Pergi ke kandungan

Hari Pembebasan Kebangsaan Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gwangbokjeol(광복절)
Pejuang kemerdekaan Korea dibebaskan, sekitar 1945
Nama rasmiGwangbokjeol (Korea Selatan)
Jogukhaebangŭi nal (Korea Utara)
Juga dikenali sebagai
Liberation Day of Korea
Diraikan oleh/di
Orang Korea
(seperti di Korea Utara, Korea Selatan)
JenisKebangsaan, umum
KepentinganMenyambut Hari Kemenangan ke atas Jepun, dimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet membebaskan Korea dari cengkaman Empayar Jepun dan pemerintahannya di Korea dari 1910 hingga 1945.
TarikhOgos 15
Hari Pembebasan Korea
Nama di Korea Selatan
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGwangbokjeol
McCune–ReischauerKwangbokchŏl
Nama di Korea Utara
Hangul
조국해방의 날
Hanja
Perumian SemakanJogukhaebangui nal
McCune–ReischauerChogukhaebang'ŭi nal

Hari Kembalinya Cahaya (Korea: 광복절; Hanja: 光復節 Gwangbokjeol)[1] adalah hari perayaan yang disambut setiap tahun pada 15 Ogos di Korea Selatan dan Utara (juga sebagai 조국 해방 의 날 Chogukhaebangŭi nal "Hari Pembebasan Tanah Air" di sana) menyambut penumpasan Empayar Jepun yang menyerah kalah lalu menamatkan Perang Dunia Kedua serta penjajahan Jepun ke atas kerajaan Korea yang sudah pernah berdaulat (yakni "cahaya" kemerdekaan yang disebutkan).[2] Ia satu-satunya cuti umum di semenanjung Korea yang disambut kededua Korea Utara dan Korea Selatan[3] kerana penting bagi identiti Bangsa Korea.[4]

Sebuah bendera Jepun di Seoul diturunkan pada 1945 sambil askar-askar A.S memerhati.

Selepas Semenanjung Korea dibebaskan oleh pihak Bersekutu pada tahun 1945, kerajaan Korea yang bebas diwujudkan tiga tahun kemudian, pada 15 Ogos 1948, ketika tokoh pro-Amerika Syngman Rhee dipilih sebagai Presiden pertama Korea Selatan dan pro-Soviet Kim Il-sung menjadi Pemimpin pertama Korea Utara. Gwangbokjeol secara rasmi ditetapkan sebagai cuti umum pada 1 Oktober 1949 di Korea Selatan dan dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah "Hari Pembebasan Tanah Air") di Korea Utara.[5]

Budaya pop

[sunting | sunting sumber]

The Peak atau Life of Lee Youk-sa, the Poet Who Embraced Epoch, yang dibintangi oleh Kim Dong-wan dari boyband Shinhwa adalah siaran drama khas dua bahagian dari MBC untuk memperingati peristiwa Gwangbokjeol. Ia adalah mengenai kehidupan penyair dan aktivis kemerdekaan, Lee Youk-sa, yang hidup semasa Zaman Kolonial Jepun, dan meninggal dunia di penjara pada umur 40 tahun. Beliau meninggalkan 40 keping puisi tentang perjuangan Korea.[6]

  1. ↑ (dalam bahasa Korea) Gwangbokjeol at Doosan Encyclopedia
  2. ↑ "National Liberation Day of Korea (Gwangbokjeol) – Celebration of Independence". 22 March 2016.
  3. ↑ Seol Song Ah (7 Disember 2015). "Kim Jong Un's birthday still not a holiday". Daily NK. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  4. ↑ Belajar Bagaimana Korea Mencipta Identiti Dari Legenda Sejarah The Patriots Malaysia Dicapai 9 Oktober 2019.
  5. ↑ (Korea) Thinking of reunification through Gwangbokjeol, official blog of the Ministry of Unification
  6. ↑ Ho, Stewart (24 April 2012). "Kim Dong Wan's MBC Drama Receives Award at Houston International Film Festival". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 16 Disember 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]