Syngman Rhee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syngman Rhee
리승만
Presiden Korea Selatan Pertama
Naib PresidenYi Si-yeong
Kim Seong-su
Ham Tae-young
Chang Myon
Yun Posun
Didahului olehDirinya sendiri sebagai Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea
Digantikan olehYun Posun
Presiden Kerajaan Sementara Republik Korea
Perdana MenteriYi Donghwi
Yi Dongnyeong
Sin Gyu-sik
No Baek-rin
Park Eunsik
Didahului olehJawatan dibentuk
Digantikan olehPark Eunsik
Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea
TimbalanKim Koo
Didahului olehKim Koo
Digantikan olehDirinya sendiri sebagai Presiden Korea Selatan
Butiran peribadi
LahirRhee Syngman
18 April 1875
Neungnae-dong, Daegyeong-ri, Masan-myeon, Daerah Pyeongsan, Provinsi Hwanghae, Joseon
(kini Korea Utara)
Meninggal dunia19 Julai 1965(1965-07-19) (usia 90)
Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat
Tempat persemadianTanah Perkuburan Negara Seoul
KerakyatanJoseon (1875-1910)
Jajahan Jepun Korea (1910-1945)
Korea Selatan (1945-1965), Amerika Syarikat, Austria
Parti politikParti Liberal
PasanganSeungseon Park (1890~1910)
Francesca Donner (1934~1965)[1]
Anak-anakRhee Bong-su, 이봉수 (1898 - 1908)
Rhee In-soo / Yi In-su, 이인수 (lahir 1 September 1931, anak angkat)
Alma materUniversiti George Washington (B.A.)
Harvard University (M.A.)
Universiti Princeton (Ph.D.)
Tandatangan

Syngman Rhee (Korea: 리승만, disebut: [i.sɯŋ.man]; 18 April 1875 – 19 Julai 1965) ialah seorang negarawan Korea Selatan, satu-satunya Ketua Kerajaan Sementara Republik Korea serta Presiden negara tersebut yang pertama dari 1948 hingga 1960. Jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan selama tiga penggal (Ogos 1948 hingga April 1960) begitu dipengaruhi oleh ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea akibat Perang Dingin.

Rhee dianggap berfahaman anti-Komunis dan kapitalis yang kuat, dan beliau mengetuai Korea Selatan sewaktu berlangsungnya Perang Korea. Presiden berakhir dalam pengunduran diri berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mengenai suatu pilihanraya yang begitu dipertikaikan. Beliau meninggal dalam pengasingan di Honolulu, Hawaii.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rhee dilahirkan pada bulan April 1875 di Provinsi Hwanghae, namun terdapat pertikaian mengenai hari lahirnya sama ada ia berlaku pada 18[2] mahupun 26 April.[3] Keluarganya berpindah ke Seoul ketika beliau berusia 2 tahun, di mana beliau mengambil pengajian ilmu Konfusianisme lama di sekolah-sekolah persendirian (seokdang).[4] Beliau kemudiannya meneruskan persekolahannya di sebuah sekolah mubaligh Methodist[3][5] bernama Sekolah Pai Chai (배재학당; 培材學堂) dari 1894 hingga 1895[2] di mana beliau mempelajari bahasa Inggeris serta ilmu-ilmu moden.

Beliau menjadi ketua penulis bagi akhbar harian pertama Korea[6] iaitu Maeil Sinmun (매일신문; 每日新聞), serta Hyeopseong-hoe Hoebo (협성회 회보; 協成會會報;"Risalah Kelab Hyeopseong").[4]

Rhee menjadi antara pelopor gerakan kemerdekaan Korea melalui persatuan-persatuan tertentu seperti Kelab Hyeopseong dan Kelab Kemerdekaan (독립협회; 獨立協會) dengan merancang tunjuk perasaan menentang rasuah serta pengaruh penjajahan Empayar-Empayar Jepun dan Rusia.[6]

Sebagai Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 1948, Rhee memenangi[3][5][7] pilihan raya umum yang diadakan di negara itu dengan 92.3% undian mengalahkan Kim Gu yang mendapat 6.7% undian.[8] Pada 15 Ogos, Republik Korea ditubuhkan secara rasminya di Korea Selatan[7] dengan Rhee dilantik sebagai presiden pertamanya.[2][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KOREA: The Walnut". TIME. March 9, 1953. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-21. Dicapai pada 2010-03-20. In 1932, while attempting to put Korea's case before an indifferent League of Nations in Geneva, Rhee met Francesca Maria Barbara Donner, 34, the daughter of a family of Viennese iron merchants. Two years later they were married in a Methodist ceremony in New York.
  2. ^ a b c 이승만 [李承晩]. Doopedia (dalam bahasa Korea). Doosan Corporation. Dicapai pada March 12, 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b c "Syngman Rhee: First president of South Korea". CNN Student News. CNN. Dicapai pada March 13, 2014.
  4. ^ a b c 이승만. Encyclopedia of Korean culture (dalam bahasa Korea). Academy of Korean Studies. Dicapai pada March 13, 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b "Syngman Rhee". The Cold War Files. Cold War International History Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-14. Dicapai pada March 13, 2014.
  6. ^ a b Breen, Michael (April 18, 2010). "Fall of Korea's First President Syngman Rhee in 1960". The Korea Times. KoreaTimes.co.kr. Dicapai pada March 14, 2014.
  7. ^ a b "South Korea (1948-present)". Dynamic Analysis of Dispute Management Project. University of Central Arkansas. Dicapai pada April 8, 2014.
  8. ^ Croissant, Aurel (2002), "Electoral Politics in South Korea", Electoral politics in Southeast & East Asia, 370, VI, Singapore: Friedrich-Ebert-Stiftung, m/s. 234–237, ISBN 978-981-04-6020-4, dicapai pada April 8, 2014 Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]