Human Behaviour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Human Behaviour"
Single oleh Björk
daripada album Debut
Sisi B"Atlantic" (hanya terdapat di single kaset UK)
Dilancarkan padaJun 1993
2002 (Keluaran "The Sun")
FormatCD, Vinil 12", Kaset
GenreNew Age, alternatif, elektronika
Panjang4:13 (Versi album)
12:00 (Mix Underworld)
6:22 (Mix Close To Human)
6:58 (Mix Dom T)
6:33 (Suntingan Bassheads)
10:42 (Dabing Underworld)
7:57 (Le French Touch)
5:58 (Underground Behaviour)
8:02 (Deep Behaviour)
7:16 (Dabing Underground Behaviour)
SyarikatOne Little Indian
PenulisNellee Hooper
Björk
PenerbitNellee Hooper
Kronologi single Björk
"Human Behaviour" ""Venus As A Boy"
(1993)"
Kulit lain
Cakera padat EUR
Cakera padat EUR
Vinil Promosi UK 12"
Vinil Promosi UK 12"
Keluaran The Underworld Mixes
Keluaran The Underworld Mixes
Keluaran tabloid UK The Sun 2002
Keluaran tabloid UK The Sun 2002
Promosi di Perancis
Promosi di Perancis
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Human Behaviour" ialah single pertama yang dikeluarkan oleh artis Iceland Björk. Lagu ini dikeluarkan dari albumnya yang sulung, Debut. Ia mengandungi sampel dari lagu "Go Down Dying" daripada Antonio Carlos Jobim. Lirik lagu ini memberi gambaran mengenai emosi serta jiwa manusia dari sudut pandangan haiwan. Menurut Björk, lagu ini adalah bab pertama dalam sebuah trilogi epik rekaan yang juga terdiri daripada lagu "Isobel" dan "Bachelorette".

Lagu ini telah mendapat kejayaan sederhana dari pihak ramai (sebagai contoh, berada pada kedudukan #36 di Carta Single UK) dan sering dipersembahkan dalam konsert sebagai persembahan ulangan.

Single yang dilancarkan pada musim panas (Jun) 1993 ini telah berjaya menggalakkan kerjaya solo Björk di persada antarabangsa.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Björk sedang berfikir sama ada ingin memakan kupu-kupu di dalam pinggannya atau tidak dalam video "Human Behaviour"

Video muzik ini berkisar tentang sebuah cerita mengenai mangsa dan pemangsa[1]. Video ini bermula dengan babak di mana sebuah landak nyaris dilanggar kereta. Babak seterusnya menunjukkan Björk (yang bertindak sebagai watak utama dan pencerita) berada di dalam sebuah rumah. Beliau kemudiannya berjalan-jalan di dalam hutan dan dikejar oleh seekor beruang. Beruang itu hampir berjaya menangkapnya beberapa kali - dalam sebuah percubaan menangkap Björk, beruang tersebut memandu kereta dan hampir melanggarnya. Akhirnya, Björk terbang ke dalam perut beruang tersebut lalu berada di dalamnya.

Di samping itu, terdapat juga babak-babak kecil seperti:

  • Björk terbang ke atas bulan untuk lari daripada si beruang. Di sana, beliau kelihatan menanam sebuah bendera Soviet.
  • Seekor kupu-kupu terkena mentol lalu masuk ke dalam pinggan makanan Björk.
  • Seorang pemburu kelihatan sedang memburu pada awal video, dan dapat dilihat sedang diheret oleh si beruang pada akhir video.

Video ini diarah oleh pengarah Perancis, Michel Gondry. Video ini mempunyai tekstur warna yang dalam dan tepu. Video muzik telah dilancarkan pada September 1993.[2]

Beruang yang digambarkan ini sebenarnya hanyalah patung beruang. Dalam sebuah temubual, Björk pernah menyatakan keengganannya untuk menggunakan beruang hidup.

Video muzik ini telah dicalonkan dalam anugerah-anugerah seperti MTV Video Music Awards 1994 dan Anugerah Grammy.

