Jóga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Jóga"
Single oleh Björk
daripada album Homogenic
Sisi B"All Is Full Of Love" (Mix pilihan)
"Sod Off"
"Immature" (Versi Björk)
"So Broken"
Dikeluarkan padaSeptember 1997 (Set kotak)
April 1998 (Cakera padat maxi)
November 2001 (Rekod vinil LP)
FormatCD, Rekod vinil (12")
GenreAlternatif, Elektronika, Ambien
Panjang3:21 (video)
4:03 (suntingan)
5:01 (versi album)
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk, Sjón
PenerbitBjörk and Mark Bell
Kronologi single Björk
"I Miss You"
(1997)
"Jóga"
(1997)
"Bachelorette"
(1997)
Kulit lain
Cakera padat 1
Cakera padat 1
Cakera padat 2
Cakera padat 2
Cakera padat 3
Cakera padat 3
Set kotak
Set kotak
Video
Video
Keluaran promosi UK
Keluaran promosi UK
Keluaran promosi Australia & Eropah
Keluaran promosi Australia & Eropah

"Jóga" ialah single pertama oleh Björk yang diambil daripada album ketiganya, Homogenic. Lagu ini ialah lagu kedua dalam senarai lagu album Homogenic.

Penerbit R&B, Timbaland telah membuat sampel bunyi daripada lagu ini. Sampel tersebut dimuatkan ke dalam lagu Missy Elliott yang bertajuk "Hit Em Wit Da Hee".

Selain itu, lagu ini juga ditampilkan sebagai selingan dalam DVD John Mayer, Any Given Thursday.

Maklumat lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu ini ialah gabungan antara pengorkestraan alat-alat tali yang bersifat romantis dengan rentak elektronik yang ganas. Ini merupakan kesan yang diingini oleh Björk bagi albumnya, Homogenic.

Saya telah membuat banyak uji kaji dengan rentak cuba menjadikannya berbunyi ganas. Dengan lagu ini, saya memikirkan tentang sebuah Lagu Kebangsaan. Bukannya Lagu Kebangsaan tetapi semestinya lagu klasik Iceland - sangat romantis, sangat bangga.[1]

—Björk, Temubual bersama David Hemingway

Lirik lagu ini tidak mengandungi perkataan jóga, sebaliknya mengandungi unsur repetisi perkataan state of emergency (bermaksud "keadaan darurat"). Sebenarnya lagu ini adalah sebuah dedikasi untuk seorang rakan Björk yang bernama Jóhanna Jóhannsdóttir (yang diberi nama timangan "Jóga"). Lagu ini juga ditujukan kepada negaranya, Iceland.

Senarai lagu dalam single[sunting | sunting sumber]

Cakera padat 1 UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Mix Utama Howie B)
  2. "Jóga" (Mix Alat tali & suara)
  3. "Jóga" (Mix Buzz Water (Air Dengung))
  4. "All Is Full Of Love" (Mix pilihan)

Cakera padat 2 UK / cakera padat Kesatuan Eropah[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga"
  2. "Sod Off"
  3. "Immature" (Versi Björk)
  4. "So Broken"

Cakera padat 3 UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga"
  2. "Jóga" (Mix Alec Empire)
  3. "Jóga" (Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 1)
  4. "Jóga" (Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 2)

Cakera padat maxi dan rekod vinil LP[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Mix Utama Howie B)
  2. "Jóga" (Mix Alat tali & suara)
  3. "Jóga" (Mix Buzz Water (Air Dengung))
  4. "All Is Full Of Love" (Mix pilihan)
  5. "Jóga"
  6. "Sod Off"
  7. "Immature" (Versi Björk)
  8. "So Broken"
  9. "Jóga" (Mix Alec Empire)
  10. "Jóga" (Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 1)
  11. "Jóga" (Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 2)

Keluaran promosi UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Suntingan radio)

Keluaran Australia, Jepun dan Eropah (label cakera biru muda dan merah)[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Mix Utama Howie B)
  2. "Sod Off"
  3. "Immature" (Versi Björk)
  4. "So Broken"

Keluaran Eropah 2 lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Mix Utama Howie B)
  2. "All Is Full Of Love" (Mix pilihan)

Promo Eropah dan Mexico[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Suntingan radio)

Cakera padat promo Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Suntingan radio)
  2. "Jóga"
  3. Biografi audio

Video promo Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

  1. "Jóga" (Suntingan video)

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Video muzik bagi "Jóga" adalah lebih berbeza daripada video-video muzik Björk yang lain. Video muzik yang diarah oleh Michel Gondry ini lebih tertumpu kepada pemandangan pandang darat, sementara kemunculan Björk hanya pada permulaan dan penghabisan video.

Björk membuka sebuah lubang di dadanya dalam video muzik "Jóga".

Video ini bermula dengan menunjukkan babak Björk berbaring kaku di atas tanah. Kamera bergerak dengan rambang, menunjukkan pelbagai pemandangan pandang darat seperti gunung-ganang, laut, sungai, rizab-rizab semula jadi dan sebagainya. Sesampainya saat tengah video ini, dapat kelihatan fenomena gempa bumi mula meletus, tanah memecah dan kemudiannya bersambung kembali. Video ini berakhir dengan babak Björk berada di atas kemuncak bukit atau gunung, kelihatan membuka sebuah lubang di dadanya, menunjukkan sebuah pulau sedang terapung di sebaliknya.

Versi lain[sunting | sunting sumber]

  • Versi album
  • Mix Alec Empire
  • Mix State of Emergency (Keadaan Darurat) Alec Empire
  • Mix The Destroyer (Pemusnah) Alec Empire
  • Mix The Planet Of Ice (Planet Air Batu) Alec Empire
  • Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 1
  • Mix Digital Hardcore (Hardcore Digital) Alec Empire 2
  • Mix Utama Howie B
  • Mix Alat tali & suara
  • Mix Buzz Water (Air Dengung)
  • Suntingan radio
  • Suntingan video

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
tertinggi
Carta Single Finland 16
Hot 100 Songs & Tracks Brazil 20
Carta Single Sweden 37
Carta Single New Zealand 43
Carta Single Switzerland 49
Carta Single Australia 70
Carta Single Belanda 95
Carta Single UK 109

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]