Istana kota Caerphilly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Caerphilly – Castell Caerffili
Sebahagian dari Caerphilly County Borough
Caerphilly, Wales

Istana kota Caerphilly dan parit
Jenis Medieval concentric castle
Dibina 1268–1290
Dibina oleh Gilbert de Clare
Bahan
binaan
Pennant Sandstone
Digunakan  Terbuka pada awam
Keadaan
sekarang
Runtuhan, dengan sebahagian dipulihkan
Pemilik
sekarang
Cadw
Peristiwa Perang Welsh
Penjajahan England
Perang Saudara Inggeris

Istana kota Caerphilly yang terletak di Wales, British merupakan yang terbesar di Wales. Ia merupakan istana kota tembok berganda ("concentric castle") yang pertama dibina khusus dari awal di Britain. Tambahan pada pertahanan ini, aturan rumit pertahanan air disekelilingnya menjadikan istana kota ini hampir sukar ditembusi. Malah hingga kini, istana kota Caerphilly kekal megah sebagai mana ia mula diilhamkan oleh Gilbert de Clare, Earl Gloucester.

Istana kota Caerphilly berlainan berbanding istana kota yang lain dari segi ia dibina di atas tanah yang rata dan bukannya dikawasan tanah tinggi berbanding sekitarnya. de Clare meletakkan kedudukan istana kota Caerphilly rendah di lembah dan menggunakan idea membanjiri kawasan sekeliling sebagai cara pertahanan. Bertarikh dari kurun ke-13, istana kota ini pada asasnya segi empat bujur, dan terdiri daripada sisi pertahanan yang mengerunkan mengalir keluar dari laman dalam. Terdapat perparitan, jambatan turun naik, menara, dan tembok pertahanan yang perlu diatasi sebelum dapat memasuki kemudahan kediaman berkubu di tengah istana kota ini.

Laluan masuk ke istana kota ini adalah melalui rumah pagar luar, struktur yang mengkagumkan kekal utuh, hampir pasti disebabkan penggunaannya sebagai penjara daerah ini. Selepas melalui rumah pagar luar, Laman Dalam dicapai melalui rumah pagar timur. Rumah pagar timur yang besar ini memenuhi istana kota Caerphilly, menyerupai pembinaan di istana kota Tonbridge di Kent yang dibina oleh bapa Gilbert de Clare. Digunakan sebagai kuartes kediaman konstable, dan juga memberikan pertahanan bebas, rumah pagar ini dijadikan pola yang digunakan oleh Raja Edward I bagi pembinaan istana kota Harlech dan istana kota Beaumaris. Dalam Laman Tertutup Dalam ("Inner Ward") salah satu kebanggaan istana kota Caerphilly merupakan Dewan Besar awal abad ke-14. Ia dipulihkan dan kembali dipasang atap pada 1870-an, ini merupakan dewan menakjubkan pada zaman Hugh Despenser. Kebanyakan bangunan terselamat agak baik di istana kota ini, kecuali Menara Timur Laut yang kini musnah sepenuhnya. Menara Tenggara masih berdiri sungguhpun retak menegak yang menyebabkan ia condong pada sudut dramatik.

Istana kota ini disiapkan hanya dalam tempoh sepuluh tahun dari tarikh ia didirikan. Ia merupakan contoh terbaik bagi kemajuan senibina ketenteraan masa itu. Setiap menara dan rumah pagar telah dibina sebagai kubu bebas, dan boleh ditutup sekiranya bahagian lain istana kota ditawan musuh. Istana kota Caerphilly telah diserang beberapa kali, yang paling terkenal adalah pada tahun 1326. Ketika itu Ratu Isabella dan kekasihnya, Roger Mortimer menyerang istana kota tersebut apabila mengetahui ia melindungi suaminya, Edward II.

