Lagos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lagos
Lagos seperti dilihat dari Victoria Island.
Lagos seperti dilihat dari Victoria Island.
Bendera Lagos
Mohor rasmi Lagos
Nama panggilan: Eko
Kawasan bandar Lagos
Kawasan bandar Lagos
NegaraNigeria
NegeriNegeri Lagos
Kerajaan tempatanPulau Lagos
Pentadbiran
 • ObaRilwan Akiolu I
Keluasan
 • Bandar Raya8.7 km2 (3.3 batu persegi)
 • Bandar
999.6 km2 (385.9 batu persegi)
Penduduk
 (Bancian 2006)[2]
 • Bandar Raya209,437 (Lagos Island LGA)
 • Kepadatan24,182/km2 (62,631/batu persegi)
 • Bandar
7,937,932 (Metropolitan Lagos)
 • Kepadatan bandar7,941/km2 (20,568/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
 • Musim panas (DST)UTC+1
Laman sesawanghttp://www.lagosstate.gov.ng/

Lagos atau Èkó dalam bahasa Yoruba merupakan kawasan metropolitan terbesar di Nigeria dan kedua terbesar di Afrika selepas Kaherah di Mesir. Lagos ialah bekas ibu negara Nigeria sebelum taraf itu diberikan kepada Abuja pada 1991. Kawasan-kawasan subbandarnya termasuk Ikeja dan Agege. Majalah The Economist meletakkan Lagos antara bandar yang mempunyai tahap kebolehhidupan yang paling rendah di dunia.[3]

Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Mohammed, kemudahan pengangkutan udara utama bandar raya ini terletak di Ikeja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penduduk asal Lagos ialah puak Awori dari kalangan orang Yoruba yang mula menetap di sini pada abad ke-15.[4] Pada abad ke-16, petempatan Awori ditakluk oleh Empayar Benin dan dijadikan sebagai kem perang empayar dengan panggilan Eko.[5][6] Eko ialah nama panggilan yang masih digunakan hingga kini; nama Lagos diberikan oleh para penjajah Portugis yang bererti tasik.[7] Pihak Portugis mula memberi perhatian terhadap kawasan ini pada abad ke-15; pengembara Portugis, Rui de Sequeira melawat kawasan ini pada 1472.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Secara asasnya, Lagos dibahagikan kepada dua buah kawasan, kawasan pulau dan kawasan tanah besar. Kawasan pulau merujuk kepada kawasan yang terpisah dari kawasan tanah besar Nigeria oleh badan-badan air yang mengalir ke Lautan Atlantik. Kawasan pulau ini terdiri daripada beberapa buah pulau yang berdekatan dan dihubungkan dengan jambatan-jambatan. Kawasan ini ialah kawasan tumpuan bidang perniagaan dan hiburan bandar serta menempatkan populasi berada bandar. Kawasan tanah besar Lagos menempatkan golongan kebanyakan bandar dan menempatkan kebanyakan pusat industri Lagos.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Lagos memiliki iklim savana tropika (engelasan iklim Köppen Aw) dengan perbezaan taburan hujan yang ketara antara musim tengkujuh dengan musim kering. Musim tengkujuh bermula dari April hingga Oktober dan disusuli oleh musim kering. Bulan dengan taburan hujan terbanyak ialah bulan Jun manakala bulan yang terkering pula ialah Januari. Memandangkan Lagos terletak berdekatan garisan Khatulistiwa, Lagos memiliki julat suhu tahunan yang tidak begitu ketara.

