iTunes Store

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai gedung media. Untuk perisian penggunaan, sila lihat iTunes.
iTunes Store
ITunes Store logo.svg
Dibuka (2003-04-28) 28 April 2003 (umur 16)
PlatformmacOS, iOS, Windows, tvOS
FormatAAC tidak dilindungi (.m4a) @ 256 kbit/s (muzik), AAC dilindungi (.m4p) @ 35 64 dan 128 kbit/s (buku audio), Video MPEG-4 tidak dilindungi (.m4v) (video muzik), Video MPEG-4 dilindungi (.m4v) (video lain)
Pembatasan(Dilindungi) Muzik: penstriman sehingga 5 buah komputer bagi setiap 24 jam, CD tanpa had (tujuh dengan senarai main tidak berubah), iPod dan iPhone tanpa had.
Katalog37,000,000+ lagu dari seluruh dunia, 1,000,000+ audio siar (A.S.), 40,000+ video muzik (A.S.), 3,000+ rancangan TV (A.S.), 20,000+ buku audio (A.S.), 45,000+ filem (A.S.), 1,000,000+ aplikasi App Store[1]
Pralihat30–90 saat (muzik, TV, video, buku audio, filem) tersedia secara percuma
PenstrimanYa (untuk filem dan rancangan TV yang dibeli). Penstriman muzik melalui Apple Music.
ProtokoliTunes Music Store Protocol (itms://)
Laman webwww.apple.com/itunes/

iTunes Store (juga dikenali sebagai Gedung iTunes) ialah gedung media digital dalam talian berasaskan perisian yang dikendalikan oleh Apple Inc. Ia telah dibuka pada 28 April 2003, hasil daripada saranan Steve Jobs untuk membuka sebuah pasaran digital untuk muzik. Setakat Januari 2017, iTunes menawarkan lebih daripada 35 hingga 40 juta lagu, 2.2 juta aplikasi, 25 ribu rancangan televisiyen dan 65 ribu filem. Apabila ia dibuka, iTunes Store menjadi satu-satunya katalog muzik digital yang sah, yang menawarkan lagu-lagu daripada lima syarikat rakaman utama.[2] Setakat Jun 2013, iTunes Store memiliki 575 juta akaun pengguna aktif,[3] dan menyediakan perkhidmatan kepada 315 juta peranti mudah alih termasuklah Apple Watch, iPod, iPhone, Apple TV dan iPad.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Apple Unveils New iTunes" (dalam bahasa Inggeris). Apple. 12 September 2012. Dicapai 27 September 2012. 
  2. ^ Langer, Andy (10 September 2014). "Is Steve Jobs the God of Music?". Esquire (dalam bahasa Inggeris). Hearst Communications. Dicapai 10 Julai 2017. 
  3. ^ "The algebra of iTunes" (dalam bahasa Inggeris). CNN. June 15, 2013. Diarkibkan daripada asal pada June 21, 2013. Dicapai June 17, 2013. 
  4. ^ "iPhone 5 announcement: 3 important things to watch" (dalam bahasa Inggeris). NineMSN.com.au. September 12, 2012. Diarkibkan daripada asal pada September 14, 2012.