Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
KPT Logo.jpg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 2004
Agensi terdahulu
  • (etc.)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
  • Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Agensi anak
Tapak web http://jpt.mohe.gov.my/

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah suatu kementerian Malaysia yang wujud antara 27 Mac 2004 dan 14 Mei 2013. Ia wujud hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Abdullah bin Ahmad Badawi dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas jawatan adalah Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh manakala yang terakhir disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Mei 2013, kementerian ini telah digabungkan semula dengan Kementerian Pelajaran menjadi "Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia" atau ringkasnya "Kementerian Pelajaran Malaysia" sahaja.[1] Kemudian, nama Kementerian Pendidikan Malaysia diguna pakai semula sebagai pengembalian kepada portfolio asal kementerian yang menggabungkan pengurusan pendidikan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.[2]

Berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diwujudkan semula dengan rasminya bersesuaian dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian ini terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti. JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu:

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.
  • Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
  • Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah
  • Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional
  • Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.
  • Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa
  • Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.
  • Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

Lima Teras Utama

  • Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.
  • Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.
  • Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.
  • Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.
  • Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Nilai-Nilai Korporat

  • Berintegriti
    • Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama.
  • Profesionalisme
    • Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan.
  • Semangat Kerja Berpasukan
    • Bekerjasama dalam melaksanakan tugas.
  • Berorientasikan Pelanggan
    • Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelnggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan.
  • Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi
    • Prihatin kebajikan anggota disamping mengutamakan kepentingan organisasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penggabungan kementerian akan seragamkan pelaksanaan dasar". Sinar Harian. 16 Mei 2013. Dicapai pada 17 Mei 2013. 
  2. ^ "Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama "Kementerian Pendidikan Malaysia" bagi papan tanda bangunan, papan tunjuk arah serta kenderaan Jabatan". Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Ogos 2013. Dicapai pada 20 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]