Kinabatangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kinabatangan
كينباتاڠن
Daerah
Lokasi bagi Kinabatanganكينباتاڠن
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Bahagian Sandakan
Kerajaan
 • Pegawai daerah Arisin bin Aripin
Populasi (2010)
 • Jumlah 146,987
Laman web www.sabah.gov.my/md.kinabatangan www.sabah.gov.my/pd.kbtg
Pejabat Urusetia Daerah Kinabatangan

Kinabatangan ialah sebuah daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Sandakan, timur Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan seramai 86,783 orang pada 2000. Ahli parlimen daerah Kinabatangan adalah Datuk Bung Mokhtar Radin yang mewakili rakyat Kinabatangan dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 1999.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kinabatangan telah pun digunakan oleh penduduk tempatan seperti direkod dalam buku pengarang Perancis pada tahun 1782[1] dan 1837, lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke kawasan ini.[2]. Selain itu rekod Brunei telah merakamkan mengenai perkahwinan Sultan Ahman, saudara Sultan Muhammad, dengan Puteri Kinabatangan, yang memerintah 1408-1426, juga lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke situ.[3] Nama Kinabatangan kemungkinannya dari kalimat yang terhasil dari nama pokok dan sebutan. [4]

Asal Usul Nama Kinabatangan


Nama Kinabatangan pada mulanya dipanggil Cinabatangan yang mana bermaksud Sungai Yang Panjang oleh Kerabat China bernama Ong Sung Peng yang telah tiba pada kurun ke-16 lagi. Dipercayai bahawa nama Kampung Mumiang, Sukau dan Bilit berasal dari bahasa China.

Pada Mulanya di kenali sebagai Pejabat Daerah Lamag yang ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Kerajaan Chartered Company yang mana pusat pentadbiranya terletak di Lamag yang hanya berfungsi dalam urusan Pentadbiran dan Mahkamah sahaja.

Kini ia di Kenali sebagai Pejabat Daerah Kinabatangan di mana ia mempunyai fungsi yang lebih meluas termasuklah dalam Perancang Pembangunan Daerah, Sosioekonomi,Kemudahan Infrastruktur dan juga Modal Insan.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kinabatangan terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dalam Bahagian Sandakan yang bersempadan dengan daerah Sandakan di utara, daerah Lahad Datu di selatan dan daerah Tongod di baratnya. ia berkeluasan merupakan antara daerah terbesar di Sabah.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Awam

Daerah Kinabatangan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti Hospital, Ibu Pejabat Polis, Pasar, dan sebagainya.

Ibu pejabat Polis Daerah Kinabatangan

Demografi[sunting | sunting sumber]

Etnik Sungai merupakan penduduk asal di Daerah ini.

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

Daerah Kinabatangan antara daerah yang terkenal dengan tempat - tempat menarik dan pelancongannya seperti

  • Muzium Agop Batu Tulug

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Kinabatangan ditubuhkan pada 01hb. Julai 1968 di bawah peruntukkan seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 melalui pewartaan ‘Kinabatangan District Council Instrument 1968’ (G.N.S 62 Tahun 1968). Pada awal penubuhannya, pejabat pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan di kawasan Pekan Bukit Garam sehingga ianya berpindah ke Pekan Kota Kinabatangan pada 20hb. November 1987.

Had dan bidang kuasa Majlis Daerah Kinabatangan menjangkaui seluruh kawasan Daerah Kinabatangan. Pada ketika ini, secara teknikal had dan bidang kuasa Majlis merangkumi dua daerah iaitu Daerah Kinabatangan dan Daerah Tongod yang dianggarkan mempunyai keluasan 1,759,379 hektar. Manakala kawasan operasi perkhidmatan dan pembangunan Majlis pula adalah tertumpu dalam kawasan Pekan Kota Kinabatangan seluas 2,048 hektar dan Pekan Tongod seluas 243 hektar.

Majlis Daerah Kinabatangan adalah merupakan salah satu unit pentadbiran dan perkhidmatan di peringkat daerah yang berperanan melaksanakan program-program pembangunan di peringkat tempatan. Oleh itu, kemajuan sesuatu kawasan dalam kawalan Majlis Daerah adalah bergantung kepada keupayaannya sendiri. Sekiranya Majlis Daerah berjaya melaksanakan fungsinya dengan berkesan, maka ianya akan dapat berkembang pesat serta berdaya saing dan maju dalam arus Pembangunan Negara.

Senarai Mukim

  1. Mukim Sukau
  2. Mukim Bukit Garam
  3. Mukim Paris Kinabatangan
  4. Mukim Litang
  5. Mukim Batu Putih
  6. Mukim Tanjung Aru
  7. Mukim Suan Lamba
  8. Mukim Lubukan
  9. Mukim Mumiang

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 5°25′0″N 117°35′0″E / 5.41667°N 117.58333°E / 5.41667; 117.58333