Jabal-e Noor-ul-Quran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jabal-e Noor-ul-Quran yang bererti "Bukit Cahaya al-Quran" merupakan sebuah gua terowong yang digali di Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan (Pakistan). Cadangan membina terowong bagi menyimpan al-Quran lama dicetuskan oleh Wali Mohammad dan empat orang rakannya, termasuk Allahnoor Daavi, Abdur Raseed, Abdus Samad, dan Muzaffar Ali.

Setelah 14 tahun mengumpulkan al-Quran, pihak berkuasa menyerahkan bukit tersebut pada tahun 1992 kepada dua orang adik-beradik, Abdur Rasheed dan Abdus Samad, yang ketika itu bekerja sebagai pemecah batu. Kerana mempunyai minat yang sama, mereka kemudian menyertai Wali Mohammad dan kemudiannya turut disertai oleh Allahnoor Daavi dan Muzaffar Ali.

Pada masa kini, Jabal-e Noor-ul-Quran ditadbirkan oleh Persatuan Jabal-e Noor-ul-Quran. Presiden pertamanya ialah Allahnoor Daavi, manakala bendahari pertamanya adalah Muzzaffar Ali. Kitab al-Quran tertua berusia 1273 Hijrah atau 1852 Masihi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]