Jakob M. Erwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jakob Moritz Erwa
Jakob M. Erwa, 2016
Kelahiran (1981-07-17) 17 Julai 1981 (umur 42)
PekerjaanPengarah, penulis skrip, pengarah filem
Tahun aktif2000–kini

Jakob Moritz Erwa (lahir 17 Julai 1981, di Graz, Steiermark) merupakan pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Austria.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Selepas menerima diploma sekolah tinggi di Intitusi Teknikal Pengajian Tinggi untuk Seni dan Reka di Graz pada Jun 2000, Erwa bekerja untuk beberapa syarikat perfileman di Austria. Ketika berusia 19 tahun, beliau telah menulis skrip pertamanya One by One – Eine Teenietragödie. Pada tahun 2001, beliau telah mengeluarkan cerita pendek pertamanya, Trübe Aussichten serta mula menyambung pelajarannya di Universiti Televisyen dan Filem Munich dan tamat pada Februari 2007.

Pada tahun 2003, Erwa mengasaskan syarikat perfilemannya sendiri, mojo:pictures bersama pelakon Rachel Honegger di Munich. Pada tahun 2007, dia dan Novotny & Novotny Filmproduktion mengeluarkan filem Heile Welt.

Erwa turut bekerja untuk ORF dari tahun 2007 sehingga 2009 untuk siri remaja tschuschen:power.

Erwa menetap di Berlin dan merupakan ahli BVR - Bundesverband Regie dan Akademie des Österreichischen Films.

Filemograpfi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Nota
2003 Märchenprinz Filem pendek
2004 Wie Schnee hinter Glas Filem pendek
2005 Neun
2007 Heile Welt
2007-2009 tschuschen:power Siri mini TV
2015 Homesick
2016 Die Mitte der Welt

Pautan luar[sunting | sunting sumber]