J. F. Oberlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
J. F. Oberlin
Kelahiran
Johann Friedrich Oberlin

(1740-08-31)31 Ogos 1740
Meninggal dunia1 Jun 1826(1826-06-01) (umur 85)

J. F. Oberlin (31 Ogos 1740 – 1 Jun 1826) ialah seorang paderi dan dermawan dari Alsace[1]. Beliau dikenali dengan nama John Frederic(k) Oberlin (Inggeris), Jean-Frédéric Oberlin[2] (Perancis) dan Johann Friedrich Oberlin (Jerman).


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Oberlin merupakan anak kepada pasangan Johann Georg Oberlin (1701–1770), seorang guru dan Maria Magdalena (1718–1787), anak perempuan kepada peguam Johann Heinrich Feltz, dilahirkan pada 31 Ogos 1740 di Strasbourg. Pada tahun 1766, beliau dilantik sebagai paderi Protestan Waldbach (kini Waldersbach), yang terletak di kawasan Steinthal yang terpencil dan tandus, berdekatan dengan sempadan Alsace dan Lorraine.


Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Oberlin berhasrat untuk meningkatkan mutu kehidupan dan spiritual penduduk setempat. Pada permulaannya, beliau mendorong penduduk setempat untuk menambahbaik infrastruktur pengangkutan sedia ada[3] dengan membina jalan menerusi lembah-lembah dan membina jambatan. Kemudian, beliau memperkenalkan sistem agrikultur yang telah ditambahbaik[3]. Selain itu, rumah-rumah penduduk banyak dibina dan pelbagai industri seni kreatif diperkenalkan.

Oberlin merupakan orang yang mengasaskan perpustakaan mudah alih, prasekolah[4] dan menubuhkan sekolah biasa di tiap-tiap lima perkampungan yang terdapat di situ. Dalam usahanya membangunkan pendidikan di perkampungan itu, beliau menerima banyak bantuan daripada pembantu rumahnya, Louisa Scheppler (1763–1837)[4]. Selain itu, beliau juga menubuhkan bank untuk urusan simpanan dan pinjaman[5], serta memperkenalkan industri pembuatan kapas.

Walaupun begitu, Oberlin merupakan seorang lelaki yang memiliki perwatakan yang agak warak namun jarang ditemui. Beliau sering digayakan sebagai seorang "ulama gereja Prostestan", seorang paderi cemerlang, di mana beliau selalu berkhutbah setiap bulan; tiga khutbah dalam bahasa Perancis dan satu dalam bahasa Jerman[5].

Pada tahun 1812, Daniel Legrand melawat Steinthal (Ban de la Roche), di mana beliau menemui Oberlin, yang tinggal di Waldersbach. Perwatakan menarik Oberlin mendorong Legrand berpindah di sekitar Waldersbach, di mana Legrand membawa bersama kilang reben yang diasaskannya, dan tinggal di situ untuk sepanjang hayatnya.


Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Oberlin meninggal dunia di Waldersbach pada 1 Jun 1826 dan beliau dikebumikan dengan penuh penghormatan dan kasih sayang di Urbach (kini Fouday).


Legasi[sunting | sunting sumber]

Oberlin digelar sebagai "pelopor utama gerakan Kristianisma sosial di Perancis". Cucu kepada Daniel Legrand, Tommy Fallot merupakan pengasas kepada gerakan Kristianisma sosial. Legrand dan Robert Owen (1771–1853), seorang usahawan berbangsa Wales, antara yang mendorong kepada penubuhan organisasi antarabangsa khusus dalam mereformasikan undang-undang Buruh.

Pada tahun 1833, sebuah penempatan baru, Oberlin, Ohio, kawasan yang mempunyai ramai penduduk Kristian, dan Kolej Oberlin, sebuah kolej seni liberal, dinamakan sempena nama beliau. Universiti J. F. Oberlin yang terletak di Tokyo, Jepun juga dinamakan sempena nama beliau.

Abang Oberlin, Jérémie Jacques Oberlin merupakan seorang ahli arkeologi dan ahli filologi[6].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Starr, S. Frederick (5 Julai 2019). "Oberlin College's Legacy and the Need to Have Enemies". WSJ. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  2. ^ Lahmers, Ken (28 Ogos 2013). "Oberlin College's Legacy and the Need to Have Enemies". Acron Beacon Journal. Dicapai pada 18 Januari 2023.
  3. ^ a b "Oberlin History Frequently Asked Questions and Timeline". Oberlin Heritage Center. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  4. ^ a b Atkins Wilson, Lucy Sarah (1829). Memoirs of John Frederic Oberlin: Pastor of Waldbach, in the Ban de la Roche Check |url= value (bantuan). London: Holdsworth And Ball.
  5. ^ a b Kurtz, John (2019). John Frederick Oberlin. London: Routledge. ISBN 9780429050657.
  6. ^ Chisholm, Hugh, ed. (1911). "Oberlin, Jérémie Jacques". Encyclopædia Britannica (11th ed.). Cambridge University Press.


Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]