Ikan layaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan layaran
Ikan layar
Julat zaman: 59–0 Ma
Paleogen hingga kini[1]
Istiophorus platypterus.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Species
Sinonim
  • Histiophorus G. Cuvier, 1832
  • Nothistium Hermann, 1804
  • Zanclurus Swainson, 1839

Ikan layaran atau ikan layar adalah jenis ikan dari genus Istiophoridae. Ikan-ikan ini boleh dikenali daripada rupa sirip belakang badan yang besar menyerupai layar.[2] Ikan ini boleh dijumpai di kawasan laut berhawa sederhana kawasan tropika dan subtropika.[2]

Ikan ini dianggap antara ikan paling laju berenang dalam lautan mencapai kelajuan setinggi 109.4 km sejam[3] dengan julat buruan sekitar 36 kilometer sejam.[4][5] Atas sebab ini ia sering menjadi tumpuan dalam sukan pancing dalam menguji kemahiran pemancing menangkap ikan ini yang lincah dan tinggi daya juangnya.[2][6]

Jenis spesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis spesies ikan layar yang dapat dikenalpasti:[7][8]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Ikan layar boleh ditemukan dari laut berkedalaman 1000 meter hingga berada mudah dilihat di kawasan permukaan, ia tidak berada jauh lebih dalam dari 200 meter.[2]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Sirip ikan layar Indo-Pacific yang kelihatan

Sirip besar ikan-ikan jenis ini sering direndahkan semasa berenang dan hanya diangkat apabila mahu menyerang mangsa tanpa dikesan daripada riak ayunan terhasil akibat tujahan kepala ikan.[4] Sifat ini turut membolehkan ikan layar menyerang kawanan mangsa secara senyap tanpa begitu dapat dikesan.[9][10]

Muncung ikan memanjang tirus seakan paruh yang boleh digunakan untuk menetak atau mengelar ikan dimangsakan.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A compendium of fossil marine animal genera". Bulletins of American Paleontology. 364: 560. 2002. Dicapai pada 2008-01-08.
  2. ^ a b c d Amang (2 September 2019). "Profil Ikan Layaran". Umpan.
  3. ^ US Department of Commerce, National Oceanic and Atmospheric Administration. "What is the fastest fish in the ocean?". oceanservice.noaa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-09.
  4. ^ a b Marras S, Noda T, Steffensen JF, Svendsen MBS, Krause J, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Herbert-Read J & Domenic P 2015) "Not so fast: swimming behavior of sailfish during predator–prey interactions using high-speed video and accelerometry". Integrative and Comparative Biology 55: 718-727.
  5. ^ Svendsen MBS, Domenici P, Marras S, Krause J, Boswell KM, Rodriguez-Pinto I, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Viblanc PE, Finger JS & Steffensen JF (2016) "Maximum swimming speeds of sailfish and other large marine predatory fish species based on muscle contraction time: A myth revisited". Biology Open, 5: 1415-1419.
  6. ^ Raz AS (20 Mac 2021). "Si pelayar samudera biru". Media Permata.
  7. ^ Templat:FishBase genus
  8. ^ McGrouther, M. (2013). Sailfish, Istiophorus platypterus. Australian Museum. Retrieved 26 April 2013.
  9. ^ Domenici P, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Marras S, Herbert-Read JE, Steffensen JF, Krause S, Viblanc PE, Couillaud P & Krause J (2014) "How sailfish use their bill to capture schooling prey". Proceedings of the Royal Society London B, 281: 20140444.
  10. ^ Sailfish Hunting SardinesYoutube.
  11. ^ Domenici P, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Marras S, Herbert-Read JE, Steffensen JF, Krause S, Viblanc PE, Couillaud P & Krause J (2014) "How sailfish use their bill to capture schooling prey". Proceedings of the Royal Society London B, 281: 20140444.