Senarai lagu dalam single[sunting | sunting sumber]

Cakera padat UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Suntingan radio)
  2. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  3. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  4. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  5. "Human Behaviour" (Suntingan Bassheads)

Rekod vinil 12 inci UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  2. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  3. "Human Behaviour" (Mix Dom T)

Kaset[sunting | sunting sumber]

A1. "Human Behaviour"
A2. "Atlantic"
B1. "Human Behaviour"
B2. "Atlantic"

Rekod vinil 12 inci promo 2 lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  2. "Human Behaviour" (Dabing Underworld)

Rekod vinil 12 inci promo 3 lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  2. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  3. "Human Behaviour" (Suntingan Bassheads)

Video promo UK dan Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"

Cakera padat Australia dan Eropah[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  3. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  4. "Human Behaviour" (Suntingan Bassheads)

Rekod vinil 12 inci Perancis 1 dan cakera padat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Sentuhan Perancis)

Rekod vinil 12 inci Perancis 2[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Underground Behaviour)
  2. "Human Behaviour" (Sentuhan Perancis)
  3. "Human Behaviour" (Deep Behaviour)
  4. "Human Behaviour" (Dabing Underground Behaviour)

Cakera padat single dan promo Jepun[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  3. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  4. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  5. "Human Behaviour" (Suntingan Bassheads)
  6. "Human Behaviour" (Dabing Underworld)

Rekod vinil 12 inci Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  3. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  4. "Human Behaviour" (Dabing Underworld)

Kaset Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Atlantic"

Rekod vinil 12 inci promo Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  2. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  3. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  4. "Human Behaviour" (Dabing Underworld)

Cakera padat promo Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Mix Underworld)

Video promo Amerika Syarikat 10 lagu (mengandungi temubual)[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. Temubual
  3. "Human Behaviour"
  4. Temubual
  5. "Human Behaviour"
  6. Temubual
  7. "Human Behaviour"
  8. Temubual
  9. "Human Behaviour"
  10. Temubual

Temubual di dalam video ini merupakan rakaman daripada House Of Style oleh MTV di mana Björk bercakap tentang fesyen, sikap terhadap muzik dan sebagainya [3]

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Peak
position
Billboard Hot Dance Music/Club Play Amerika Syarikat 2
Billboard Modern Rock Tracks Amerika Syarikat 2
Billboard Bubbling Under Hot 100 Singles Amerika Syarikat 9
Carta Single Sweden 29
Carta Single Belanda 35
Carta Single UK 36

Versi[sunting | sunting sumber]

  • Versi album
  • Mix Underworld
  • Mix Close To Human
  • Mix Dom T
  • Suntingan Bassheads
  • Dabing Underworld 1
  • Dabing Underworld 2
  • Sentuhan Perancis (Le French Touch)
  • Deep Behaviour
  • Versi akustik
  • Versi Unplugged
  • Underground Behaviour
  • Dabing Underground Behaviour

Kru pembikinan[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]

  • Penerbit - Georges Bermann[2]
  • Penerbit talian - Michel Maniot
  • Sinematografer - Tim Maurice-Jones
  • Pereka penerbitan - Michel Maniot
  • Pereka kostum - Daniel Adric
  • Mekap - Monda Renita
  • Pengurus penerbitan - Pascal Muzzarelli
  • Penyunting - Olivier Gajan, Francois Gilgy
  • Kesan tampak - Christian Dehayes
  • Animasi - Eric Valin
  • Syarikat penerbitan - Partizan Midi Minuit

Single[sunting | sunting sumber]

  • Penyanyi utama - Björk[4]
  • Penerbit - Nellee Hooper[5]
  • Pengkarya lagu - Björk[6], Nellee Hooper[6]
  • Juruadun - Underworld (mix Underworld, dabing Underworld)[7][8][9], Speedy J (mix Close To Human)[7][8][9], Dom T (mix Dom T)[8][9], Bassheads (suntingan Bassheads)[8], Dimitri From Paris (Le French Touch)[10]
  • Peyunting - Matthew Vaughan (suntingan Bassheads)[8]

Petikan kata[sunting | sunting sumber]

'Human Behaviour' ialah pendapat haiwan tentang manusia. Dan haiwan seharusnya menang akhirnya.
[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bjork - Human Behaviour di DirectorFile.com
  2. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-09. Dicapai pada 2009-03-09.
  3. ^ "Video promo "Human Behaviour" Amerika Syarikat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2008-12-31.
  4. ^ http://www.artistdirect.com/nad/store/artist/album/0,,1005689,00.html
  5. ^ http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Human-Behaviour/release/266124
  6. ^ a b c "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-23. Dicapai pada 2009-03-09.
  7. ^ a b http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Human-Behaviour/release/25374
  8. ^ a b c d e http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Human-Behaviour/release/28713
  9. ^ a b c http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Human-Behaviour/release/64847
  10. ^ http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-Human-Behaviour/release/174243

Pautan luar[sunting | sunting sumber]