Haq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haq
PosterHaq2011.png
Poster Haq.
PengarahHor Chee Leong, Jumaatun Azmi
PenerbitKasehDia Pictures
PenulisNur Hussein
Dibintangi olehZul Huzaimy
Adi Putra
Nanu Baharuddin
Raja Farah
SinematografiJumaatun Azmi
Mula ditayangkan
Malaysia 27 Januari 2011
Tempoh tayangan
90 min.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 2.5 juta[1]
Pecah panggungRM 0.80 juta[2]

Haq ialah sebuah filem cereka Malaysia yang dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Adi Putra sebagai pelakon utamanya. Filem ini menggunakan khidmat pengarah dari Hong Kong iaitu Hor Chee Leong dibantu oleh Jumaatun Azmi.

Haq yang mengisahkan tentang sepasang adik-beradik yang dikurniakan kuasa ajaib ini pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada tahun 2010, namun tarikh penayangannya telah ditunda dan telah ditayangkan pada 27 Januari 2011.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Haq dan Bad merupakan adik-beradik angkat berbapakan Tuan Haji Ibrahim. Haq dikurniakan kuasa kharomah dan mampu mengalihkan objek dengan kuasa mindanya. Berbeza dengan Haq yang mempunyai keperibadian yang baik serta bijak, Bad lebih bersifat memberontak dan degil. Atas kedegilan Bad, ibu mereka mati di depan mata mereka. Sesudah dewasa, Bad gemar berkawan dengan samseng-samseng berbanding Haq yang melanjutkan pelajarannya.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zul Huzaimy sebagai Haqim Ibrahim, protagonis filem ini.
  • Adi Putra sebagai Badrul Ibrahim, si antagonis.
  • Nanu Baharuddin sebagai Zahra
  • Raja Farah sebagai Aina
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Lang
  • Zulkifli Ismail sebagai Tuan Haji Ibrahim
  • Ammar Adli Bin Mohamed Norin sebagai Haq semasa kecil.
  • Amirul Adli Bin Mohamed Norin sebagai Bad semasa kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syafiqah Jalal (2010). "HAQ Bakal Tembusi Pasaran Luar Melalui United Studios". murai.com.my. Dicapai 2011-01-01. 
  2. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, FINAS. 9 Februari 2011. Diambil pada 9 Februari 2011.
  3. ^ Kulanz (2010) Filem HAQ Bakal Ditayangkan Pada Januari 2011, kulanzsalleh.com. Capaian 2011-01-01

Pautan luar[sunting | sunting sumber]