Jenni Sidey-Gibbons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jenni Sidey-Gibbons
Kelahiran (1988-08-03) 3 Ogos 1988 (umur 35)
Pusat pendidikanUniversiti McGill (BS)
Kolej Jesus (MS, PhD)
Kerjaya angkasa
Angkasawati CSA
PemilihanKumpulan CSA 2017

Jennifer Anne MacKinnon "Jenni" Sidey-Gibbons (lahir 3 Ogos 1988) ialah angkasawati, jurutera dan pensyarah Kanada. Beliau dipilih oleh Agensi Angkasa Lepas Kanada (CSA) sebagai salah seorang dari dua ahli kumpulan CSA 2017 bersama Joshua Kutryk.[1][2][3][4]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Jennifer Sidey dilahirkan pada 3 Ogos 1988 di Calgary, Alberta. Minatnya terhadap sains disokong oleh ibunya, yang sering membawanya ke muzium dan mencarikannya idola dari kalangan saintis dan jurutera. Bapa saudara Sidey ialah seorang jurutera awam, sering melibatkannya dalam tugas rekaan. Salah satu tugasnya kalah mereka padang besbol yang akan mengalirkan air secara berkesan sepanjang tempoh hujan untuk pemasangan pengolahan air. Beliau mula tertarik menjadi angkasawan diilhamkan oleh Roberta Bondar, angkasawati pertama Kanada.[5]

Sidey-Gibbons memegang ijazah sarjana kehormatan dalam bidang Kejuruteraan Mesin dari Universiti McGill. Semasa berada di McGill, beliau melakukan penyelidikan yang bekerja sama dengan Agensi Angkasa Lepas Kanada (CSA) dan Makmal Penyelidikan Penerbangan Majlis Penyelidikan Kebangsaan mengenai penyebaran api dalam graviti mikro. Beliau kemudian menamatkan PhD pada tahun 2015 dalam bidang kejuruteraan di Kolej Jesus, Cambridge, di mana penyelidikannya berfokus pada pembakaran di bawah bimbingan Profesor Nondas Mastorakos.[6]

Pada tahun 2018, Sidey berkahwin dengan ahli psikologi British, Chris Gibbons, yang dikenalinya ketika sama-sama belajar di Universiti Cambridge dan keduanya mengambil nama perkahwinan Sidey-Gibbons.[7]

Kerjaya akademik[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai Agensi Angkasa Lepas Kanada, Sidey-Gibbons bekerja sebagai pembantu profesor untuk mesin pembakaran dalaman di Jabatan Kejuruteraan Universiti Cambridge. Fokus penyelidikannya ialah mengenai api suhu rendah dan pengaruhnya terhadap polutan dan pelepasan dalam pembakaran turbin gas. Ini membantu pengembangan pembakaran rendah pelepasan untuk mesin turbin gas.[8]

Beliau juga mengajar mahasiswa sarjana dan pascasarjana di Bahagian Tenaga, Mekanik Bendalir dan Mesin Turbin mengenai pengeluaran tenaga konvensional dan tenaga boleh diperbaharui serta penghataran termodinamik dan fizik api.[9]

Di samping itu, beliau juga aktif sebagai aktivis untuk wanita muda yang mementingkan kerjaya kejuruteraan dan sains. Beliau merupakan seorang guru di Robogals, sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh pelajar antarabangsa yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan mendorong wanita muda untuk belajar sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan cara yang menyenangkan. Melalui profesion ini, beliau telah mengajar lebih daripada 3,000 gadis muda di seluruh Britain.[10]

Pada tahun 2016, beliau dianugerahkan Anugerah Institution of Engineering and Technology's Young Woman Engineer of the Year serta Royal Academy of Engineering Young Engineer of the Year.[11]

Kerjaya CSA[sunting | sunting sumber]

Sidey-Gibbons direkrut oleh Agensi Angkasa Lepas Kanada untuk menjalani latihan sebagai angkasawan sebagai sebahagian dari Kumpulan CSA 2017. Sidey-Gibbons dan Joshua Kutryk dipilih di antara 3000 lebih pemohon dan 17 finalis.[12]

Pada Julai 2017, Sidey-Gibbons berpindah ke Houston, Texas, untuk menamatkan Program Latihan Calon Angkasawan NASA selama dua tahun di Pusat Angkasa Johnson. Beliau kini berlatih bersama kelas angkasawan NASA 2017.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Situs Web Badan Luar Angkasa Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.
  2. ^ "Meet Jennifer Sidey and Joshua Kutryk, Canada's newest astronauts".
  3. ^ "Exploring Space or the Ocean: Astronaut Joshua Kutryk takes position".
  4. ^ "Jennifer Sidey and Josh Kutryk: Canada's two newest astronauts revealed".
  5. ^ A memorable meeting between Jennifer Sidey-Gibbons and Roberta Bondar
  6. ^ Sidey, J. A. M. (2015). Experimental and numerical investigations of highly preheated and diluted flames (PhD). University of Cambridge. OCLC 1064667170.
  7. ^ Chris Sidey-Gibbons currently works as Associate Professor, Department of Symptom Research, at the University of Texas' MD Anderson Cancer Center (researchgate profile).
  8. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Situs Web Badan Luar Angkasa Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.
  9. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Situs Web Badan Luar Angkasa Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.
  10. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Situs Web Badan Luar Angkasa Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.
  11. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Laman web Agensi Angkasa Lepas Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.
  12. ^ "Meet Jennifer Sidey and Joshua Kutryk, Canada's newest astronauts".
  13. ^ "Biography of Jennifer Sidey". Situs Web Badan Luar Angkasa Kanada (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-01. Dicapai pada 2017-07-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]