Hatem Abdel Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Emeritus Dr.

Hatem Abdel Latif

Ph.D
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
5 Januari 2013 – 4 Julai 2013
Perdana MenteriHesham Qandil
Didahului olehMohammad Rashad Al Matini
Digantikan olehAhmed Sultan
Butiran peribadi
KerakyatanMesir
Parti politikParti Kebebasan dan Keadilan

Hatem Abdel Latif ialah seorang ahli politik Mesir dan bekas Menteri Pengangkutan dari 5 Januari hingga 4 Julai 2013. Beliau merupakan salah seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan yang berkhidmat dalam Kabinet Qandil[1] era kepresidenan Mohamed Morsi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hatem memegang ijazah Ph.D dalam bidang perancangan pengangkutan dan kejuruteraan trafik, yang diterimanya pada 1990 dari Universiti Ain Syams.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hatem bekerja sebagai profesor kejuruteraan jalan raya di Universiti Ain Syams.[2] Pada 2011, beliau dilantik menjadi timbalan dekan fakulti kejuruteraan di Universiti Ain Syams.[2] Beliau ialah anggota Ikhwan Muslimin di Mesir dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Pada Julai 2012, Hatem disebut sebagai salah seorang calon menteri yang berpotensi untuk memegang portfolio hal ehwal masyarakat.[3] Walau bagaimanapun, beliau tidak dilantik dalam kabinet pertama Hesham Qandil.

Selanjutnya pada 5 Januari 2013, Hatem dilantik sebagai menteri pengangkutan selepas rombakan kabinet Hesham Qandil, menggantikan Mohammad Rashad Al Matini.[4] Hatem ialah salah seorang daripada lapan anggota FJP yang berkhidmat dalam kabinet selepas rombakan tersebut.[5] Beliau dan menteri FJP yang lain meletak jawatan pada 4 Julai 2013 berikutan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir ketika itu.[6] Tempohnya secara rasmi berakhir pada 17 Julai 2013 apabila pemerintahan sementara telah dibentuk.[7]

Beliau masih berkhidmat di Universiti Ain Syams dan dilantik sebagai profesor emeritus dalam kerja raya di universiti tersebut pada November 2017[8].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mahmoud Fouly (6 Januari 2013). "Egypt's 10-minister cabinet reshuffle meets with opposition dissatisfaction". Xinhua. Cairo. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2013. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  2. ^ a b c "Ministerial portfolios". Weekly Ahram. 9 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  3. ^ "PM Qandil meets 11 nominees for various cabinet portfolios". Ahram Online. 25 July 2012. Dicapai pada 3 February 2013.
  4. ^ "Egypt's cabinet reshuffle to see new interior, finance ministers". Ahram Online. 5 January 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
  5. ^ Mahmoud Fouly (6 Januari 2013). "Egypt's 10-minister cabinet reshuffle meets with opposition dissatisfaction". Xinhua. Cairo. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2013. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  6. ^ "Egypt Brotherhood ministers present official resignations". Ahram Online. 4 July 2013. Dicapai pada 18 July 2013.
  7. ^ Abigail Hauslohner (16 July 2013). "Interim Egyptian cabinet sworn in". The Washington Post. Cairo. Dicapai pada 16 July 2013.
  8. ^ "Hatem Mohamed Abdel Latif Profile". Faculty of Engineering, Ain Shams University. Dicapai pada 14 September 2022.