Hari St Patrick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hari Santo Patrick
Hari Santo Patrick
Perayaan Hari St Patrick di Cork, Ireland, 2004.
Juga dikenali sebagai St Patrick's Day
St Paddy's Day
Patrick's Day
Paddy's Day
Diraikan oleh Rakyat Ireland dan penduduk dunia berketurunan Ireland
Jenis Kebangsaan, Etnik, Kristian
Tarikh 17 Mac
Sambutan Menghadiri misa atau sembahyang di gereja, menyertai perarakan, menghadiri Céilidh, memakai syamrok, memakai serba hijau

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Hari Santo Patrick (Bahasa Inggeris: Saint Patrick's Day, Bahasa Ireland: Lá Fhéile Pádraig) ialah perayaan tahunan yang disambut pada 17 Mac, sebagai tanda memperingati bakti Santo Patrick (circa 387–493 M), santo penaung Ireland yang paling dikenali ramai. Perayaan St Patrick yang bermula sebagai perayaan Kristian yang menjadi hari kenduri pada 1600-an, bagaimanapun kini lebih berbentuk perayaan sekular kebudayaan Ireland.

Selain menjadi cuti umum di pulau Ireland (Ireland Utara dan Republik Ireland), Hari St Patrick juga disambut secara meluas di kawasan-kawasan yang diduduki oleh ramai warga berketurunan Ireland, seperti di Great Britain, Kanada, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, New Zealand, Montserrat, dan lain-lain lagi.

Santo Patrick[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Santo Patrick

Walaupun tidak banyak yang kita ketahui mengenai kehidupan awal Patrick, namun sesungguhnya beliau lahir dalam sebuah keluarga Rom-British yang kaya-raya di pulau Britain yang dinaungi oleh Rom pada abad ke-5. Bapanya seorang paderi Gereja, begitu juga dengan datuknya. Ketika berusia 16 tahun, Patrick diculik oleh penyerang Ireland lalu diperhambakan di pulau.[1] Beliau dipercayai ditahan di sekitar pantai barat Ireland, mungkin sekali Mayo, tetapi tidak diketahui lokasi tepatnya. Menurut Pengakuannya, beliau bermimpi Tuhan memfirmankannya agar melarikan diri ke pantai untuk menaiki kapal untuk pulang ke Britain. Sekembalinya ke Britain, beliau terus menyertai Gereja di Auxerre di Gaul lalu menelaah untuk menjadi paderi.

Pada tahun 432, beliau mengaku diseru kembali ke Ireland, sebagai biskop untuk menyelamatkan bangsa Ireland, dan sememangnya beliau berjaya berbuat demikian, khususnya memelukkan kaum kerabat, bangsawan dan rakyat jelata ke agama Kristian. Dalam budaya rakyat Ireland, dipercayai bahawa salah satu kaedah pendakwahan Patrick adalah menggunakan syamrok untuk menerangkan Sangti Trinitas (Bapa, Anak, Roh Suci) kepada warga Ireland. Setelah menghabiskan hampir 30 tahun mengajar dan menyebarkan agama Kristian, Patrick menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mac 461 M, lalu dimakamkan di Downpatrick, itupun mengikut kepercayaan tradisi. Sungguhpun disusuli oleh mubaligh Rom yang lebih berjaya di Ireland, namun Patrick bertahan sebagai pejuang utama agama Kristian di Ireland, oleh itu beliau amat disanjungi dalam Gereja Ireland.

Warna hijau[sunting | sunting sumber]

Mengikut legenda, St Patrick menggunakan tumbuhan syamrok berdaun tiga, untuk menerangkan Sangti Trinitas kepada warga Ireland.

Mula-mulanya, St Patrick sebenarnya dikaitkan dengan warna biru,[2] tetapi lama-kelamaan warna hijau semakin dikaitkan dengan sambutan Hari St Patrick. Reben hijau dan syamrok dipakai untuk sambutan Hari St Patrick seawal abad ke-17.[3] Beliau dikatakan menggunakan tangkai syamrok yang berdaun tiga, untuk menerangkan Sangti Trinitas kepada warga Ireland pra-Krisitan, oleh itu pemakaian dan peragaan lambang dan reka bentuk syamrok sentiasa ada di mana sahaja perayaan ini disambut.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]