Haute-Normandie
Région Haute-Normandie | ||
---|---|---|
Lokasi | ||
| ||
Pentadbiran | ||
Ibu kota | Rouen | |
Presiden Daerah | Alain Le Vern (PS) (sejak 1998) | |
Departmen | Eure Seine-Maritime | |
Arrondissement | 6 | |
Kanton | 112 | |
Komun | 1,420 | |
Statistik | ||
Keluasan1 | 12,318 km² | |
Jumlah penduduk | (Ditempatkan Ke-13) | |
- Anggaran 1 Januari, 2007 | 1,815,000 | |
- Banci 8 Mac, 1999 | 1,780,192 | |
- Kepadatan (2007) | 147/km² | |
1
Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikan tasik, kolam, dan glasier yang melebihi 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar), serta juga muara-muara sungai. | ||
Haute-Normandie (Normandie Atas atau Hulu Normandie) ialah salah satu daripada 26 kawasan di Perancis. Kawasan ini dicipta pada tahun 1956 ketika Normandie dibahagikan menjadi Basse-Normandie dan Haute-Normandie. Bagaimanapun, pembahagian ini masih menimbulkan perbalahan, dengan sesetengah orang mendesak supaya pembahagian semula diadakan.
Rouen yang merupakan ibu kota tempatan adalah penting dari segi sejarah, dengan banyak gereja dan bangunan yang indah, termasuk gereja yang tertinggi di Perancis. Bagaimanapun, bandar raya yang terbesar di kawasan ini ialah Le Havre. Ekonomi Haute-Normadie tertumpu kepada pertanian, walaupun ia memperoleh banyak hasil daripada sektor pelancongan. Kawasan ini berkembar dengan London Borough of Redbridge di United Kingdom.
Komuniti utama
[sunting | sunting sumber]- Dieppe
- Évreux
- Fécamp
- Le Grand-Quevilly
- Le Havre
- Le Petit-Quevilly
- Mont-Saint-Aignan
- Rouen
- Saint-Étienne-du-Rouvray
- Sotteville-lès-Rouen
- Vernon