James Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk James Wong
Maklumat peribadi
Nama penuh James Wong Chye Fook
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
Sabah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1972-1985 Sabah
Pasukan kebangsaan
1974-1982 Malaysia Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Datuk James Wong (lahir 26 Jun 1952) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah dalam kancah Liga Malaysia pada era 70an sehingga pertengahan 80an. Beliau dikenali sebagai Ah Fook oleh rakan-rakannya dan King James oleh peminat. Lagenda bola sepak Malaysia Allahyarham Mokhtar Dahari pula memberi gelaran 'balak' kepadanya. Beliau merupakan bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang menjaringkan gol kemenangan Malaysia mengatasi Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.[1][2][3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Datuk James memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah FA. Beliau merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain Hassan Sani. Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tambahan pula keserasiannya bersama Hassan Sani yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar yang disegani ketika itu selepas era Dato' Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.

Pada tahun 1979, Datuk James membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.[5]

Datuk James juga pernah mewakili Malaysia dalam peringkat antarabangsa seperti kejohanan Pesta Bola Merdeka, Piala Presiden di Korea Selatan, Sukan Asia 1974 dan Sukan SEA. Pada kelayakan Sukan Olimpik 1980, James menjaringkan gol kemenangan Malaysia untuk mengatasi Korea Selatan 2-1 sekaligus membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980. Namun, hasratnya beraksi di Sukan Olimpik tidak kesampaian gara-gara tindakan kerajaan Malaysia yang membantah tindakan Soviet Union menceroboh Afghanistan.[6]

Datuk James kini bersara sepenuhnya dari bola sepak dan menjalankan perniagaan sendiri di Sabah. Kedua-dua anak lelaki Datuk James, Ian dan Duncan kini mengikuti jejak langkahnya sebagai pemain bola sepak dan kedua-duanya pernah mewakili Sabah dalam Sukan Malaysia dan Piala Presiden Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Remaja Sabah
Sabah

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Orders[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Darian Goh (14 November 2014). "Mokthar Dahari And 12 Other Local Football Legends Every Young Malaysian Should Know". Says.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Daryl Goh (10 February 2016). "The glory days of Malaysian football". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Mohd Izham Unnip Abdullah (25 December 2015). "Hassan Sani, James Wong curah bakti bersama Sabah". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2018.
  4. ^ Ryan Stanley (14 August 2016). "Jejak Wira Olimpik 1980 : 'The Hurricane' pecahkan tembok Korea Selatan". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2018.
  5. ^ "1979 - that golden year". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-05-27. Dicapai pada 2001-05-27.
  6. ^ Memperkasakan Bola Sepak Negara[pautan mati kekal]
  7. ^ "Meet James Wong, Sabah's Football Pride". Hello Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2022. Dicapai pada 9 May 2021.
  8. ^ "Malaysia Premier League 1996". Rhinos Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2001. Dicapai pada 19 March 2018.
  9. ^ "When 17 teams contested the first ever Malaysian 'league' back in 1979". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2021. Dicapai pada 28 May 2020.
  10. ^ "Pandelela terima anugerah Ikon Generasi Muda" (dalam bahasa Malay). MalaysiaKini. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2022. Dicapai pada 1 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "From Raja Bola to King James, 'Spiderman' to Safiq - The best Malaysia XI of all time". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2020. Dicapai pada 30 May 2022.