Jessica Capshaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jessica Capshaw
Kelahiran
Jessica Brooke Capshaw

(1976-08-09) 9 Ogos 1976 (umur 44)
Columbia, Missouri, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Brown (BA)
PekerjaanPelakon, aktivis, ahli perniagaan
Tahun aktif1997–kini
PasanganChristopher Gavigan (k. 2004)
Anak4
Ibu bapaKate Capshaw
SaudaraSteven Spielberg (bapa tiri)
Sasha Spielberg
Theo Spielberg

Jessica Brooke Capshaw (lahir 9 Ogos 1976) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi wataknya sebagai Jamie Stringer dalam The Practice dan Arizona Robbins di drama perubatan ABC Grey's Anatomy. Beliau mula memegang watak sebagai Arizona Robbins dalam musim kelima siri ini sebagai ahli bedah dan ketua bedah pediatrik yang baru.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Capshaw dilahirkan pada 9 Ogos 1976 di Columbia, Missouri.[1] Anak perempuan Kate Capshaw dan Robert Capshaw.[2] Beliau ialah anak tiri Steven Spielberg, setelah ibunya berkahwin ketika Capshaw berusia lima belas tahun.[3]

Capshaw lulus dari Harvard-Westlake School di Los Angeles pada 1994. Beliau kemudian mendaftar di Universiti Brown, di mana beliau muncul dalam penerbitan Arcadia dan Cat on a Hot Tin Roof. Beliau tamat belajar pada 1998 dengan ijazah B.A. dalam bahasa Inggeris.[4] Sepanjang musim panas, beliau menghadiri kelas-kelas di Royal Academy of Dramatic Arts (RADA) di London.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Capshaw memiliki peranan kecil dalam drama The Locusts (1997), berlakon bersama ibunya, pada usia sembilan belas tahun. Beliau kemudian memiliki peranan dalam filem bebas karya Adam Rifkin bertajuk Denial (1998). Pada tahun 2001, dalam filem Valentine, Capshaw memegang watak Dorothy Wheeler. Beliau kemudian menjayakan peranan kecil dalam Minority Report (2002). Beliau memegang watak utama dalam filem arahan Edward Burns berjudul The Groomsmen (2006).[6][7]

Pada tahun 2009, beliau menjadi pelakon tetap dalam drama perubatan Grey's Anatomy. Pada Disember 2008, ia diumumkan bahawa Capshaw akan menyertai Grey's Anatomy sebagai ahli bedah bernama Arizona Robbins.[8] Pada awalnya hanya dijadualkan untuk muncul dalam tiga episod pada musim kelima. Shonda Rhimes kemudian menyambung kontrak Capshaw untuk muncul di semua episod untuk musim tersebut, dan menjadi pelakon tetap di musim keenam. Arizona Robbins ialah pasangan cinta untuk ahli ortopedik Callie Torres, yang dilakonkan oleh Sara Ramirez.[9][10][11] Pada Mac 2018, Capshaw meninggalkan Grey's Anatomy.[12][13][14][15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Capshaw berkahwin dengan Christopher Gavigan pada 22 Mei 2004, di taman East Hampton milik keluarganya.[16][17] Pasangan itu memiliki seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.[18][19][20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jessica Capshaw Biography on BroadwayWorld". www.broadwayworld.com. Dicapai pada 2020-07-21.
  2. ^ Research, CNN Editorial. "Steven Spielberg Fast Facts". CNN. Dicapai pada 2020-07-21.
  3. ^ "Jessica Capshaw Biography (1976-)". www.filmreference.com. Dicapai pada 2020-07-21.
  4. ^ "Reunion Report: 1998". www.brownalumnimagazine.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  5. ^ "Jessica Capshaw (Creator)". TV Tropes. Dicapai pada 2020-07-21.
  6. ^ "Jessica Capshaw - Rotten Tomatoes". www.rottentomatoes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  7. ^ "BBC Three - Minority Report". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  8. ^ "'Grey's Anatomy' Exclusive: Eric Stoltz lands killer role". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  9. ^ Marsi, Steve (2009-06-17). "Jessica Capshaw Promoted to Full-Time Cast Member". TV Fanatic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  10. ^ "ABC Makes It Official: Heigl Is Staying on Grey's | TV Guide". TVGuide.com (dalam bahasa Inggeris). 2009-06-19. Dicapai pada 2020-07-21.
  11. ^ Grey's Anatomy: Season 5 Review - IGN (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-07-21
  12. ^ Andreeva, Nellie; Andreeva, Nellie (2018-03-08). "'Grey's Anatomy' Shocker: Jessica Capshaw & Sarah Drew To Exit ABC Medical Drama After Season 14". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  13. ^ "How 'Grey's Anatomy' Wrote Out Jessica Capshaw and Sarah Drew". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  14. ^ Anderson, Hayley (2020-05-09). "Grey's Anatomy: What happened to Arizona Robbins in Grey's Anatomy?". Express.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  15. ^ "Shonda Rhimes, Ellen Pompeo say goodbye to 'Grey's Anatomy' stars Sarah Drew and Jessica Capshaw". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  16. ^ "Jessica Capshaw". LezWatch.TV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  17. ^ "It's A Girl For Jessica Capshaw!". NBC 5 Dallas-Fort Worth (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  18. ^ Kirby, Iona (2016-05-10). "Grey's Anatomy star Jessica Capshaw welcomes daughter Josephine". Mail Online. Dicapai pada 2020-07-21.
  19. ^ Facebook; Twitter; options, Show more sharing; Facebook; Twitter; LinkedIn; Email; URLCopied!, Copy Link; Print (2020-04-14). "'Grey's Anatomy' alum Jessica Capshaw cuts an off-market deal in Santa Monica". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-21.
  20. ^ "Christopher Gavigan and Jessica Capshaw Choose ForeverLawn". ForeverLawn (dalam bahasa Inggeris). 2019-07-16. Dicapai pada 2020-07-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]