Hermaphroditus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hermaphroditus
Herculaneum, fresco 1-50 AD, National Archeological Museum Naples.
Herculaneum, fresco 1-50 AD, National Archeological Museum Naples.
Dewa androgini, biseksual, khunsa dan jantina
KediamanGunung Olympus
Simbolkantharos, thrysus
PasanganSalmaciss, Silenus
Ibu bapaHermes dan Aphrodite
Adik beradikEros, Aeneas, Pan, Harmonia, Phobos, Deimos, Anteros, Himeros, Hedylogos, Adrestia, Pothos
Persamaan RomAtlantius

Dalam Mitologi Yunani, Hermaphroditus (/hərˌmæfrəˈdtəs/ ( dengar)) Bahasa Yunani: Ἑρμαφρόδιτος; Bahasa Latin: Atlantius; sebutan Yunani Purba: [hermaphrodítos]) ialah dewa Yunani bagi perihal khunsa, androgini, jantina dan biseksual. Hermaphroditus adalah salah satu ahli "Erotes" iaitu dewa-dewa cinta yang mempunyai sayap. Menurut Ovid, Hermaphroditus adalah anak dari Aphrodite dan Hermes. Dia dilahirkan sebagai anak yang sangat tampan.

Apabila dia berumur 15 tahun, dia berasa bosan dengan sekelilingnya dan mengembara ke Caria dan Turki. Apabila Hermaphroditus mendaki gunung Salmaciss, seorang naiad bernama Salmaciss, (iaitu penjaga dan pemilik gunung tersebut) jatuh cinta dan meminta dia untuk mengambil dia sebagai isterinya. Tetapi Hermaphroditus menolak permintaannya. Ketika dia berfikir bahawa nimfa itu sudah hilang, dia menanggalkan pakaiannya dan memasuki kolam yang berada di bawah sebuah pokok untuk mandi dan membersihkan badannya, Salmaciss kemudian melompat dari pokok itu dan memaksa Hermaphroditus menyentuh payudara dan farajnya. Kemudian, Salmaciss berdoa kepada para dewa-dewi dan mereka menjawab doanya dengan menyatukan mereka berdua menjadi makhluk khunsa[1]Selepas kejadian tersebut, Hermaphroditus menjadi sangat sedih kerana dia kelihatan sangat halus dan cantik seperti seorang wanita dan bukannya tampan dan maskulin seperti lelaki. Oleh sebab itu, dia menyumpah kolam itu bahawa sesiapa saja bermandi di dalam kolam itu akan menjadi seperti dia.

Namanya digabungkan dengan nama ibu bapanya, Hermes dan Aphrodite[2] Nama dewa ini ialah asal bagi perkataan hermafrodit (khunsa).

Penampilan Fizikal[sunting | sunting sumber]

Hermaphroditus dikatakan mempunyai penampilan wanita yang halus dan cantik. Wajahnya sangat cantik dan halus seperti wanita dan mempunyai ciri tampan seperti lelaki. Sosok badan bahagian atasnya lebih menyerupai lelaki dengan payudara wanita sementara bahagian bawah tubuhnya mempunyai ciri feminin dengan alat kelamin lelaki. Dia juga digambarkan membawa busur dan anak panah dengan sayap di belakang badannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tiresias telah mengalami kehidupan sebagai seorang lelaki dan sebagai wanita, tetapi bukan keduanya pada masa yang sama: Hermaphroditus unik dalam mitos Yunani.
  2. ^ Diodorus Siculus, Perpustakaan Sejarah 4. 6. 5 "... Hermaphroditus, seperti yang disebutnya, yang lahir dari Hermes dan Aphrodite dan menerima nama yang merupakan gabungan antara kedua orang tuanya."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]