Jim Nabors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jim Nabors
Nabors, 1968
Nabors untuk promosi Gomer Pyle, U.S.M.C. (1968)
KelahiranJames Thurston Nabors
(1930-06-12)12 Jun 1930
Sylacauga, Alabama, A.S.
Meninggal dunia30 November 2017(2017-11-30) (umur 87)
Honolulu, Hawaii, A.S.
Nama lainGomer
Pusat pendidikanUniversiti Alabama
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1954–2014
Terkenal keranaMemegang watak Gomer Pyle dalam The Andy Griffith Show dan Gomer Pyle, U.S.M.C.
PasanganStan Cadwallader (k. 2013)
Laman webLaman web rasmi

James Thurston Nabors (12 Jun 1930 – 30 November 2017) merupakan pelakon, penyanyi dan pelawak Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Sylacauga, Alabama, namun disebabkan asmanya, beliau berpindah ke California selatan. Bakat beliau telah dicungkil oleh Andy Griffith ketika bekerja di sebuah kelab malam di Santa Monica, California, dan kemudiannya beliau menyertai The Andy Griffith Show sebagai Gomer Pyle. Watak tersebut ternyata menjadi popular dan Nabors diberi sebuah rancangan dengan nama watak tersebut, Gomer Pyle, U.S.M.C..

Nabors turut merakam beberapa buah album dan single yang mana kebanyakannya bergenrekan balada romantik.

Pada Mac 2014, Nabors mengumumkan bahawa 2014 Indianapolis 500 merupakan penampilan terakhirnya atas faktor kesihatan yang tidak baik.[1]

Nabors meninggal dunia di Honolulu, Hawaii, pada 30 November 2017, di usia 87 tahun.[2][3][4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Jaimie (March 21, 2014). "Lifestyle // Old Friends: Jim Nabors". Honolulu, HI: Oahu Publications. Dicapai March 25, 2014. 
  2. ^ "Jim Nabors Dead at 87". tmz.com. Dicapai November 30, 2017. 
  3. ^ Bernardo, Rosemarie (November 30, 2017). "TV legend, Hawaii resident Jim Nabors dies at 87". Honolulu Star-Advertiser. Dicapai November 30, 2017. 
  4. ^ "Jim Nabors, 87, TV's Gomer Pyle, Is Dead". The New York Times. November 30, 2017. Dicapai November 30, 2017. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]