Oceania (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Oceania"
Single oleh Björk
daripada album Medúlla
Dikeluarkan padaOgos 2004
GenreMuzik avant-garde, Beatboxing
Panjang3:24
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk
Sjón
PenerbitBjörk
Mark Bell
Kronologi single Björk
"It's In Our Hands"
(2002)
"Oceania"
(2004)
"Who Is It (Carry My Joy On The Left, Carry My Pain On The Right)"
(2004)

"Oceania" ialah sebuah lagu yang ditulis oleh Björk bersama Sjón dan diterbitkan oleh Björk dan Mark Bell. Lagu ini telah dilancarkan hanya sebagai single promosi kepada khalayak umum pada tahun 2004. Single ini pada mulanya dirancang sebagai single sulung Björk daripada album keempatnya, Medúlla.

Lagu ini sebenarnya ditulis untuk Majlis Pembukaan Olimpik 2004. Björk telah meminta pertolongan rakannya, Sjón untuk menulis sebuah lirik lagu yang berbunyi epik.

Pengaturcaraan bagi lagu ini telah dilakukan oleh Björk, Mark Bell dan Valgeir Sigurðsson. Lagu ini menampilkan beatbox manusia iaitu Shlomo dan juga The London Choir.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Björk dilitupi labuci dalam "Oceania".

Laut merupakan tema dalam video muzik "Oceania". Dalam video muzik ini, Björk yang dilitupi dengan labuci sedang terapung-apung di dalam laut. Beliau dikelilingi oleh hidupan-hidupan seperti ikan, tumbuh-tumbuhan air, dan (paling signifikan) ubur-ubur - satu babak menunjukkan ubur-ubur keluar daripada tapak tangannya.

Video ini telah diarah oleh Lynn Foxx. Pengarah tersebut juga telah bekerja sama bersama Björk dalam membikin visual sebelum ini. Antara visual Björk yang beliau pernah bikin adalah seperti lagu-lagu "Desired Constellation", "Unravel" dan "Nature Is Ancient".

Persembahan konsert[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab "Oceania" merupakan kegemaran para peminat, "Oceania" adalah antara beberapa lagu daripada album Medúlla yang dipersembahkan di konsert jelajah dunia Volta 2007-2008.

Lagu ini pertama kali diperkenalkan di Laugardalshöll, Reykjavik, Iceland pada 4 April, di mana penggubahan pancaragam menggantikan koir seperti di dalam versi album.

Senarai lagu dalam single[sunting | sunting sumber]

  1. "Oceania"
  2. "Oceania" (Menampilkan Kelis)

Carta[sunting | sunting sumber]

Chart Peak
position
UK Singles Chart 75
Billboard Hot 100 120

Persembahan di Sukan Olimpik 2004[sunting | sunting sumber]

Björk membuat persembahan di Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2004.

Björk mempersembahkan "Oceania" sebaik sahaja perarakan berakhir. Sewaktu lagu sedang dimainkan, sebuah kain besar (yang merupakan sebahagian daripada pakaian Björk) ditarik ke atas semua atlit yang berkumpul di atas tanah di tengah-tengah stadium. Selepas persembahan Björk berakhir, imej peta dunia ditunjukkan di kain besar tersebut.

Versi lain[sunting | sunting sumber]

  • Versi album
  • Mix piano dan suara - 3:04
  • Suntingan radio menampilkan Kelis - 2:55
  • Versi Studio Olimpik - 3:14

Versi piano telah ditampilkan di dalam keluaran DVD, di mana pembikinannya telah dibantu oleh Nico Muhly[1].

Oceania (menampilkan Kelis)[sunting | sunting sumber]

Sebuah versi bagi lagu "Oceania" telah dibikin bersama penyanyi R&B, Kelis. Björk telah berjumpa dengan Kelis di sebuah acara Fashion Rocks di London, dan selepas bertukar nombor, Björk menelefon Kelis dan menawarkannya untuk membuat versi baru bagi Oceania.

Lirik bahagian Kelis di dalam lagu tersebut bukanlah ditulis oleh Sjón, tetapi Kelis sendiri[2].

Kami sedang membuat sebuah persembahan di Fashion Rocks, London tahun lepas, dan bilik salinan kami berada di sebelah satu sama lain........ Kami bertukar-tukar nombor, dan selepas itu beliau menghubungi saya tentang menyanyi di dalam sebuah lagu. Saya sentiasa suka menyukai bahannya, jadi saya pun berkata 'Ya.'[3]

—Kelis, MTV News, 26 Ogos 2004

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]