Data iklim untuk Lagos (Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed) 1961–1990, ekstrem: 1886–kini
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 40.0
(104.0)
37.1
(98.8)
37.0
(98.6)
39.6
(103.3)
37.0
(98.6)
37.6
(99.7)
33.2
(91.8)
33.0
(91.4)
33.2
(91.8)
33.7
(92.7)
39.9
(103.8)
36.4
(97.5)
40.0
(104.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 32.2
(90.0)
33.2
(91.8)
32.9
(91.2)
32.2
(90.0)
30.9
(87.6)
29.3
(84.7)
28.2
(82.8)
28.3
(82.9)
28.9
(84.0)
30.3
(86.5)
31.4
(88.5)
31.8
(89.2)
30.8
(87.4)
Purata suhu harian, °C (°F) 27.3
(81.1)
28.4
(83.1)
28.5
(83.3)
28.0
(82.4)
27.0
(80.6)
25.6
(78.1)
25.2
(77.4)
25.0
(77.0)
25.5
(77.9)
26.4
(79.5)
27.2
(81.0)
27.2
(81.0)
26.8
(80.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.4
(72.3)
23.7
(74.7)
24.1
(75.4)
23.7
(74.7)
23.2
(73.8)
21.9
(71.4)
22.3
(72.1)
21.8
(71.2)
22.1
(71.8)
22.4
(72.3)
23.0
(73.4)
22.5
(72.5)
22.8
(73.0)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 12.6
(54.7)
16.1
(61.0)
14.0
(57.2)
14.9
(58.8)
20.0
(68.0)
21.2
(70.2)
15.0
(59.0)
19.0
(66.2)
13.0
(55.4)
17.9
(64.2)
11.1
(52.0)
11.6
(52.9)
11.1
(52.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 13.2
(0.52)
40.6
(1.60)
84.3
(3.32)
146.3
(5.76)
202.4
(7.97)
315.5
(12.42)
243.0
(9.57)
121.7
(4.79)
160.0
(6.30)
125.1
(4.93)
39.7
(1.56)
14.8
(0.58)
1,506.6
(59.31)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 1.5 2.8 6.6 9.0 12.5 16.2 13.2 11.6 12.7 11.2 4.9 2.1 104.3
Purata kelembapan relatif (%) 81 79 76 82 84 87 87 85 86 87 84 82 83
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 164.3 168.0 173.6 180.0 176.7 114.0 99.2 108.5 114.0 167.4 186.0 192.2 1,843.9
Sumber 1: Deutscher Wetterdienst (kelembapan, 1952–1967),[8] NOAA (cahaya matahari)[9]
Sumber 2: Meteo Climat (rekod tertinggi dan terendah)[10]

Politik[sunting | sunting sumber]

Lagos tidak mempunyai kerajaan pusat yang mentadbir seluruh kawasan bandar.[11] Sebaliknya, pemerintahan bandar Lagos terdiri daripada 16 buah badan kerajaan tempatan (LGA); Negeri Lagos mempunyai 20 buah LGA. Lagos merupakan bekas ibu negara Nigeria sebelum taraf itu dipindahkan secara rasmi kepada bandar Abuja pada 12 Disember 1991. Bandar ini menempatkan mahkamah tinggi Negeri Lagos.

Hubungan antarabangasa[sunting | sunting sumber]

Lagos memiliki hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar Atlanta dan Gary, Indiana di Amerika Syarikat serta bandar Bucharest di Belgium.[12][13][14]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan Lagos (Apapa).

Bandar Lagos ialah pusat ekonomi dan kewangan utama negara, dan menjana kira-kira 10% keluaran dalam negara kasar Nigeria. Kebanyakan bank komersial, pertubuhan kewangan serta syarikat utama negara beribu pejabat di sini. Selain itu, Lagos juga berperanan sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi Afrika Barat. Kini, Lagos sedang mengembangkan sistem ekonomi sepanjang masa.

Pelabuhan Lagos di sini ialah salah satu pelabuhan tersibuk dan terbesar di Afrika. Secara umumnya, pelabuhan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama: bahagian Lagos, Apapa dan Tin Can.[15]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bancian pada 2006 meletakkan angka penduduk Lagos pada 7,937,932 orang dengan kepadatan sebanyak 7,941 orang per kilometer persegi.[2] Secara umumnya, Lagos disifatkan sebagai salah satu bandar yang paling cepat berkembang di dunia.[16]

