General Motors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
General Motors Company, Inc.
Awam
NYSE: GM
ISINUS37045V1008 Edit this on Wikidata
IndustriAutomotif
PendahuluGeneral Motors Corporation
(1908–2009)
Ditubuhkan16 September, 1908 (105 tahun yang lalu)
PengasasWilliam C. Durant, Charles Stewart Mott
Ibu pejabatRenaissance Center
Detroit, Michigan,
Amerika Syarikat
Bilangan kawasan
156 kemudahan di enam benua[1]
Tempat diberi khidmat
Antarabangsa
Tokoh penting
Daniel Akerson, Pengerusi dan CEO
Mark Reuss, Presiden
KeluaranKereta
perkhidmatan kewangan
Hasil US$ 150.276 bilion (2011)[2]
US$ 9.287 bilion (2011)[2]
US$ 7.585 bilion (2011)[2]
Jumlah aset US$ 144.60 bilion (2011)[2]
Jumlah ekuiti US$ 38.99 bilion (2011)[2]
Bilangan kakitangan
202,000 (2012)[1]
PembahagianBuick
Chevrolet
Cadillac
Honda
GMC
GM Fleet &
Skoda
Volkswagen Commercial
Laman sesawang rasmi
www.gm.com

General Motors Company, Inc., atau dikenali sebagai GM (General Motors Corporation sebelum tahun 2009), merupakan sebuah syarikat automotif multinasional Amerika Syarikat. Ibu pejabat General Motors terletak di Detroit, Michigan, dan merupakan salah sebuah pengeluar kereta yang terbesar di dunia dengan jualan unit kenderaan,[3] mengupah 202,000 orang,[1] dan menjalankan perniagaan di 157 negara. General Motors dibahagikan kepada lima segmen perniagaan: GM North America (GMNA), GM Europe (GME), GM International Operations (GMIO), GM South America (GMSA), and GM Financial.

General Motors menghasilkan kereta dan trak di 37 negara, dan menjual kenderaan mereka melalui jenama berikut: Chevrolet, Buick, GMC, Cadillac, Baojun, Holden, Isuzu, Jie Fang, Opel, Vauxhall, and Wuling.[4]

GM beroperasi di kebanyakan negara di luar Amerika Syarikat melalui anak-anak syarikat mereka, tetapi di China, melalui 10 syarikat usahasama.

Anak syarikat GM, OnStar, menyediakan perkhidmatan keselamatan dan maklumat kenderaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Barisan pemasangan kereta General Motors GMT800.

General Motors bermula pada 27 September 1908 di Flint, Michigan diketuai oleh William C Durant. Pada tahun 1909 Durant membawa masuk Cadillac, Elmore, Oakland dan beberapa orang lain. Pada tahun 1909, General Motors menguasai Reliance Motor Truck Company Owosso, Michigan. Durant hilang kawalan terhadap GM pada tahun 1910 disebabkan hutang. Durant memulakan syarikat Chevrolet dan membeli kepentingan GM secara rahsia.

GM mempunyai seramai 266,000 pekerja di seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Pada 2007, 9.35 Juta buah kereta dan trak dihasilkan di 19 negara. GM juga pemegang saham majoriti dalam GM Daewoo & Technology Co. Korea Selatan membuat pembelian dengan Suzuki Motor Corp dan Isuzu Motor Bhd Jepun. Selain itu, kerjasama teknologi dengan Toyota Corporation dan BMW AG Jerman. Selain itu menjalin kerjasama dengan Toyota, Suzuki, Industri Automotif Shanghai, China, AvtoVAZ Rusia, Renault SA Perancis dan terbaru dengan UzAvtosanoa Uzbekistan. GM juga menjalin kerjasama dengan Fiat dan syarikat Ford Motor.

GM mencari bantuan daripada kerajaan Eropah pada 2009 bagi mendapatkan bantuan wang tunai.

Lembaga pengarah[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli lembaga pengarah General Motors ialah: Percy Barnevik, Erskine Bowles, John Bryan, Melissa Armando Codina, Erroll Davis, George Fisher, Mark Guildenstern, Karen Katen, Kent Kresa, Philip Laskawy, Kathryn V Marinello, dan Eckhard Pfeiffer.

Group Number of Employees as of September 2008[5]
GMAP (GM Asia-Pacific) 35,000
GME (GM Europe) 56,000
GM LAAM (GM Latin America, Africa and the Middle East) 36,000
GMNA (GM North America) 123,000
GMAC (GM Acceptance Corporation - finance and insurance services)
SPO (Service, Parts and Operations)
Other operations 2,000
Total number of employees 252,000

Perbezaan jenama[sunting | sunting sumber]

Pada 1958, perbezaan jenama GM bermula berikutan penggunaan engin yang berbeza.Antaranya ialah Chevrolets dan PontiacsChevrolet Impala dan Pontiac Bonneville,Oldsmobile dan Buick


Kereta elektrik[sunting | sunting sumber]

Pada 1990, GM memperkenalkan kereta konsep di Los Angeles Auto Show. Pada 2003 GM memutuskan berhenti pengeluaran kereta elektrik itu. Semua EV1 dimusnahkan atau dihantar ke muzium atau ke universiti.

