Warner Bros.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Warner Bros. Pictures)
Jump to navigation Jump to search
Warner Bros. Entertainment Inc.
Nama dahulu
Warner Bros. Pictures, Inc.
Anak syarikat
IndustriHiburan
PendahuluWarner Features Company
Ditubuhkan4 April 1923; 96 tahun yang lalu (1923-04-04)[1]
Pengasas
Ibu pejabatBurbank, California, Amerika Syarikat
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
  • Kevin Tsujihara
  • (Pengerusi dan CEO)
  • Toby Emmerich
  • (Pengerusi, Warner Bros. Pictures Group)
Keluaran
HasilUS$ 12.992 bilion (2015)[2]
US$ 1.416 bilion (2015)
Bilangan pekerja
Est. 8,000 (2014)[3]
IndukWarnerMedia
Pembahagian
Anak syarikat
Laman sesawangwww.warnerbros.com

Warner Bros. Entertainment, Inc., atau Warner Bros. (disebut Warner Brothers), ialah syarikat hiburan Amerika Syarikat dan anak syarikat konglomerat Time Warner milik AT&T yang beribu pejabat di Burbank, California. Warner Bros. juga mempunyai sebilangan anak syarikat, termasuk Warner Bros. Studios, Warner Bros. Pictures, Warner Bros. Television, Warner Bros. Animation, Warner Home Video, dan DC Comics, serta memiliki separuh saham rangkaian televisyen The CW.

Diasaskan pada tahun 1923, Warner Bros. ialah studio filem Amerika ketiga tertua yang masih beroperasi, selepas Paramount Pictures yang diasaskan pada tahun 1912 di bawah nama Famous Players, dan Universal Studios yang juga diasaskan pada tahun 1912. Ia juga merupakan salah satu studio filem "Enam Besar" Amerika dan sebahagian daripada Motion Picture Association of America.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama syarikat ini yang bermaksud "Warner Bersaudara" datang daripada empat adik-beradik yang mengasas syarikat ini iaitu Harry, Albert, Sam dan Jack,[5][6] anak-beranak kepada Benjamin dan Pearl Leah Wonsal (atau Wonskolaser) iaitu pendatang berbangsa Yahudi dari Krasnosielc, Poland yang berhijrah ke Kanada.

Adik-beradik tersebut menubuhkan satu syarikat pengedaran filem pada tahun 1904 bernama Duquesne Amusement & Supply Company di Pittsburgh.[7][8] Mereka mula bergiat dalam pembikinan filem selepas Perang Dunia Pertama dengan pembukaan studio pertama mereka di Sunset Boulevard, Hollywood.; Sam dan Jack bertugas sebagai pembikin filem manakala Harry dan Albert bertindak sebagai pengurus kewangan dan jurupromosi di Pantai Timur Amerika Syarikat, terutamanya di Bandar Raya New York. Mereka merasmikan syarikat mereka dengan pendaftaran nama Warner Bros. Pictures, Incorporated pada 4 April 1923 setelah memperoleh sedikit wang pinjaman.[9][10]

Studio "Warner Brothers" ini mula mendapat nama dengan filem The Jazz Singer pada tahun 1927. Filem dibintangi Al Jolson ini memperkenalkan teknologi Vitaphone yang merakam suara dirakam pada cakera khas yang berasingan; filem ini tidak banyak dialog namun ada bahagian yang melibatkan nyanyian watak Jolson. Sam Warner meninggal dunia sehari sebelum filem tersebut dapat ditayangkan kepada orang ramai pada 6 Oktober tahun sama namun Harry, Albert dan Jack tetap meneruskan perniagaan mereka. Warner Brothers hanya melabur sebanyak $500,000 dalam produksi filem ini namun mendapat kutipan sebanyak USD3 juta;[11] filem ini sangat diminati dan laris dengan kutipan meninggi lalu membawa kepada penghasilan filem seumpamanya yang berterusan dan filem bisu lama-kelamaan tidak lagi dihasilkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Company history". Warnerbros.com. Dicapai April 9, 2014. 
  2. ^ "Time Warner Inc. Reports Fourth-Quarter and Full-Year 2015 Results". Time Warner. 2015. 
  3. ^ Patten, Dominic; Yamato, Jen. "Warner Bros Layoffs Long Planned But "Accelerated" By Failed Fox Bid". Deadline Hollywood. Dicapai September 6, 2014. 
  4. ^ "Warner Archive Collection podcast". Warnerbros.com. April 8, 2014. 
  5. ^ Warner Sperling, Cass (Director) (2008). The Brothers Warner (DVD film documentary). Warner Sisters, Inc. Diarkibkan daripada asal pada February 17, 2016. 
  6. ^ McMorris, Bill (29 Januari 2009). "Journey of discovery: Warner documentary the result of a twenty-year effort". Santa Barbara News-Press. Dicapai 27 Mei 2008. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  7. ^ "Harry M. Warner film festival named one of thirty two 'premier' events in state". Slippery Rock University of Pennsylvania. January 31, 2006. Diarkibkan daripada asal pada August 17, 2007. Dicapai March 5, 2009. 
  8. ^ "Progressive Silent Film List". SilentEra.com. 
  9. ^ Warner, Sperling & Millner 1998, halaman 77
  10. ^ "Is Fox really 75 this year? Somewhere, the fantastic Mr. (William) Fox begs to differ". New York Post. 10 Februari 2010. Dicapai 30 Jun 2012. 
  11. ^ Thomas (1990), p. 63.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]