Pergi ke kandungan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
MIROS
Intisari agensi
Dibentuk3 Januari 2007; 19 tahun yang lalu (2007-01-03)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Eksekutif agensi
  • Profesor Dr. Wong Shaw Voon, Pengerusi
  • Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Laman sesawang
www.miros.gov.my

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Institute of Road Safety Research; MIROS) ialah agensi berkanun kerajaan Malaysia, ditubuhkan pada 3 Januari 2007.[1] Penubuhannya telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.1/2006 pada 15 Mei 2006 yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Agensi ini bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan.[1] MIROS ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[1]

Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara-negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.[2]

Antara fungsi MIROS ialah:[1]

  • ​​​​M​enjalankan penyelidikan yang menyeluruh ke atas keselamatan jalan raya dan memberikan hala tuju umum untuk aktiviti berkenaan penyelidikan keselamatan jalan raya.
  • Membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur.
  • ​​​​Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berasaskan perkembangan terkini berkaitan isu keselamatan jalan raya.
  • Meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap keselamatan jalan raya.
  • Menyebarkan maklumat berhubung dapatan penyelidikan keselamatan jalan raya.
  • Merancang dan menilai program keselamatan jalan raya serta menjalankan latihan berkaitan keselamatan jalan raya
  • ​Mewujudkan jaringan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan lain

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e "Mengenai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)". Kementerian Pengangkutan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  2. ^ MIROS is ASEAN road safety centre New Straits Times (28 November 2014). Dicapai pada 15 Mac 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]