GM abad ke-21[sunting | sunting sumber]

Ekoran September 11, 2001 pasaran saham semakin teruk. Pada 2004, GM mengalihkan kepada trak ringan dan SUVs .Pada 2005, GM mengumumkan lambang krom korporat "Mark" dan dijual di Amerika Utara.

Pada 2008, harga gas meningkat dan menyebabkan 30% jualan SUV turun.Jualan SUV merosot semenjak 2004.Pada Oktober 2008 sahamnya jatuh 76% dan merancang bergabung dengan Chrysler.Pada 23 Disember, 2008 di Janesville, Wisconsin mengeluarkan Chevrolet Tahoe , GMC Yukon, dan Morain.

Kejayaan GM di China[sunting | sunting sumber]

General Motors mengeluarkan kereta jenama Buick Excelle subkompak. Cadillac memulakan jualan di China pada 2004.Kilang Shanghai GM, usahasama antara syarikat China SAIC dan General Motors, bermula pada Mac 25, 1997. Automobil SAIC-GM-Wuling mengeluarkan trak dan van di bawah jenama Wuling.GM merancang mewujudkan kemudahan penyelidikan di Shanghai dengan kos $250m bagi membangunkan kereta hibrid dan kereta-kereta tenaga alternatif.


Kemelesetan ekonomi global 2008-2009[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 12, 2008, General Motors menyatakan bahawa ialah hampir tiada wang, dan mungkin lumpuh pada 2009.Pada Disember 18, 2008, Presiden Bush mengumumkan alternatif kepada General Motors dan Cerberus milik Chrysler LLC. Pada Disember 19, 2008, Presiden Bush meluluskan rancangan ikat jamin dengan memberi General Motors dan Chrysler bantuan berjumlah $13.4 bilion.

Sebagai Februari 2009, anak syarikat Saab mendaftarkan tuntutan perlindungan kebankrapan di Sweden.

Pada March 29, 2009, Pengerusi GM dan CEO, Rick bersetuju meletakkan jawatan sebagai memenuhi inisiatif Obama untuk penyusunan semula automotif.

Pada Mac 30, 2009, Presiden Barack Obama menyatakan GM dan Chrysler berhadapan dengan masalah bangkrap jika tidak segera dibantu. Pada March 31, 2009, Presiden Barack Obama memberi GM, 60 hari tambahan bagi menstruktur semula syarikat.

CEO GM yang baru ialah Fritz Henderson . Pada April 22, 2009 Pada April 24, 2009, GM mengumumkan bahawa mereka 'berperang' bagi mengeluarkan kereta jenama Pontiac . Antaranya ialah Buick, Cadillac, Chevrolet dan GMC.

Pada 1 Jun 2009, GM mendaftarkan tuntutan Kebankrapan Bab 11 .Pemfailan ketiga terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat selepas Lehman Brothers dan Worldcom.


Rekod alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Pada 1999, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mengutip sisa buangan berjumlah 18,000 m3 keladak tercemar daripada tapak kilang General Motors di Massena, New York. Pada September 2006, negeri California menfailkan tuduhan terhadap General Motors, Chrysler, Nissan, Toyota, Honda dan Ford berhubung masalah pencemaran alam sekitar. Syarikat-syarikat itu dituduh mengeluarkan kereta yang mengeluarkan hampir 20% karbon di Amerika Syarikat dan 30% karbon di California.

GM Burhand

Pelan penstrukturan[sunting | sunting sumber]

Plants Location Closing Role # Employees
Doraville Assembly Georgia September 26 2008 Minivans (Buick, Pontiac, Chevrolet, Saturn) ?
Moraine Assembly Ohio December 23 2008 Mid-size SUV assembly 4,165
Oklahoma City Assembly Oklahoma February 20 2006 Mid-size trucks and SUV assembly 2,734
Lansing Craft Centre Michigan March 17 2006 Chevrolet SSR roadster assembly 398
Janesville Assembly Wisconsin December 23 2008 Full Size SUV Assembly 2,800
Lansing Metal Center Michigan 2006 Metal fabricating 1,398
Portland Distribution Center Oregon 2006 Parts distribution 95
Saint Louis Distribution Center Missouri 2006 Parts distribution 182
Pittsburgh Metal Pennsylvania 2007 Metal fabricating 613
Willow Run Transmission Michigan 2007 Transmission Parts processing 278
Flint North 3800 Michigan 2008 Engines 2,677
Massena Castings Plant 250 New York 2008 Foam 500
Muncie Transmission Plant Muncie, IN 2004 Transmissions ?

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Our Company". General Motors. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  2. ^ a b c d e "2011 Form 10-K, General Motors Company". United States Securities and Exchange Commission. 27 Februari 2012.
  3. ^ Galligan, Kathleen. "GM again the world's largest automaker". Detroit Free Press. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2013-06-06.
  5. ^ General Motors Corporation SEC filing 10-Q 3rd-quarter 2008, p.113[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]