Hasmy Agam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Hasmy Agam.jpg
Hasmy Agam .

Tan Sri Hasmy Agam merupakan Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL), Kementerian Luar (2007-10). Beliau memegang jawatan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dari April 2010 hingga April 2016 [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bermula sebagai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Wisma Putra.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timban Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia . Beliau pernah menjadi duta Malaysia termasuk di Perancis dan Libya serta menjadi wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Misi Tetap Malaysia di New York dari 1998 hingga 2003 sebelum bersara dan menyambung perkhidmatan di IDFR pada 2007.[2]

Selama 9 tahun di PBB (1989-90;1996-2003), Hasmy sempat dua kali menjadi Presiden Majlis Keselamatan PBB. Beliau juga pernah mengikuti misi Majlis Keselamatan ke Timor Leste dan Kosovo.

Mulai 2003, beliau dilantik sebagai Duta Tugas-Tugas Khas Hal Ehwal Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Kemudian Malaysia menjadi pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

[3]

Universiti Sains Malaysia memperkenalkan Siri Syarahan Kedutaan USM. Ia dipengerusikan oleh Tan Sri Hasmy Agam. Bekas-bekas duta dijemput berkongsi pengalaman kepada orang ramai.[4]

Beliau pernah menyarankan agar Majlis Kselamatan PBB dirombak semula. Keputusan Majlis Keselamatan selalu diveto lima kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Perancis, China, Rusia dan Britain mestilah dihapuskan. Malaysia pernah menjadi presiden Perhimpunan Umum PBB dari 1996-1997.[5]

Amerika Syarikat bertindak menyerang, menceroboh dan kemudian memaksakan cara pentadbiran ke atas Iraq pada 2003 . Tindakan ini bercanggah dengan norma-norma antarabangsa dan Piagam PBB. Sebelum itu sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iraq selama 12 tahun.Setiausaha Agung PBB ke-2 Dag Hammarskjold (1953-1961) lebih proaktif berbanding Kofi Annan.

Pengerusi Suhakam[sunting | sunting sumber]

Mulai 26 2010 , beliau dilantik sebagai pengerusi Suhakam oleh Perdana Menteri Malaysia,Datu Seri Najib Tun Razak. Anggota Suhakam lain ialah Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid, Jannie Lasimbang dan Detta anak Samen. Sebelum ini pengerusi Suhakam ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.[6]

Suhakam pernah dituduh sebagai harimau tidak bertaring kerana dihadkan oleh Akta 597 Suhakam. Suhakam tidak mempunyai kuasa eksekutif atau penguatkuasaan. Suhakam hanya boleh memberi syor kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk bertindak.

Kebebasan berhimpun adalah prinsip asas hak asasi manusia dan merupakan elemen penting demokrasi sebagaimana Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan juga. Hak itu mesti dihormati selagi dijalankan secara aman. Penggunaan rotan dan cota, gas pemedih mata dan meriam air merupakan langkah terakhir untuk menyuraikan perhimpunan. Pemansuhan Seksyen 27A Akta Polis yang memerlukan permit berhimpun memang patut dimansuhkan.[7]

Kelemahan diplomat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Hasmy Agam merumuskan pegawai diplomatik Malaysia yang bertugas di luar negara bukan saja kekurangan kemahiran perhubungan awam tetapi juga terlalu pemalu apabila berjumpa pegawai dari negara-negara lain. Mereka terlalu malu untuk bercakap atau membuat pembentangan khususnya ketika diplomasi pelbagai hala dan tahap bahasa Inggeris mereka juga rendah. PTD yang berkhidmat di luar negara haruslah menjadi 'wakil Malaysia' iaitu menjual dan mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Mereka haruslah mencontohi diplomat seperti Tun Ghazali Shafie, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, Tan Sri Ajit Singh, Tan Sri Razali Ismail.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]