Johan Mohamad Hj Budin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Johan Mohamad dilahirkan di Still Road Hospital Singapura pada Februari 1973. Beliau mendapat pendidikan awal di Teluk Kurau Primary School dan Boon Keng Primary sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Melaka dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek. Beliau kemudiannya terpilih mengikuti inisiatif perpaduan kaum anjuran kerajaan dibawah Program Integrasi Nasional dan pada 1980an dgn menyambung sekolah menengah di Likas Kota Kinabalu Sabah selama tiga tahun.

Johan di Persidangan Hemp Industri di Kuala Lumpur Julai 2023

Kerjaya Awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal Johan Mohamad dalam bidang pendidikan bersama sebuah badan peperiksaan antarabangsa dan pengurus sebuah kolej swasta selama 20 tahun sebelum membuka perniagaan kedai buku dan alatan tulis di Selangor.

Penglibatan NGO[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, beliau bersama isterinya Allahyarhamah Miza PawanChik menubuhkan RCOMM Lestari [1]. Matlamat penubuhan persatuan bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan masyarakat mengenai amalan Kitar Semula dan 3R . Program dengan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian terbabit seperti Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2013 dan program Kearah Sisa Sifar yang melibatkan 20 Sekolah Menengah dan Rendah di sekitar Lembah Klang. Kempen kesedaran 3R, baja kompos dan sekolah lestari menjelajah seluruh Malaysia dengan kerjasama GLC dan PBT melibatkan lebih 200 sekolah. Pencapaian lain ialah membangunkan beberapa sekolah lestari termasuk memperkenalkan program ecobricks di peringkat sekolah di Malaysia dan Kalimantan.[2]

Pada 2014, beliau dan pasukannya ke Estonia untuk menghadiri persidangan [Clean World Conference]] . Setahun selepas itu kempen World Cleanup Day di perkenalkan di Malaysia oleh pasukannya dengan menganjurkan kempen pembersihan awam yang melibatkan 120 lokasi seluruh Malaysia, berlangung selama lima jam. [3] . Selain itu beliau giat mengadakan kempen pembersihan sungai dan aktiviti gotong royong serta kesedaran sisa elektronik pelbagai peringkat. Dia turut dilantik oleh Yayasan dari Eropah Let's Do it World Foundation sebagai Mentor bagi benua Asia Tenggara dan berpeluang memimpin ramai Leader dalam kalangan NGO dari beberapa negara di rantau Asia Tenggara

Hari Pembersihan World Cleanup Day bersama para pelajar dan penduduk setempat di Kota Bharu

Sebagai Mentor Kempen Pembersihan Dunia World Cleanup Day, Johan terlibat secara langsung dalam usaha memperkasakan masyarakat dalam komuniti dan pelajar seluruh negara melalui kerjasama universiti, pihak berkepentingan dan agensi kerajaan melalui kempen sisa sifar. Selain itu sumbangannya sebagai jawatankuasa LocalAgenda21 bersama PBT tempatan banyak menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara. Kepakaran beliau dalam bidang pengurusan sisa, produktivi hijau dan 3R adalah sejajar dengan matlamat pembangunan mapan UNSDG2030. Johan turut diberi pengiktirafan sebagai Tokoh Produktiviti Hijau oleh agensi kerajaan MPC pada 2022.

Selaku jurulatih GP dalam bidang Green Productivity di bawah Asia Productivity Corporation APO Japan,[4] Johan' banyak terlibat dalam usaha kelestarian termasuk dilantik Penasihat Kampus Lestari dibawah Sejahtera Inisiatif UIAM- Universiti Islam Antarabangsa, Gombak 2019 ke 2021.[5]

Pengalaman Johan dalam isu penjagaan alam sekitar dan perubahan iklim memberi impak melalui kempen pembersihan awam dan peranan sebagai penasihat strategik institusi pendidikan banyak memperkaya pengalaman beliau dalam pembangunan sivik dan sosial masyarakat.

Pada 2015, beliau mula mengasaskan komuniti Hemp Malaysia untuk menyambung misi Zero Waste dalam penglibatan industri baharu melibatkan kesedaran dan pendidikan awam. Sebelum itu sejak 2013, Johan aktif menaja dengan menganjurkan kempen kesedaran, taklimat dan aktiviti pro kanabis bersama advokasi tempatan. Seterusnya, beliau & beberapa golongan belia menubuhkan persatuan MHIRA [6] dibawah ROS Malaysia . Ia bertujuan memberi peluang generasi muda mendalami konteks kelestarian, teknologi hijau, kesihatan dan sisa sifar dalam bidang Hemp.

Melalui MHIRA , Johan turut bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan Tradisional Thailand DTAM dalam pembangunan Kanabinoid menjurus aspek rawatan tradisional.

Johan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional Thai DTAM

MHIRA turut berjaya mengangkat bidang baru itu dalam konteks penyelidikan dengan kerjasama Universiti tempatan dan sering diundang berkongsi tajuk Pembangunan Mapan dan Hemp Industri di seluruh dunia seperti India, Jepun, Eropah dan beberapa negara Asia termasuk Indonesia Thailand dan Filipina . [7]

Johan Mohamad di Bengkel Hemp Industri anjuran UNCTAD di PBB Geneva Switzerland

Pengalaman Johan merawat anak sulungnya selama hampir dua tahun yang menghidapi kanser Synovial Sarcoma dengan rawatan Kanabidiol CBD mendekatkan beliau bekerjasama dengan doktor dalam bidang cannabinoids dan kumpulan advokasi antarabangsa.

Di peringkat global, beliau pernah diundang untuk berkongsi tajuk Pembangunan Mapan dengan membentangkan tajuk Hemp Industri di Geneva Switzerland sebaris persatuan Hemp Industri dari seluruh dunia anjuran badan PBB UNCTAD.

Bersama ahli MHIRA di IIUM

Lain–lain rujukan[sunting | sunting sumber]

Akan dikemaskini