Le Havre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Le Havre
Le Havre Vue Plage 14 07 2005.jpg
Jata bagi Le Havre
Jata
Negara Perancis
Kawasan Normandy
Jabatan Seine-Maritime
Arrondissement Rouen
Interkomunaliti CODAH
Kerajaan
 • Datuk Bandar (2010 - 2014) Edouard Phillippe (UMP)
Luas1 46.95 km2 (18.13 batu persegi)
 • Urban (2006) 182.45 km2 (70.44 batu persegi)
 • Metro (2006) 615.39 km2 (237.60 batu persegi)
Populasi (2007)2 179,751
 • Kedudukan ke-12 di Perancis
 • Kepadatan 3,800/km2 (9,900/batu persegi)
 • Bandar (2006) 246,195
 • Kepadatan bandar 1,300/km2 (3,500/batu persegi)
 • Metro (2006) 291,765
 • Kepadatan metro 470/km2 (1,200/batu persegi)
Zon waktu CET (UTC +1) (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
INSEE/Poskod 76351 /
Laman web www.ville-lehavre.fr

1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai.

2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Le Havre, Bandar yang dibina semula oleh Auguste Perret
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Lokasi , Seine-Maritime , Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat 49°29′N 0°06′E / 49.48°N 0.1°E / 49.48; 0.1
Kawasan [convert: %s]%s
Termasuk
Kriteria ii, iv
Rujukan 1181
Inscription 2005 (29th Session)
Laman web

Le Havre (Sebutan bahasa Perancis: [lə avʁ]) adalah bandar dan komun di jabatan Seine-Maritime bagi région (kawasan) Haute-Normandie di Perancis. Ia terletak di barat laut Perancis, di tebing kanan muara Sungai Seine di Selat Inggeris. Le Havre adalah komun yang paling padat di Haute-Normandie (Hulu Normandy), meskipun jumlah penduduk konurbasi raya Le Havre lebih kecil daripada konurbasi Rouen. Ia juga merupakan subprefektur kedua terbesar di Perancis (selepas Reims). Pelabuhannya adalah yang kedua tersibuk di Perancis (selepas Pelabuhan Marseille). Sejak 1974 ia menjadi pusat utama uskup (biskop) bagi keuskupan Le Havre.

Le Havre dinamakan pada asalnya Franciscopolis sempena Raja François I, yang menubuhkan bandar ini pada 1517. Satu kapel (gereja) yang bernama Notre-Dame-de-Grâce wujud di tempat sebelum penubuhan bandar ini dan panggilan ini memberikan namanya kepada pelabuhannya, yang dipanggil Le Havre (atau Le Hable) de Grâce ("pelabuhan rahmat"). Nama yang dipendekkan Le Havre, yang digunakan pada zaman sekarang, diterjemahkan dengan mudahnya kepada "pelabuhan".

Di bawah penjajahan Jerman, bandar ini telah musnah pada 1944 ketika Pertempuran Normandy pada Perang Dunia Kedua; 5,000 orang dibunuh dah 12,000 rumah musnah, terutamanya oleh serangan udara Pihak Berikat. Selepas perang, pusat bandar dibina semula mengikut gaya modenis oleh Auguste Perret. Le Havre diberikan gelaran anugerah Légion d'honneur pada 18 Julai 1949. Ia dicalonkan dan disahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2005.

Le Havre dahulu dikaitkan dengan kemuraman dan kekelabuan. Penduduk-penduduknya telah banyak berusaha untuk mengubah persepsi ini; kesan daripada perubahan yang meningkat, Le Havre kini disebut sebagai Brasilia Perancis.[petikan diperlukan].

Kod pelabuhan Le Havre ialah LH.