Sungguhpun ia ditinggalkan pada pertengahan kurun ke-14, rekod menunjukkan bahawa istana tersebut kekal dibaiki secara berkala sekurang-kurangnya untuk 150 tahun berikutnya. Kemudiannya ia disewakan, penyewa dibenarkan mengambil batu dari istana kota bagi meluaskan rumahnya berhampiran. Akibatnya, istana kota Caerphilly merosoh menjadi bayangan dari rupa asalnya yang hebat pada suatu masa dahulu. Perang Saudara Inggeris bertanggungjawab bagi kemusnahan lanjut, atau mendakan berlaku apabila tasik berdekatan kering. Walaubagaimanapun, istana kota Caerphilly berada dalam keadaan teruk apabila ia jatuh ketangan keluarga Bute.

Kerja pemulihan istana kota Caerphilly dimulakan oleh Marquess ke-3 dan berterusan sehingga 1939 di bawah Marquess ke-4 dan program pemulihan berterusan sehinga apa yang dilihat masa kini. Rasa kuasa dan kekuatan yang besar masih memancar dari setiap bahagian strukturnya, memastikan bahawa istana kota Caerphilly kekal sebagai penjaga bandar yang berkembang disekelilingnya. Istana kota Caerphilly merupakan contoh istana kota sebenar yang berfungsi dan bukan hanya sekadar hiasan.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Brown, R. Allen (2004). Allen Brown's English Castles. Woodbridge, UK: The Boydell Press. ISBN 978-1-84383-069-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Carpenter, David (2004). The Struggle for Mastery: the Penguin History of Britain 1066–1284. London, UK: Penguin. ISBN 978-0-14-014824-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Clark, George T. (1852). A Description and History of the Castles of Kidwelly and Caerphilly, and of Castell Coch. London, UK: W. Pickering. OCLC 13015278.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Davies, John (1981). Cardiff and the Marquesses of Bute. Cardiff, UK: University of Wales Press. ISBN 978-0-7083-2463-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Davies, R. R. (1990). Domination and Conquest: the Experience of Ireland, Scotland and Wales, 1100–1300. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-02977-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthor= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Goodall, John (2011). The English Castle. New Haven, US and London, UK: Yale University Press. ISBN 978-0-300-11058-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hull, Lisa (2009). Understanding the Castle Ruins Of England And Wales: How to Interpret the Meaning of Masonry and Earthworks. Jefferson, US: McFarland. ISBN 978-0-7864-3457-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • King, D. J. Cathcart (1991). The Castle in England and Wales. London, UK: Routledge. ISBN 978-0-415-00350-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lowry, Bernard (2006). Discovering Fortifications: From the Tudors to the Cold War. Princes Risborough, UK: Shire Publications. ISBN 978-0-7478-0651-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Newman, John (2001). The Buildings of Wales: Glamorgan. London, UK: Penguin. ISBN 978-0-14-071056-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pounds, Norman John Greville (1994). The Medieval Castle in England and Wales: a Social and Political History. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-45828-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Prestwich, Michael (2010). "Edward I and Wales". Dalam Williams, Diane; Kenyon, John (penyunting). The Impact of Edwardian Castles in Wales. Oxford, UK: Oxbow Books. m/s. 1–8. ISBN 978-1-84217-380-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Prior, Stuart (2006). A Few Well-Positioned Castles: the Norman Art of War. Stroud, UK: Tempus. ISBN 978-0-7524-3651-7. Cite has empty unknown parameter: |coauthor= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Renn, Derek (2002). Caerphilly Castle. Cardiff, UK: Cadw. ISBN 978-1-85760-082-7. Cite has empty unknown parameter: |coauthor= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Spurgeon, Jack (1983). "The Castles of Glamorgan: Some Sites and Theories of General Interest". Château Gaillard: Etudes de Castellologie. 8: 203–226.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wiggins, Kenneth (2003). Siege Mines and Underground Warfare. Princes Risborough, UK: Shire Publications. ISBN 978-0-7478-0547-2.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°34′34″N 3°13′13″W / 51.5761°N 3.2203°W / 51.5761; -3.2203