Pergi ke kandungan

Isuzu D-Max

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isuzu D-Max
2021 Isuzu D-Max V-Cross (Malaysia)
Maklumat
PengilangIsuzu Motors
General Motors
Pengeluaran2002–sekarang
PendahuluIsuzu Invader
Juga dikenali sebagai Isuzu Faster
KelasLori pikap
Gaya badan
  • 2-door Cab-casis
  • 2-door Lori pikap
  • 4-door cab-casis
  • 4-door Lori pikap

Isuzu D-Max adalah trak pikap yang dikeluarkan sejak tahun 2002 oleh Isuzu Motors. Ia berkongsi platform yang sama dengan beberapa trak saiz General Motors (GM) di Amerika Syarikat seperti Chevrolet Colorado, GMC Canyon dan Isuzu i-Series. Nama Chevrolet Colorado juga digunakan pada versi D-Max di Timur Tengah dan Thailand, walaupun tidak sama dengan versi Amerika. D-Max yang asal dijual bersama Chevrolet Colorado di pasar Thailand di mana kedua-duanya dibina. Di Australasia antara tahun 2003 dan 2008, D-Max dipasarkan sebagai Holdode Rodeo, tetapi telah dilancarkan semula sebagai Holden Colorado. Isuzu D-Max sendiri juga diperkenalkan di Australia pada tahun 2008. Isuzu D-Max sudah berada di pasaran Malaysia selama 15 tahun dan terkenal dengan kegunaan penjimatan minyak diesel. Bermula dari tahun 2005 sehingga kini, model trak pikap ini masih menjadi kegemaran ramai.[1]

Generasi Pertama (2005-2012) Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Generasi Pertama (RA/RC)
Maklumat
Juga dikenali
Pengeluaran2002–2012
2003–Sekarang (China)
Pemasangan
Enjin2.5 L 4JA1-T I4 (diesel) (2002-2005)
3.0 L 4JH1-T I4 (2002-2004)
2.5 L
4JK1-TC / TCX I4 (diesel) (2005-2011)
3.0 L
4JJ1-TC I4 (diesel) (2004-2011)
3.0 L
4JJ1-TCX I4 (diesel) (2006-2011)
China
2.0 L 4G63 I4 (petrol) (Foday Explorer)
2.2 L 491Q-ME I4 (petrol) (Foday Lion and Explorer)
2.2 L GW491QE I4 (petrol) (Great Wall Pegasus and Socool)
2.4 L 4G69 I4 (petrol) (Foday Lion)
1.9 L D19TCID1 I4 (turbo diesel) (Foday Lion)
2.8 L BJ493ZQV1 I4 (turbo diesel) (Foday Explorer)
2.8 L 4B28TC/4D28TC I4 (diesel) (Foday Lion)
2.8 L GW2.8TC I4 (diesel) (Foday Lion and Explorer)
Penghantaran5 speed manual
4 speed automatic
BerkaitChevrolet Colorado/Isuzu i-Series
Isuzu MU-7
Isuzu D-Max (Malaysia, pre-facelift)

Isuzu D-Max generasi pertama dilancarkan pada bulan Jun 2005.[5] Pada tahun 2007, Isuzu Malaysia telah mendedahkan facelift terkini iaitu trak pick-up Isuzu D-Max, yang mempunyai beberapa penambahbaikan dari segi enjin 3.0 liter yang kini mempunyai lebih banyak kuasa dan kecekapan bahan api sebanyak 19% berbanding versi pra-facelift.[6] Satu lagi facelift baru dilancarkan pada tahun 2009 dan kemas kini kecil yang berlaku pada Julai 2011.[7] Edisi terhad telah dilancarkan untuk generasi pertama Isuzu D-Max di Malaysia. Edisi terhad adalah "Hi-Def" dari September 2008[8] dan edisi terhad yang baru iaitu "Hi-Def" yang dilancarkan dari Jun 2012 terhad kepada 210 unit.[9]

Generasi Kedua (2013-2020) Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Generasi Kedua (RT50,RT85)
Maklumat
Juga dikenali
Pengeluaran
  • 2011–2015 (RT50)
  • 2015–present (RT85)
  • 2012–2018 (Chile)
Pemasangan
Gaya badan
Reka letak
Enjin1.9 L (116 cu in) RZ4E-TC I4 (diesel, RT85; 2015–present)
2.5 L (153 cu in) 4JK1-TC / TCX I4 (diesel)
2.5 L (153 cu in) Twin Turbo I4 (diesel, Europe only)
3.0 L (183 cu in) 4JJ1-TCX I4 (diesel) (2012–present)
2.4 L Vortec 2400 gasoline engine (Ecuador only)
Penghantaran
  • 5-speed manual
  • 6-speed manual (2015–present)
  • Rev-Tronic 5-speed automatic (AW TB50-LS) (2013–2015)
  • Rev-Tronic 6-speed automatic (AW TB60-LS) (2016–present)
Jarak roda3,095 mm (121.9 in)
Panjang5,215 mm (205.3 in) (Single Cab)
Lebar1,775–1,860 mm (69.9–73.2 in)
Tinggi1,690–1,785 mm (66.5–70.3 in)

