Hubungan luar negeri Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Darvazeh-e-Bagh-e-Melli: Pintu Utama ke Kementerian Luar Negeri di Tehran.

Sejak Revolusi Islam di Iran dalam tahun 1979, kerajaan Ayatollah Khomeini telah memulakan beberapa perubahan dalam kebijakan hubungan luar negara ini. Perubahan yang paling ketara ialah dimana Iran menyertai blok neutral dimana ketika zaman Pahlavi negara ini adalah pro-barat.

Dewasa ini, Iran mengambil langkah memulihkan semula hubungan luarnya dengan negara-negara jiran, terutamanya Arab Saudi. Antara tujuan utamanya ialah ingin mengurangkan pengaruh Amerika dan negara-negara barat di Timur Tengah terutamanya di Teluk Parsi, dan menjalin hubungan dengan negara-negara membangun dan neutral.

Polisi Hubungan Luar Iran[sunting | sunting sumber]

Iran mempunyai keutamaan kepada negara-negara tertentu dalam menjalinkan hubungan luarnya. Selalunya, ahli-ahli Oraganisasi Negara-Negara Islan dan juga Pergerakan Negara-Negara Berkecuali termasuk dalam keutamaan Iran. Hubungan dengan negara-negara teluk juga semakin pulih terutamanya dengan Arab Saudi. Namun begitu, Iran masih mempunyai perbalahan dengan Emiriah Arab Bersatu mengenai kedaulatannya ke atas tiga pulau di Teluk Parsi.

Teheran menyokong padu kerajaan sementara Iraq dan juga menyokong pemindahan kuasa pemerintahan Iraq sepenuhnya kepada penduduk Iraq. Iran juga berharap untuk mencapai kestabilan politik dan pemulihan infrastruktur di Afghanistan dan juga memberi perlindungan kepada pelarian perang Afghanistan. Iran juga sedang berusaha memulihkan hubungannya dengan negara-negara Asia Tengah dan kawasan Kaukasia.

Perbalahan[sunting | sunting sumber]

  • Iran dan Iraq kini dalam proses rundingan mengenai sempadan antara dua negara ini, tawan perang dari kedua-dua negara dan juga kedaulatan terusan Arvand Rud.
  • Tiga pulau di Teluk Parsi iaitu pulau Tunb Kecil, pulau Tunb Besar dan pulau Abu Musa kini sedang dituntut oleh Iran dan Emiriah Arab Bersatu.
  • Iran dalam perbalahan mengenai sempadan di Laut Kaspia dengan negara-negara di Kaspia iaitu Azerbaijan dan Turkmenistan.

Pencegahan Dadah[sunting | sunting sumber]

Iran merupakan laluan utama pengedaran dadah dari rantau Asia Barat Daya terutamanya dari Afghanistan ke negara-negara Eropah. Penggunaan narkoba secara domestik masih lagi mesalah utama di Iran dan terdapat sekurang-kurangnya 1.2 juta pengguna dadah di negara ini. Kerajaan Iran kini dalam kempen mencegah penggunaan dadah tapi kurang berjaya. Walaupun masyarakat antarbangsa menyokong insiatif ini tetapi kebanyakan negara enggan memberi infrastuktur dan keperluan utama kepada Iran.

Hubungan Dengan Negara-Negara Barat[sunting | sunting sumber]

Hubungan Iran dengan Amerika Syarikat hari keruh keruh sejak Revolusi Islam. Iran tidak mempunyai hubungan diplomasi dengan Amerika Syarikat dan Israel. Hubungannya dengan Kesatuan Eropah pula menjadi semakin penting. Pada tahun 2000, Presiden Iran ketika itu, Seyed Mohammad Khatami mengunjungi Itali, Perancis, Jerman, Austria dan Greece dan beberapa ketua-ketua negara Eropah pernah mengunjungi Iran. Pada tahun 2002, Kesatuan Eropah melancarkan kerjasama perdagangan dengan Iran dan juga mengadakan beberapa dialog mengenai hak-hak kemanusiaan , pencegahan pengganas di Iran dan proses perdamaian Timur Tengah.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]