Hulu Langat FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hulu Langat
Nama penuhHulu Langat FC
GelaranHLFC
Diasaskan2008
StadiumStadium Kajang, Hulu Langat, Selangor
(Muatan: 1,000)
PresidenMalaysia Mohd Nidzam Jamil
JurulatihMalaysia Mohd Arsyah Mohd Ayob
LigaLiga Bolasepak Rakyat
tuan rumah
tempat lawan

Hulu Langat FC atau HLFC adalah kelab bolasepak yang menguruskan sukan bolasepak di daerah Hulu Langat. Pasukan ini menyertai Liga Bolasepak Rakyat iaitu liga yang dianjurkan oleh Liga Bolasepak Rakyat Limited Liability Partnership (LBR-LLP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melibatkan pasukan setiap daerah di seluruh Malaysia. Pasukan ini mewakili daerah Hulu Langat.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

HULU LANGAT FOOTBALL CLUB atau singkatan HLFC merupakan kelab bola sepak Daerah Hulu Langat yang berasaskan komuniti. Ia ditubuhkan oleh 5 orang peminat bola sepak yang mahukan perubahan dalam atmosfera bola sepak Malaysia yang regresif. Ditubuhkan sekitar januari 2016, aspek pemasaran HLFC diurus oleh beberapa individu yang arif dalam bahagian pemasaran dan bola sepak. Persatuan diketuai oleh seorang Presiden/Penasihat dan beberapa Ahli Jawatankuasa.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Untuk mewujudkan sebuah kelab bola sepak yang mempunyai etika pengurusan yang telus, profesional dan mesra penyokong dan komuniti setempat .
  • Disebabkan kami tak berupaya mengubah bola sepak dari ekosistem pengurusan sedia ada, kami mengambil keputusan untuk mencipta ekosistem pengurusan seperti yang diimpikan oleh peminat bola sepak tempatan sendiri.
  • Memberi platform dan peluang kedua kepada pemain-pemain berbakat dan amatur menunjukkan bakat di peringkat tertinggi dalam kawasan negeri Selangor.
  • Menyokong usaha merakyatkan kelab bola sepak seperti yang dilakukan oleh kelab-kelab di seluruh malaysia. Diharapkan lebih banyak kelab bola sepak berasaskan komuniti seperti ini akan ditubuhkan di Malaysia.

Perancangan[sunting | sunting sumber]

  • Meminda perlembagaan kelab atau mewujudkan jawatankuasa eksekutif khas yang membolehkan penyokong mempunyai kuasa dan suara dalam menentukan hala tuju HLFC.
  • Membuat pemilihan pemain dan mendaftar pasukan untuk masuk ke Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (divisyen ke-6 dalam piramid bola sepak Malaysia).
  • Memperhebatkan kempen mempereratkan hubungan kemasyarakatan dengan hampir 1 juta penduduk daerah Hulu Langat.
  • Memperkemaskan aspek pengurusan kelab supaya menjadi kebanggaan seluruh penduduk Daerah Hulu Langat.

Motto[sunting | sunting sumber]

  • One Dream One Team

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

  • Presiden: Mohd Nidzam Jamil
  • Jurulatih: Mohd Arsyah Mohd Ayob
  • Pengurus: Mohd Norhafiz Mazlan
  • AJK: Mohd Firdaus Hussin

Persatuan Yang Melia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]