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah-sekolah awam Lagos ditadbir oleh kerajaan Negeri Lagos.[17] Seperti sistem pendidikan di seluruh Nigeria, sistem pendidikan bandar terdiri daripada peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas dan tinggi. Lagos menempatkan pelbagai institut pengajian tinggi awam serta swasta seperti Universiti Lagos dan Universiti Caleb.[18]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lagos mempunyai salah satu jaringan pengangkutan jalan yang paling menyeluruh di Afrika Barat dengan pelbagai lebuh raya dan jambatan.[19] Namun begitu, lebuh-lebuh raya di Lagos boleh menjadi sesak ketika waktu puncak akibat pertambahan penduduk yang pesat di Lagos serta faktor geografi bandar.[16][20] Selain itu, Lagos juga mempunyai perkhidmatan feri dan kereta api. Perkhidmatan feri berjadual lazimnya membawa penumpang di antara kawasan pulau dengan kawasan tanah besar bandar raya, dan perkhidmatan feri swasta terlibat dalam pengangkutan di kawasan pesisir.[21] Kini, sebuah jaringan transit aliran Lagos sedang dibina.[16][22] Pengangkutan udara pula dikawal oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed, salah satu lapangan terbang tersibuk di Afrika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Campuran maklumat daripada 16 buah kerajaan tempatan Lagos (Agege, Ajeromi-Ifelodun, Alimosho, Amuwo-Odofin, Apapa, Eti-Osa, Ifako-Ijaiye, Ikeja, Kosofe, Lagos Island, Lagos Mainland, Mushin, Ojo, Oshodi-Isolo, Shomolu, Surulere) berdasarkan:
    The Nigeria Congress. "Administrative Levels - Lagos State". Dicapai pada 2007-06-29.
  2. ^ a b Campuran maklumat daripada 16 buah kerajaan tempatan Lagos (Agege, Ajeromi-Ifelodun, Alimosho, Amuwo-Odofin, Apapa, Eti-Osa, Ifako-Ijaiye, Ikeja, Kosofe, Lagos Island, Lagos Mainland, Mushin, Ojo, Oshodi-Isolo, Shomolu, Surulere) berdasarkan:
    Federal Republic of Nigeria Official Gazette (15th May, 2007). "Legal Notice on Publication of the Details of the Breakdown of the National and State Provisional Totals 2006 Census" (PDF). Dicapai pada 2007-06-29. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ http://economist.com/markets/rankings/displaystory.cfm?story_id=8908454&CFID=16415879&CFTOKEN=94552766
  4. ^ Margaret Peil (1991). Lagos: the city is the people (World cities series). G.K. Hall. m/s. 5. ISBN 978-0-816-1729-93.
  5. ^ Williams, Lizzie (2008). Nigeria: The Bradt Travel Guide. Bradt Travel Guides. m/s. 110. ISBN 1-84162-239-7.
  6. ^ Smith, Robert Sydney (1988). Kingdoms of the Yoruba (ed. 3). University of Wisconsin Press. m/s. 73. ISBN 0-299-11604-2.
  7. ^ "The Origin of Eko (Lagos)" (dalam bahasa Inggeris). Edo Nation. Dicapai pada 2 Jun 2010.
  8. ^ "Klimatafel von Lagos-Ikeja (Flugh.) / Nigeria" (PDF). Federal Ministry of Transport and Digital Infrastructure. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  9. ^ "Lagos Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  10. ^ "Station Murtala" (dalam bahasa Perancis). Meteo Climat. Dicapai pada 7 Julai 2016.
  11. ^ "Cities & Citizens Series:Urban Iniquities in three Cities" (PDF). Unhabit Online. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 October 2013. Dicapai pada 4 April 2012.
  12. ^ "Lagos, Nigeria". Washington DC, USA: SisterCities International. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 28 Mac 2015.
  13. ^ "The Kokomo Tribune from Kokomo, Indiana · Page 21" (PDF). The Kokomo Tribune. Kokomo, Indiana. 25 November 1991. m/s. 21. Dicapai pada 2015-03-28 – melalui Newspapers.com (Lindon, UT, USA).
  14. ^ "Cu cine este înfrățit Bucureștiul?". Adevărul (dalam bahasa Romania). 21 Februari 2011.
  15. ^ "OT Africa Line – Nigeria Page". Otal.com. 1 February 2007. Dicapai pada 2 June 2010.
  16. ^ a b c Leonard Lawal; Eromo Egbejule; Nicholas Norbrook (5 April 2016). "Nigeria: Lagos, Maximum City". The Africa Report. Dicapai pada 18 April 2016.
  17. ^ "Education". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2007. Dicapai pada 4 April 2012.
  18. ^ "Issue And Problems In Higher Edfucation" (PDF). National Open University, Nigeria. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mei 2013. Dicapai pada 4 April 2012.
  19. ^ "Digest of Statistics 2010" (PDF). Lagos State. Dicapai pada 4 April 2012.[pautan mati kekal]
  20. ^ "The Socio-economic Costs of Traffic Congestion in Lagos" (PDF) (2). Economic Intelligence Unit (Working paper series. 2 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2016-06-04. Dicapai pada 2020-06-11. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  21. ^ "LAMATA Ferry Services". LAMATA. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2012. Dicapai pada 4 April 2012.
  22. ^ "Lagos Area Metropolitan Transit Authority". www.lamata-ng.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2016. Dicapai pada 19 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]