Ikejime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Ikejime (活け締め) atau Ikijime (活き締め) merupakan kaedah menyembelih ikan yang berperikemanusiaan untuk memelihara kualiti dagingnya.[1] Teknik yang berasal dari Jepun ini kini diamalkan di seluruh dunia, yang mana ikan dipacak dengan pantas terus ke dalam bahagian otak belakang yang terletak lebih kurang di paras belakang dan atas mata, supaya ikan mati otak dengan serta-merta.[2] Ikan yang dipacak dengan betul kembang sirip, kendur tubuh, dan berhenti semua pergerakan serta-merta. Menusuk otak dan saraf tunjang ikan akan mencegah tindakan refleks. Ini kerana tindakan refleks akan memakan adenosina trifosfat (ATP) dalam otot, menghasilkan asid laktik dan ammonia yang menjadikan ikan masam, kembang, dan kurang lazat.[3] Lebih-lebih lagi, darah yang terkandung dalam daging ikan terserap kembali ke dalam rongga usus untuk menghasilkan filet yang lebih cerah dan sedap serta membolehkan ikan disimpan lebih lama. Kaedah ini dianggap cara penyembelihan ikan yang paling cepat dan paling berperikemanusiaan.[4] Ikan yang disembelih secara ikejime menjadi kegemaran restoran kerana dapat tambah rasa umami apabila diperam.[5][6]

Ikejime sangat mirip dengan teknik membedah katak secara membuang empulur di makmal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sperss, Phil (June 2019). "On Ikejime and the science of Ageing Fish". Lapetitnoisette.
  2. ^ Websites such as www.ikijime.com and phone apps such as Ikijime Tool show the brain location of many fish species.
  3. ^ "Ike Jime Part 2 – What "closing" does to the fish?". Japanese Anglers Secrets (dalam bahasa Inggeris). 2012-12-04. Dicapai pada 2019-06-29.
  4. ^ Poli BM, Parisi G, Scappini F, Zampacavallo G (2005). Fish welfare and quality as affected by pre-slaughter and slaughter management. Aquaculture International 13: 29-49
  5. ^ "Technique Thursdays: Ike Jime, The Japanese Slaughter Method For Tastier Fish". MICHELIN Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-29.
  6. ^ "How to Kill a Fish". Topic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-29.