Hassnar Ebrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hassnar bin Haji M.P Ebrahim @ Assainar adalah penduduk negeri Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pada 1988 beliau diahan selama dua bulan dan kemudian tahanan dalam rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998. Hassnar Ebrahim adalah seorang ahli perniagaan di Sandakan, timur Sabah. Beliau juga pernah menjadi 'Ketua Daerah' Sandakan - satu jawatan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Politik[sunting | sunting sumber]

Hassnar Ebrahim adalah ketua daerah Sandakan dan mendapat gelaran OKK atau 'Orang Kaya-kaya'. Dari 1976, beliau aktif dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya Party).Sehingga 1984, beliau menjadi ahli Majlis Perbandaran Sandakan dan pengarah Sabah Credit Corporation, Pemimpin Kemajuan Rakyat untuk pilihan raya N26 Bandar Sandakan dan N28 Sekong. Dari 1981hingga 1984, memegang jawatan Ketua Anak Negeri bagi daerah Sandakan.

Beliau juga pengarah beberapa syarikat seperti Lemin Plantation Sdn. Bhd. dan Sucitani Sdn. Bhd. dll - bernilai RM30,000,000.00 .Syarikatnya memiliki tanah 12,000 ekar di Sandau dan Lahad Datu.Dia dan isterinya menjadi pemegang saham dan pengarah Ladang Maju Sdn Bhd - bernilai RM 300,000,000.00 dan memiliki 2000 ekar tanah ditanam kelapa sawit.[1]

Saman PDRM Sabah[sunting | sunting sumber]

Beliau menyaman Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Noor Rashid Ibrahim dan berpuluh anggota polis yang lain atas tindakan merampas tanah di Latangon, Kinabatangan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 9 Januari 2009.Saman itu terhadap Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir dan 49 yang lain kerana telah mendatangkan kerugian dan menyalahguna kuasa polis sehingga memudaratkan perniagaannya. Dependan lain ialah Datuk Noor Rashid Ibrahim dan C/I Sahak B Ismail ;C/I Othman Baharum;C/I Salam B Aiyob;Insp Helmy B Hussein;Insp. Syamsuri B Hamat ; Sargent Ismail .Polis telah menangkap 16 pekerja ladang bergerannya dengan tuduhan palsu .Ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahnya terletak di Sandakan, Labuk, Sugut dan Kinabatangan.

Kini Hassnar Ebrahim adalah Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Beliau menang dengan majoriti 30 undi.Hampir 2/3 ahli jawatankuasa cabang bertindak meletak jawatan setelah tidak lagi percaya pada kepimpinan ketua cabang sebelumnya,Nahalan Damsal.Hassnar sendiri dituduh bertindak terhadap bendahari cabang PKR tersebut,Toh Hin Khiong.

Projek IC[sunting | sunting sumber]

Hassnar Ebrahim mendedahkan bahawa dia dan lain-lain telah membantu beribu-ribu rakyat asing mendapatkan kad pengenalan . Jabar Khan salah seorang pengasas Parti Bersatu Sabah juga terlibat membantu rakyat Filipina dan Indonesia untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kira-kira 1.75 juta orang asing di Sabah termasuk lebih 322,903 orang warga asing telah mendapat kad pengenalan Malaysia melalui Projek IC atau “Kad Pengenalan Projek M”. Projek M dikatakan bermaksud Projek Mahathir, di bawah seliaan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayob. Penduduk Sabah melonjak sebanyak 363% dari 648,693 pada 1970 kepada lebih 3 juta pada 2005 berbanding negeri Sarawak yang hanya naik 135% dari 976,269 kepada 2.3 juta. Dari penduduk yang kurang daripada Sarawak, kini melebihi Sarawak hanya sejuta orang.


Pada 1999 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Hassnar mendedahkan bahawa beliau telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat Junid Megat Ayob untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan berkenaan.[2]

Hassnar turut mengulangi dakwaannya dalam buku ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ tulisan Mutalib MD di halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Samson Chin (PBS) mendedahkan , nisbah penduduk Sabah dan PATI ialah 1.5:1.7 .Beliau dikatakan merujuk kepada Jabatan Perangkaan. Hal ini ada kaitan dengan tuntutan Filipina terhadap Sabah. Jika Filipina menuntut semula negeri Sabah, pastinya rakyatnya di sini kembali menyokong negara asalnya Filipina.

Parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk PBS, United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Sabah Progressive Party (SAPP), Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) lantang menyatakan kebimbangan mereka mengenai Projek IC dan PTI ini. Sebenarnya Umno mahu memastikan komposisi penduduk Sabah beralih daripada majoriti Kadazandusun kepada Melayu Umno.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]