Fatimah Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fatimah Abu Bakar
Kelahiran1955 (umur 63–64)
Pulau Tikus, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, wartawan, penulis, jurulatih lakonan
Tahun aktif1984–kini
PasanganSyed Zainal Rashid Al-Yahya
Anak4
Ibu bapaAbu Bakar Mohd Noor (bapa)
Rohani Tan Mooi Gee (ibu)

Fatimah Abu Bakar (lahir 1955) merupakan seorang pelakon, wartawan dan penulis wanita Malaysia.[1] Selain kerjaya lakonan, beliau pernah menjadi wartawan dan penulis akhbar New Straits Times dan menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia. Anak-anak beliau—Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[2]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1955 di Pulau Tikus, Pulau Pinang[3] kepada pasangan Abu Bakar Mohd Noor yang berketurunan Bengali-Melayu dan Rohani Tan Abdullah (lahir Tan Mooi Gee) yang berketurunan Cina.[2] Fatimah mendapat pendidikan awalnya di Residency Road Girls School dan pendidikan menengah di St. George’s Girl School yang kedua-duanya terletak di Pulau Pinang. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM).[2]

Selepas tamat belajar di UiTM, beliau mendaftarkan dirinya di New Straits Times sebagai wartawan amali dan kemudiannya diterima sebagai wartawan,[3] dan seterusnya berkhidmat sebagai penulis ruangan bertajuk "I Am Women".[2] Fatimah juga mempunyai minat mendalam dalam seni teater yang dipelajari sejak bangku sekolah, dan pernah terbabit dalam pementasan di Kelab Teater Kuala Lumpur.

Sepanjang aktif dalam teater, Fatimah juga diperkenalkan dengan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Allahyarham Mustaffa Noor.[3] Bermula dari situ, beliau mendalami banyak perkara tentang teater, lakonan dan sebagainya dan terus mengikut mereka bergiat dalam filem dan juga drama televisyen.[3]

Beliau telah dipanggil oleh pengendali televisyen berbayar, ASTRO sebagai pelatih untuk rancangan realiti TV, Akademi Fantasia di mana beliau ditugaskan melatih bakat-bakat baharu dalam bidang seni muzik dan lakonan.[3] Fatimah menubuhkan Salt Media Consultancy dan Artitude Productions yang masing-masing mengkhususkan kepada editorial, penerbitan bahan bercetak, melatih golongan korporat dalam pengucapan awam dan bakat baharu dalam bidang lakonan.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan dikurniakan empat anak perempuan, iaitu Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana yang semuanya bergiat aktif dalam bidang lakonan.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Maria (1984) - telefilem
  • Cinta (2006) - filem
  • Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka (2007) - dokumentari pendek, penghargaan
  • Haq (2010) - filem
  • J Revolusi (2017) - filem
  • KL24: Zombies (2017)
  • Keabadian Cinta (2010)
  • Hajar Aswad (2011)
  • Menunggu Hujan Teduh (2016)
  • Kembalikan Syawalku (2017)
  • Nur (2018)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brigitte Rozario (9 November 2009). Meet supermum Fatimah Abu Bakar The Star. Diperoleh pada 2 Julai 2010.
  2. ^ a b c d Where I’m coming from: Fatimah Abu Bakar Poskod.my. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  3. ^ a b c d e f g Aini Nawawi (20 Ogos 2017). Fatimah Abu Bakar suka berimaginasi Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]