Ilan Pappé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilan Pappé
אילן פפה
Pappé pada 2023
Kelahiran (1954-11-07) 7 November 1954 (umur 69)
Haifa, Israel
Latar belakang akademik
Pendidikan
Gelaran tesisBritish Foreign Policy Towards the Middle East, 1948 – 1951: Britain and the Arab – Israeli Conflict
Tahun tesis1984
Sekolah tradisialiran Sejarawan Baru Israel
Karya akademik
DisiplinSejarawan
Institusi

Ilan Pappé (Ibrani: אילן פפה; lahir 7 November 1954) ialah seorang sejarawan dan ahli sains politik kelahiran Israel. Beliau pensyarah kanan Universiti Haifa (1984–2007) serta pengerusi Institut Kajian Palestin dan Israel Emil Touma Haifa (2000–2008); apabila beliau berpindah ke UK pula, beliau menjadi profesor Kolej Sains Masyarakat dan Kajian Antarabangsa serta Pusat Kajian Palestin Eropah di Universiti Exeter.[1]

Beliau tergolong dalam kelompok sejarawan warga Israel beraliran "baru" (Ibrani: ההיסטוריונים החדשים, lit.'HaHistoryonim HaChadashim') yang menulis mencabar pemahaman umum terhadap pembentukan entiti Israel serta pengusiran warga Palestin berdasarkan dokumen-dokumen baharu dibongkarkan dari simpanan British dan Israel yang dihujahkan telah lama dirancang pihak Ganah sejak tahun 1947.[2] Penelitian ini banyak mencetuskan tengkarah dalam Israel baik dari sejarawan lain mahupun ahli politik Israel sehingga beliau disasar ancam mati.[3] Beliau sendiri tidak sahaja menyokong pemboikotan cendekiawan senegaranya[4][5] malah mendokong penyelesaian satu negara menyatukan warga Israel dan Palestin.[6]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pappé lahir di Haifa kepada pasangan suami isteri yang melarikan diri dari Jerman berikutan dikuasai pihak Nazi tahun 1930-an.[7][3] Beliau dikerahkan sebagai askar memasuki Dataran Tinggi Golan semasa Perang Yom Kippur tahun 1973.[7]

Beliau mengaji di Universiti Ibrani Baitulmaqdis dengan kelulusan Sarjana Muda Bachelor of Arts (BA) tahun 1978.[8] Beliau kemudian meneruskan pengajian lanjut jurusan sejarah di Universiti Oxford untuk ijazah menghabiskan Kedoktoran Falsafah (DPhil) di bawah pengawasan Albert Hourani dan Roger Owen.[7] tesis kedoktoran beliau "dasar luar negeri Britain terhadap Timur Tengah, 1948-1951: Britain dan konflik Arab-Israel" (British foreign policy towards the Middle East, 1948-1951: Britain and the Arab-Israeli conflict, 1984)[9] kemudian dibukukan menjadi buku pertamanya Britain and the Arab-Israeli Conflict.[4]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Britain and the Arab-Israeli Conflict (1988)[10][4]
  • A History of Modern Palestine: One Land, Two Peoples (2003)[10]
  • The Modern Middle East (2005)[10]
  • The Ethnic Cleansing of Palestine (2006)[10]
  • Ten Myths About Israel (2017)[10]

Rencana[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ilan Pappé: profile". University of Exeter. Dicapai pada 17 May 2012.
  2. ^ Pappé, Ilan (2007) [2006]. The Ethnic Cleansing of Palestine. Oxford: Oneworld Publications. m/s. 86–126.
  3. ^ a b Arnot, Chris (20 January 2009). "'I felt it was my duty to protest'". The Guardian. Dicapai pada 17 May 2012.
  4. ^ a b c Wilson, Scott (11 March 2007). "A Shared History, a Different Conclusion". The Washington Post. Dicapai pada 17 May 2012.
  5. ^ Lynfield, Ben (12 May 2005). "British Boycott Riles Israeli Academics". The Christian Science Monitor. Dicapai pada 17 May 2012.
  6. ^ Negev, Ayelet (15 March 2008). "Ilan Pappe: I'm not a traitor". Yedioth Ahronoth. Dicapai pada 18 May 2012. [T]here needs to be one state here that isn't Jewish nor Palestinian, but a state of all its citizens, like in the US.
  7. ^ a b c "Power and History in the Middle East: A Conversation with Ilan Pappe". Logos. 3 (1). Winter 2004. Dicapai pada 17 May 2012.
  8. ^ "Professor Ilan Pappé". Institute of Arab and Islamic Studies. University of Exeter. Dicapai pada 7 November 2023.
  9. ^ Pappé, Ilan (1901). British foreign policy towards the Middle East, 1948-1951: Britain and the Arab-Israeli conflict (Tesis). University of Oxford. Dicapai pada 7 November 2023.
  10. ^ a b c d e "Ilan Pappé: publications". University of Exeter. Dicapai pada 20 May 2012.