Hizbur Rahman Omar Zuhdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hizbur Rahman Omar Zuhdi
Nama asalHizbur Rahman Omar Zuhdi
Juga dikenali sebagai
Hizbur Rahman
Berasal dari Malaysia
Kegiatan berkaitan
Musim Pertama Imam Muda

Hizbur Rahman Omar Zuhdi merupakan pemenang kedua program mencari imam generasi muda iaitu Imam Muda.

Naib juara[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2010, Hizbur Rahman dinobat sebagai pemenang kedua program Imam Muda. Majlis pertandingan diadakan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Antara hadiahnya ialah pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000. Selain itu, ada juga sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi, trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asyraf juara Imam Muda Utusan Maalaysia