JanSport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo JanSport

JanSport merupakan satu jenama beg galas belakang yang dimiliki oleh VF Corporation, merupakan antara satu pengeluar pakaian paling besar di dunia. Penubuhan syarikat ini berlaku di Seattle, Washington dalam tahun 1967 oleh Jan Lewis (di mana nama pertama digunakan sebagai nama produk), Skip Yowell dan Murray Pletz. Kini, syarikat ini beroperasi di San Leandro, California, berhampiran dengan sekutu korporatnya iaitu The North Face.[1] Jenama JanSport merupakan satu pembuat beg galas terbesar didunia, bersama, JanSport dan The North Face menjual hampir separuh dari semua jenis beg galas belakang di Amerika Syarikat.[2]

Jenama ini terkenal dengan jaminan sepanjang-hayat pada produknya, sama seperti sejarah penciptaannya. JanSport popular dikalangan pelajar-pelajar.

Polisi Jaminan[sunting | sunting sumber]

Polisi jaminan sah dengan produk yang jika didapati rosak sekiranya diluluskan oleh pihak syarikat, mengikut keadaan kerosakan beg terbabit. Polisi jaminan ini tidak sama di setiap benua. Diantara jaminan yang boleh didapati dengan beg ini ialah: -

Sepanjang Hayat[sunting | sunting sumber]

Polisi ini diperkenalkan dan sah untuk di Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Jaminan syarikat dengan menukar atau dibaik pulih bagi beg yang rosak dengan secara percuma.

30 tahun[sunting | sunting sumber]

Polisi ini diperkenal dan sah untuk di Asia dan Oceania.

Baiki/Tukar[sunting | sunting sumber]

Polisi ini sah di benua Afrika, Eropah dan Asia Barat.

Perihal Produk[sunting | sunting sumber]

Kategori[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis kategori bagi beg-beg JanSport, diantaranya adalah seperti berikut:

  • Campus
  • Everyday
  • Outdoor
  • Laptop & Business
  • Travel
  • Collection
  • Lifestyle (untuk luar dari Amerika Syrikat dan Kanada)

Teknologi[sunting | sunting sumber]

JanSport menitik-beratkan kesihatan penggunanya dengan mencipta teknologi tali galas dan belakang beg, yang direka khusus untuk menjaga bahu dan tulang belakang pengguna. Diantaranya ialah:

  • AirLift
  • AirFlex
  • AirCore
  • S-Curve
  • Liquid2Go (tempat simpanan air untuk mengelak dari dihidrasi)
  • Grid Fit (untuk menyokong tulang belakang)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bruce Horovitz, "New 'badge' of cool: High-tech, high-fashion backpacks," USA Today, 20 August 2007, 1A.
  2. ^ Ibid.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]