Charles de Gaulle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Charles de Gaulle (nyahkekaburan).
Charles de Gaulle
De Gaulle-OWI.jpg
Presiden Republik Perancis
Dalam jawatan
8 Januari 1959 – 28 April 1969
President Rene Coty
Didahului oleh Rene Coty
Digantikan oleh Georges Pompidou atau Alain Poher (pemangku)
Perdana Menteri Perancis
Dalam jawatan
1 Jun 1958 – 8 Januari 1959
Didahului oleh Pierre Pflimlin
Digantikan oleh Michel Debre
Butiran peribadi
Lahir 22 November 1890
Lille
Meninggal dunia 9 November 1970
Colombey-les-deux-Eglises
Parti politik UDR
Pasangan Yvonne de Gaulle


Charles André Joseph Marie de Gaulle (22 November 18909 November 1970), biasa di rujuk di Perancis sebagai Général de Gaulle, ialah pemimpin tentera dan negarawan Perancis.

Sebelum Perang Dunia II, de Gaulle lebih dikenali sebagai pakar taktik peperangan serta penyokong penggunaan kereta perisai dan tentera udara di dalam peperangan. Semasa Perang Dunia II, beliau merupakan ketua kerajaan buangan Perancis Bebas serta pemimpin gerila anti-Nazi. Antara tahun 1944 hingga 1946, selepas pembebasan Perancis daripada pendudukan Jerman, de Gaulle menjadi ketua kerajaan sementara Perancis.

Disuruh membentuk kerajaan pada tahun 1958, de Gaulle mengilhami sebuah perlembagaan baru1 dan menjadi presiden pertama untuk Republik Kelima. Beliau menyandang jawatan itu dari tahun 1958 hingga 1969. Ideologi politiknya yang dikenali sebagai Gaullisme telah menjadi pengaruh utama dalam politik Perancis yang menyusul.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Lille, Charles de Gaulle merupakan anak ketiga kepada sebuah keluarga Roman Katolik yang konservatif. Beliau dibesarkan di Paris, dan dididik di Kolej Stanislas di sana, serta kemudiannya di Belgium.

Keluarga sebelah ayahnya merupakan golongan bangsawan dari Normandy dan Burgundy yang telah menetap di Paris selama lebih kurang satu abad, manakala keluarga sebelah ibunya merupakan usahawan-usahawan yang kaya dari kawasan perindustrian Lille di Flanders Perancis.

Datuk De Gaulle ahli sejarah, manakala neneknya penulis. Ayahnya merupakan seorang profesor di sekolah-sekolah Roman Katolik swasta yang kemudian menubuhkan sekolah swasta sendiri. Perdebatan-perdebatan politik sering diadakan di rumah dan sejak masa awal, de Gaulle telah didedahkan kepada pengarang-pengarang konservatisme yang utama. Keluarganya amat patriotik, dan beliau dibesarkan dalam kultus Negara (de Gaulle menulis dalam kisah kenangannya bahawa "ibuku berasa keghairahan yang tidak ada kompromi terhadap tanah airnya yang setanding dengan kewarakannya").

Nama de[sunting | sunting sumber]

"de" dalam "de Gaulle" bukannya partikel bangsawan, walaupun keluarga de Gaulle merupakan keluarga bangsawan kesatria yang kuno. Nenek moyang terawal de Gaulle yang diketahui ialah seorang tuan tanah utama pada abad ke-12 di bawah Raja Philip Augustus.

Nama "de Gaulle" dianggap berasal daripada bahasa Germanik, "De Walle," yang bermaksud "dinding." Kebanyakan orang bangsawan Perancis yang lama merupakan keturunan Germanik dan sering menggunakan nama Germanik. Walaupun bukan partikel bangsawan sebenarnya, "de" dalam "de Gaulle" telah ditulis dengan huruf kecil d sejak berabad-abad lagi.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

1 Oleh sebab de Gaule mengarahkan perumusan perlembagaan baru, dan bertanggungjawab untuk rangka keseluruhannya, beliau kekadang diperihalkan sebagai pengarang perlembagaan. Idea-idea politik De Gaulle ditulis dalam perlembagaan tersebut oleh Michel Debré yang kemudiannya memandu teks itu melalui proses enakmen. Oleh itu, walaupun perlembagaan ini membayangkan idea-idea de Gaulle, pengarang teks yang sebenar ialah Michel Debre.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource



Presiden-presiden Republik Kelima Perancis Flag of France
Charles de Gaulle  • Georges Pompidou • Valéry Giscard d'Estaing • François Mitterrand • Jacques Chirac