Pergi ke kandungan

Neville Longbottom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Neville Longbottom
Neville Longbottom, dilakonkan oleh Matthew Lewis.
Neville Longbottom
Jantina Lelaki
Warna rambut Perang
Warna mata Tidak Diketahui
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Matthew David Lewis
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Neville Longbottom (lahir pada 30 Julai 1980) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling.

Dia seorang yang tembam, pelajar Gryffindordalam tahun yang sama dengan Harry. Dia mempunyai ingatan yang sangat lemah. Dia berkongsi bilik asrama dengan Harry Potter, Ron Weasley, Seamus Finnigan dan Dean Thomas.

Neville bagus dalam mata pelajaran Herbologi tetapi sebaliknya dalam Posyen. Dia paling takuti guru posyennya, Professor Severus Snape. Dia mempunyai seekor kodok bernama Trevor, pemberian daripada pakcik saudaranya, Algie kerana diterima masuk ke Hogwarts.

Neville dilakonkan oleh Matthew Lewis dalam filem Harry Potter.



Keluarga Neville

[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Neville ialah Frank dan Alice Longbottom. Mereka dahulunya ialah Auror yang hebat dan anggota Kumpulan Phoenix semasa Lord Voldemort pernah berkuasa. Mereka telah dijadikan tidak siuman oleh sekumpulan Death Eater, dikatakan Barty Crouch Jr. dan Bellatrix Lestrange, yang menyiksa mereka dengan Sumpahan Cruciatus. Mereka kini berada di Hospital St Mungo untuk Kecederaan dan Penyakit Ajaib. Nenek Neville, Augusta yang membesarkannya sejak kecil. Augusta amat tegas dalam hal disiplin. Augusta sangat berharap yang Neville akan menjejaki langkah ayahnya tanpa mengisahkan kesesuaian dan minatnya. Apabila Neville memberitahu Profesor McGonagall yang neneknya merasakan "Mantera" adalh sihir yang kurang baik berbanding Transfigurasi, McGonagall memberitahunya yang "Kini sudah masanya nenek kamu belajar untuk bangga dengan cucu yang dia ada, bukan dengan apa yang diharapkan".

Neville juga mempunya datuk saudara, Algie, yang disebut banyak kalidan telah memberinya kodok dan Mimbulous Mimbletonia. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah muncul dalam buku. Algie lebih suka mendorong dalam keadaan paksa, sepertimana mencampakkan Neville ke dalam tasik untuk melihat sama ada dia lemas dan mencampakkanya ke luar tingkap untuk melihat sama ada dia boleh melambung. Mungkin ini menyebabkan keadaan emosi Neville agak rapuh.

Kehilangan ibu bapanya memberi kesan yang sangat besar kepada Neville. Ketika Harry Potter mengetahui akan nasib ibu bapa Neville ketika Harry Potter dalam Piala Api, Neville masih tidak mengetahuinya. Ketika Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Harry dan rakannya, Ron Weasley, Hermione Granger, dan Ginny Weasley terserempak dengan Neville ketika melawat ibu bapanya di Hospital St Mungo. Mereka telah menyimpan rahsia itu.

Perwatakan dan perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Neville mempunyai kurang keyakinan diri. Walaupun berdarah sihir tulen, dia sukar dalam mempraktikkan sihir dan sering menimbulkan masalah tentang itu (walaupun dia mampu melayangkan gurunya, Profesor Flitwick sekeliling kelas akibat kurang penumpuan). Mungkin itu disebabkan dia menggunakan tongkat sakti ayahnya. Walau bagaimanapun, dia mampu berdiri bersama rakannya menentang musuh. Dalam buku kelima, dia menunjukkan peningkatan yang drastik dalam kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang diajar oleh Harry sendiri. Hal tersebut dan beberapa lagi kelakuannya dalam siri Kumpulan Phoenix, menunjukkan keinginan dia untuk membalas dendam kepada Lestrange selepas melarikan diri dari Azkaban.

Neville dan Remebrall

Neville juga terkenal dengan sifat pelupanya. Dia menggunakan Remembrall untuk mengingatkannnya tetapi malangnya dia masih tidak dapat mengingat apa yang dilupai. Ini mungkin disebabkan kesan memori sihir yang diterima akibat melihat ibu bapanya disiksa.

Pada empat buku yang pertama, Neville lebih dikatakan mempunyai "satu warna" tetapi dia jelas menjadi dirinya sendiri pada buku kelima. Malah, dia juga membantu dalam menghalang Lord Voldemort daripada mengetahui ramalan Profesor Trelawney dan menyelamatkan nyawa Harry ketika pertarungan di Jabatan Misteri.

Perkara yang menarik ialah Dumbledore memperkatakan perkaitan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix yang kedua-dua Harry dan Neville dilahirkan pada bulan yang sama, hari yang hampir sama, dan berkait dengan ramalan yang mungkin dibuat untuk salah satu daripada mereka. Pandangan Dumbledore bahawa pemilihan tentang siapakah 'yang Terpilih' (The Chosen One) adalah dibuat oleh Voldemort sendiri ketika cubaannya untuik membunuh Harrry berbanding Neville. Ada peminat merasakan yang Neville mungkin membawa makna yang lebih dari itu dan pengarang J. K. Rowling mengatakan yang ramalan itu telah disebut dengan "sangat berhati-hati".

Matthew Lewis sebagai Neville Longbottom dalam Harry Potter and the Goblet of Fire

Terjemahan

[sunting | sunting sumber]

Sebahagian terjemahan telah menukar nama Neville Longbottom. Ini mungkin mengikut kesesuaian kegunaan nama atau kesinambungan budaya.

Bahasa Terjemahan
Belanda Marcel Lubbermans
Perancis Neville Londubat
Itali Neville Paciock
Norway Nilus Langballe

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  • (Inggeris) Neville - Pelbagai esei berkenaan Neville