Hinapia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hinapia
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2019 (2019)–2020
Syarikat rakaman
  • OSR Entertainment
Pengkarya berkait
Bekas ahli
  • Minkyeung
  • Yaebin
  • Eunwoo
  • Gyeongwon
  • Bada

Hinapia (singkatan dari Hi New Amazing Utopia; digayakan dalam all caps)[1] adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan OSR Entertainment. Kumpulan ini mempunyai lima orang ahli: Minkyeung, Yaebin, Gyeongwon, Eunwoo, dan Bada. Hinapia memulakan debutnya pada 3 November 2019 dengan album single New Start. Hinapia dibubarkan pada 21 Ogos 2020.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut[sunting | sunting sumber]

Minkyeung, Yaebin, Gyeongwon, dan Eunwoo sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan wanita Pristin di bawah Pledis Entertainment pada 21 Mac 2017 dengan album mini pertama Hi! Pristin. Selepas itu album mini kedua mereka yang bertajuk Schxxl Out dan sub-unit bernama Pristin V, yang ahlinya adalah Minkyeung, Yaebin, dan Eunwoo, kumpulan itu bubar pada 24 Mei 2019 setelah hiatus lama. Pada 21 Oktober 2019, ahli-ahli tersebut telah diumumkan untuk melakukan debut semula di bawah AlSeulBit Entertainment,[2] yang dinamakan semula sebagai OSR Entertainment tidak lama kemudian, bersama ahli tambahan bernama Bada.[3] Pada 24 Oktober, kumpulan ini akan di namakan sebagai Hinapia,[4] yang merupakan singkatan dari "Hi New Amazing Utopia".[1]

2019: Debut dengan New Start[sunting | sunting sumber]

Hinapia mempersembahkan single sulung mereka "Drip" sebelum dilancarkan di program muzik Show Champion semasa siarannya pada 30 Oktober 2019.[5] Kumpulan ini secara rasmi mengeluarkan single tersebut pada 3 November 2019 sebagai single utama untuk album single bertajuk New Start.[6] Showcase untuk album bertajuk Pursuit of a New Utopia diadakan pada hari berikutnya.[3] "Drip" memulakan debutnya dan berada di tangga ke-18 pada the World Digital Songs Sales chart yang dikeluarkan pada 16 November 2019, menjadikan Hinapia sebagai kelompok wanita Korea kesebelas yang muncul di carta dengan single debut mereka.[7] Kumpulan ini kemudiannya dicalonkan untuk Best Super Rookie at the 2019 K-Champ Awards.[8][sumber tak boleh dipercayai?]

2020: Dibubarkan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 2020, dilaporkan bahwa Hinapia akan mengeluarkan album kedua mereka pada awal tahun 2020, di mana kumpulan ini akan mempamerkan "penampilan yang lebih matang daripada sebelumnya".[9] Bagaimanapun, pada 21 Ogos 2020, OSR Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan dan bahawa para ahli telah mengakhiri kontrak mereka.[10]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Minkyeung (Korea:민경) — ketua
  • Gyeongwon (경원)
  • Eunwoo (은우)
  • Yaebin (예빈)
  • Bada (바다)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[11]
US
World
[7]
"Drip" 2019 18 New Start

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
2019–2020 Hi;Story 8 episod
2020 H-Log 3 episod

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

K-Champ Awards[sunting | sunting sumber]

Bout Tahun Anugerah Penerima Keputusan Ref.
1st 2020 Best Super Rookie Hinapia Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Former PRISTIN members admit re-debuting as HINAPIA is 'difficult'". Metro (dalam bahasa Inggeris). 2019-11-04. Dicapai pada 2020-02-12.
  2. ^ "프리스틴 민경·경원·예빈·은우, 알슬빛엔터와 손잡고 걸그룹으로 데뷔 (공식)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-02-12.
  3. ^ a b "[종합]프리스틴→HINAPIA(희나피아) "걸크러쉬한 '퀸희나피아' 언니들의 재데뷔"". 서울경제 (dalam bahasa Korea). 2019-11-04. Dicapai pada 2020-02-12.
  4. ^ "프리스틴 출신 민경·경원·예빈·은우의 새 걸그룹명…'HINAPIA'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-02-12.
  5. ^ "'쇼챔피언' 화려한 컴백 무대→ 뉴이스트부터 데이식스·TXT까지!". MBC 연예 (dalam bahasa Korea). 2019-10-30. Dicapai pada 2020-02-12.
  6. ^ "'프리스틴 출신 넷' HINAPIA, 오늘(3일) 걸크러시 데뷔". TV리포트. Dicapai pada 2020-02-12.
  7. ^ a b "New K-Pop Girl Group HINAPIA Make Debut on World Digital Song Sales Chart With 'Drip'". Billboard. 2019-11-15. Dicapai pada 2020-02-12.
  8. ^ 2019 K-CHAMP Awards l 베스트 슈퍼루키 후보 / Best Super Rookie (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-02-12
  9. ^ [단독]희나피아, 3월 컴백 준비 중..2020년 열일 예고 (dalam bahasa Korea), dicapai pada 2020-03-16
  10. ^ "걸그룹 '희나피아' 팀해체...멤버 전원 계약 해지". 톱데일리. August 21, 2020.
  11. ^ Peak Gaon Chart Digital Chart Ranking