Hatsune Miku
![]() | |
![]() | |
Pembangun | Crypton Future Media |
---|---|
Pelancaran pertama | 31 Ogos 2007 |
Keluaran stabil | Hatsune Miku V3
/ 31 Ogos 2013 |
Sistem pengendalian | Windows, Mac OS |
Pelantar | PC |
Terdapat dalam | bahasa Jepun bahasa Inggeris |
Jenis | Aplikasi Pensintesis Vokal |
Lesen | Hak milik |
Tapak web | [1] |
Hatsune Miku (初音ミク), kadang-kadang dirujuk sebagai Miku Hatsune, dengan kod CV01, ialah suara persona manusia dengan menggunakan aplikasi pensintesis nyanyian yang dibangunkan oleh Crypton Future Media, yang beribu pejabat di bandar Sapporo. Dia menggunakan Vocaloid 2 dan Vocaloid 3 daripada teknologi mensintesis nyanyian Syarikat Yamaha. Dia juga menggunakan Piapro Studio Crypton Future Media, sebuah pensintesis nyanyian Pemalam VSTi. Dia ialah Vocaloid kedua dijual menggunakan enjin Vocaloid 2, dan Vocaloid Jepun pertama yang menggunakan versi Jepun enjin Vocaloid 2. Suaranya ialah sampel pelakon suara Jepun Saki Fujita. Hatsune Miku telah mengadakan konsertnya di atas pentas sebagai unjuran animasi.[1] Hatsune Miku digambarkan sebagai seorang gadis berusia 16 tahun dengan rambut biru panjang tocang tepi.
Nama watak berasal daripada penggabungan perkataan Jepun bagi pertama (初, hatsu), bunyi (音, ne) dan masa depan (Miku (ミク) berbunyi seperti bacaan nanori bagi masa depan, 未来, biasanya dibaca sebagai "mirai"[2]), merujuk kepada kedudukan sebagai "Watak Siri Vokal" Crypton yang pertama. Menurut Crypton, namanya bermaksud "bunyi pertama dari masa depan".[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Japanese pop star Hatsune Miku takes the stage -- as a 3-D hologram". Los Angeles Times. 10 November 2010. Dicapai pada 13 November 2010.
- ^ "Miku". Behind the Name. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
- ^ http://www.crypton.co.jp/miku_eng
![]() | Rencana mengenai watak rekaan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |