Kerajaan sementara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kerajaan sementara atau pemerintah sementara merupakan suatu badan yang memerintah buat sementara waktu.

Kerajaan sementara boleh dilakukan apabila sesebuah kerajaan dalam sistem parlimen dikalahkan dalam undi tidak percaya, atau dalam kes di mana sesebuah kerajaan dibubuarkan dan digantikan dengan kerajaan sementara sehingga pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu dipilih. Di beberapa negara yang menggunakan sistem pemerintahan Westminster, kerajaan sementara adalah kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan operasi atau perkhidmatan dalam tempoh interim semasa pembubaran parlimen untuk tujuan mengadakan pilihan raya dan pembentukan kerajaan baru selepas keputusan pilihan raya diketahui. Dalam sistem kerajaan campuran, kerajaan sementara boleh dibentuk buat sementara waktu sehingga rundingan membentuk kerajaan pemerintah dapat diputuskan. Ia sering berlaku apabila keputusan pilihan raya tidak memberi majoriti kepada mana-mana parti. Kerajaan sementara akan bertanggungjawab dalam menguruskan isu harian dan menyediakan peruntukan untuk perbincangan, tetapi tidak dibenarkan memperkenalkan barisan kerajaan atau memperkenalkan undang-undang kontoversi.

Ia juga sering ditubuhkan berikutan peperangan atau kejadian perubahan politik yang drastik, misalnya selepas penggulingan sesebuah ketua negara seperti raja ataui diktator. Ia akan terus beroperasi sehingga pemerintahan demokratik yang stabil dapat dipulihkan, atau dibina.