Jeanne d'Arc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jeanne d'Arc

Jeanne d'Arc (Domrémy, Lorraine, Perancis, 6 Januari 1412 - Rouen, Normandie, 30 Mei 1431), adalah seorang pahlawan negara Perancis dan merupakan seorang santa dalam agama Kristian Katolik.

Dia lebih dikenali dengan nama Joan of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Jeanne "si dara" atau "si perawan".

Jeanne d'Arc yang lahir dengan nama Jehanne Darc, berasal dari sebuah keluarga petani pada masa Perang Seratus Tahun, sebuah perang antara England dan Perancis. Pada kala itu, England menduduki Normandie, sebuah daerah di utara Perancis.

Sekitar 1424, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikail serta Santa Catherine dan Santa Margaret, yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris. Dia kemudian berusaha menghadap putera raja Charles VII di Chinon.

Jeanne ketika masih menjadi seorang gadis berusia 17 tahun, memakai pakaian lelaki dan menyertai pengepungan Orléans. Dia berjaya mempengaruhi sekurang-kurangnya moral tentera Perancis sehingga gelombang peperangan beralih kepada tentera Inggeris.

Pada Mei 1430, dalam satu peperangan kecil di Compiègne, tentera Inggeris berjaya menangkapnya dan dia dibicarakan antara lain kerana dituduh menyeleweng dan memakai pakaian lelaki. Lalu dia dihukum mati dengan dibakar hidup-hidup, dan abunya dibuang di sungai Seine.