayah Al Bahah, Arab Saudi
Kematian 11 September 2001(2001-09-11) (umur 20)
Manhattan, New York, Amerika Syarikat
Saudara Ahmed al-Ghamdi (abang)

Hamza al-Ghamdi (Bahasa Arab: حمزة الغامدي‎, Ḥamzah al-Ghāmdī) (18 November 1980[1] – 11 September 2001) ialah salah satu daripada lima orang perampas Penerbangan 175 United Airlines dalam serangan 11 September 2001.

Lahir di Arab Saudi, Ghamdi meninggalkan keluarganya untuk berjuang di Chechnya dan mungkin dihantar ke kem latihan al-Qaeda di Afghanistan di mana beliau dipilih untuk menyertai serangan 9/11 di samping abangnya, Ahmed.

Adik-beradik al-Ghamdi tiba di AS pada Mei 2001 dengan visa pelancong dan membantu merancang pelaksanaan serangan. Pada 11 September 2001, Ahmed dan Hamza menaiki Penerbangan 175 lalu merampas kapal terbang itu supaya Marwan al-Shehhi boleh menghempaskannya ke dalam Menara Selatan World Trade Center.


Rujukan[sunting | sunting sumber]