Isuzu D-Max generasi kedua dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2013.[13] "Elevate Your Journey" adalah promosi slogan yang digunakan dalam pemasaran untuk kereta generasi kedua Isuzu D-Max di Malaysia.[14] Sebuah facelift dilancarkan pada Oktober 2016[15] dan dikemaskini kecil yang berlaku pada Februari 2018.[16] Edisi terhad Isuzu D-max yang telah dilancarkan untuk generasi kedua Isuzu D-Max di Malaysia adalah "X-Series" dari November 2013 terhad kepada 300 unit, "Artik" dari September 2014 terhad kepada 510 unit[17] dan "Beast" dari Mei 2016 terhad kepada 360 unit.[18] Pada 18 September 2019, Isuzu Malaysia telah melancarkan model baru Isuzu D-Max di pasaran Malaysia dengan kekuatan engin 1.9 litre Ddi BluePower turbodiesel (RZ4E-TC).[19]

Generasi Ketiga (2021-Sekarang) Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, D-Max generasi ketiga telah dilancarkan pada 26 April 2021. Ia ditawarkan dalam tujuh trim: 1.9L 4×4 Single Cab, 3.0L 4×4 Single Cab, 1.9L 4×4 MT Standard, 1.9L 4 ×4 AT Standard, 1.9L 4×4 AT Premium, 3.0L 4×4 AT Premium dan 3.0L 4×4 AT X-Terrain.

  1. ^ "Isuzu Malaysia". pandulajudotcom.wordpress.com. 26 April 2014. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  2. ^ "General Motors y la era de su reinado en Arica". estrellaarica.cl. Dicapai pada 28 Mei 2015.
  3. ^ "Isuzu. Isuzu in the Philippines". Car-cat. Dicapai pada 25 Julai 2010.
  4. ^ "Diamal s'insurge". L'auto-marché. 27 Mac 2006. Dicapai pada 4 Mac 2011.
  5. ^ "Isuzu sees good demand for new pick-up". thestar.com.my. 14 Julai 2005. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  6. ^ Paul, Tan (13 Julai 2007). "Facelifted 2007 Isuzu D-MAX launched in Malaysia". paultan.org. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  7. ^ Anthony, Lim (28 Julai 2011). "2011 Isuzu D-Max launched – more bling on the muscle". paultan.org. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  8. ^ "Indulge Without Guilt – The Isuzu D-Max Hi-Def Limited Edition". autoworld.com.my. 2 September 2008. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  9. ^ Anthony, Lim (14 Jun 2012). "Isuzu D-Max HI-DEF – limited edition run of 210 units". paultan.org. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  10. ^ Paulo Rafael Subido (22 Januari 2019). "Isuzu PH discontinues local production of the D-Max". Top Gear Philippines.
  11. ^ Approach, Positive A Digital. "Anadolu Isuzu - Anadolu Isuzu". Anadolu Isuzu.
  12. ^ "Ghandhara Nissan's Isuzu D-Max Takes on Hilux and Hilux Revo in Pakistan". propakistani.pk. Dicapai pada 11 November 2018.
  13. ^ "2nd-gen Isuzu D-Max launched - RM70k to RM101k". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 15 Mei 2013. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  14. ^ Yvonne, Tuah (18 Mei 2013). "Isuzu Malaysia launches second generation Isuzu D-Max". theborneopost.com. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  15. ^ "Isuzu D-Max facelift launched in Malaysia - three trim levels available, eight variants; priced from RM80k". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  16. ^ "Isuzu D-Max updated for 2018 – navigation, leather, sliding cargo tray; priced from RM85,671 to RM130,354". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 7 Februari 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  17. ^ "Isuzu D-Max Artic – limited edition run of 510 units". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 18 September 2014. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  18. ^ "Isuzu D-Max Beast limited edition launched – 2.5L and 3.0L 4x4 A/T, only 360 units, RM120k-RM128k". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 23 Mei 2016. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  19. ^ Gerard, Lye (5 September 2019). "2019 Isuzu D-Max 1.9L Ddi BluePower to be launched in Malaysia on September 18 – 150 PS and 350 Nm". paultan.org. Dicapai pada 4 Februari 2020.