Jason Newsted
Jason Newsted | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Jasonic |
| Kelahiran | 4 Mac 1963 Battle Creek |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Genre | Heavy metal, thrash metal, hard rock, rock alternatif |
| Pekerjaan | Pemain bes, penyanyi dan penggubah |
| Alat muzik | Gitar bes dan suara |
| Tahun aktif | 1982 |
| Diskografi | Lihat: Jason Newsted discography (en) |
| Anggota bagi | Metallica (1986–2001) Spastik Children (1986–1990) WhoCares Flotsam and Jetsam Rock Star Supernova Papa Wheelie Voivod Echobrain IR8 Newsted Sexoturica |
| Kegiatan berkaitan | Metallica, Flotsam and Jetsam, Papa Wheelie, Voivod, Echobrain, Rock Star Supernova, Ozzy Osbourne |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | newstedheavymetal.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jason Curtis Newsted (lahir 4 Mac 1963 di Battle Creek, Michigan) adalah seorang pemain bes yang paling terkenal sebagai pemain bes Metallica.
Kehidupan Awal
[sunting | sunting sumber]Jason Curtis Newsted dilahirkan pada 4 Mac 1963 di Battle Creek, Michigan. Beliau mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan. Dia dibesarkan di sebuah ladang, dan pada usia enam tahun, telah diberi tanggungjawab untuk menjaga haiwan. Dia ditugaskan untuk menjaga ratusan ayam dan arnab. Dalam satu temubual bersama penulis Paul Stenning, beliau berkata, "Di situlah saya belajar tentang kehidupan – melihat anak lembu dilahirkan betul-betul di depan mata anda ketika berusia lapan tahun adalah sesuatu yang sangat mengagumkan… Saya berasal dari keluarga yang sangat kuat dan saya dibesarkan sebagai seorang budak ladang Amerika sejati yang kuat."
Ibu Newsted mengajar piano, dan salah seorang abangnya bermain trompet. Beliau telah terdedah kepada muzik sejak kecil dengan mendengar koleksi rekod abangnya. Alat muzik pertamanya ialah gitar, yang mula dimainkannya pada usia 9 tahun, tetapi beliau beralih kepada gitar bass pada usia 14 tahun selepas mendengar permainan Gene Simmons dari kumpulan Kiss.[1] Newsted berhenti sekolah menengah pada usia 18 tahun dan menyertai Gangster, sebuah kumpulan muzik metal tempatan sebelum kumpulan itu membuat keputusan untuk berpindah ke California.
Newsted menyatakan Geezer Butler dari Black Sabbath sebagai pengaruh utamanya.[2] Beliau juga menyenaraikan Lemmy Kilmister dari Motörhead, Steve Harris dari Iron Maiden, Peter Baltes dari Accept, Geddy Lee dari Rush, Rob Grange dari Ted Nugent, dan Bill Church dari Montrose sebagai pengaruh penting yang lain.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Pacella, Jon (2013-08-06). "Jason Newsted: The TVD Interview". The Vinyl District (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-25.
- 1 2 Blabbermouth (2013-11-14). "HARTKE Brings Together Music's Finest For All-Star Tribute To GEEZER BUTLER". BLABBERMOUTH.NET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-25.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
