John's Mistress

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John's Mistress
Berasal dariMalaysia
GenreRock alternatif
Tahun aktif1997–2010
Syarikat rakaman
Positive Tone
Bekas ahli
  • Fumi
  • Kevin
  • Dan
  • Ian
  • Chino

John's Mistress ialah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 1997. Sepanjang penubuhannya selama 13 tahun, kumpulan ini meraih pengiktirafan meluas menerusi lagu "Numb", diikuti dengan keluaran album pertama dan terakhir mereka, They Stereotyped You Too.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1997, ahli kumpulan John's Mistress terdiri daripada Fumi (vokal/gitar), Kevin (gitar), Dan (bes), Ian (bes) dan Chino (dram). Bakat mereka menarik perhatian syarikat rakaman Positive Tone, kemudian menerima kontrak rakaman serta-merta. Pada 13 Mac 2000, album sulung mereka, They Stereotyped You Too telah dikeluarkan.[3][4] Single pertama mereka, "Numb" mendapat sambutan dan menaiki carta tempatan di 2 stesen radio paling popular pada masa itu, hitz.fm dan WOW.fm (kini Hot FM).

Pada tahun 2001, John’s Mistress telah dicalonkan untuk tiga anugerah di Anugerah Industri Muzik 2001 (AIM 2001), iaitu Artis Baharu Terbaik, Album Inggeris Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Chino dan Hans meninggalkan kumpulan itu untuk menyambung pelajaran mereka. John's Mistress kemudian mengambil keputusan untuk menyepi dari industri muzik.

Kumpulan ini membuat kemunculan semula dengan terdiri daripada Fumi sebagai ahli asal dan mempunyai tiga ahli baru. Mereka kemudian muncul dengan lagu bertajuk "Heroes" pada 2010. Bagaimanapun, selepas lagu itu dikeluarkan, perjalanan muzik John's Mistress berakhir di pertengahan jalan. Ahli kumpulan itu mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
They Stereotyped You Too

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Numb" 2000
"Faraway"
"Heroes" 2010

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik John's Mistress Tercalon
Video Muzik Terbaik "Faraway" Tercalon
Album Inggeris Tempatan Terbaik They Stereotyped You Too Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "John's Mistress azam ukir nama". Berita Harian. 1 Mac 2000. Dicapai pada 17 Disember 2019.
  2. ^ "Terpilih lagu iklan". Harian Metro. 8 Mac 2000. Dicapai pada 17 Disember 2019.
  3. ^ Zainal Alam Kadir (20 Mac 2000). "Game for John's Mistress?" [Permainan untuk John's Mistress?] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Disember 2019.
  4. ^ Beverley Lim (13 Jun 2000). "John's Mistress is no side-kick" [John's Mistress bukan sepakan sampingan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]