Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
JKJR
Gambaran keseluruhan
Dibentuk15 September 2004; 15 tahun yang lalu (2004-09-15)
Di bawah bidang kuasaKerajaan Malaysia
Ibu pejabatGaleria PJH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Eksekutif agensi
  • Mohd Nasri Ishak, Ketua Pengarah
  • Wong Yau Duen, Timbalan Ketua Pengarah
Agensi indukKementerian Pengangkutan Malaysia
Tapak webwww.jkjr.gov.my

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) ialah sebuah agensi berkanun kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 15 September 2004. JKJR sebagai peneraju advokasi keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya. JKJR juga memainkan peranan sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif baru ke arah peningkatan keselamatan jalan raya. Di samping itu, jabatan ini merupakan urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR). JKJR ialah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[1]

Peranan dan fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Merancang dan menyelaras strategi berkaitan keselamatan jalan raya;
  • Melaksanakan kempen kesedaran jalan raya bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya;
  • Libat urus bersama pemegang taruh dalam program pendidikan, advokasi dan intervensi mengenai keselamatan jalan raya; dan
  • Penggerak kepada MKJR di peringkat kebangsaan dan negeri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ JKJR: Mengenai kami Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]