Hitz (stesen radio)
Slogan | Playing you All the Hitz (2001-2018) All The Hitz, All The Time (2018-kini) |
---|---|
Tarikh siaran pertama | Januari 1997 |
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar | Mix, Lite, Era, Sinar, My, Melody, Zayan, goXuan, Gegar dan Raaga |
Tapak web | hitz |
Hitz (dahulu dikenali sebagai hitz fm)[1] ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[2]
Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada Januari 2018 seperti stesen Astro Radio yang lain untuk memfokuskan kepada platform digital.[3]
Sejarah
Hitz FM muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.
Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.
Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai hitz.fm (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.
Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.
Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.
Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.
Isu dan kontroversi
Pada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.[4]
Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan.[5][6] Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.[5]
Segmen
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Back to Back Hitz | 00:00 - 06:00 | |
Hitz Morning Crew | Arnold & Ean | 06:00 - 10:00 |
Hitz Days | Calista Leah Liew | 10:00 - 16:00 |
Hitz Drive | Zher | 16:00 - 20:00 |
Hitz Tonight | Keanu | 20:00 - 00:00 |
Sabtu
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Hitz Weekend | 6am - 7am | - |
Best of Gotchas | 7am - 8am | Ean & Arnold |
Best of Morning Crew | 8am - 9am | |
Hitz 30 Chart | 9am - 11am | Ean & Arnold |
Hitz Weekend | 11am - 4pm | Calista Leah Liew |
Hitz Weekend | 4pm - 9pm | Melissa |
Club Hitz | 9pm - 4am | Jakeman & Skeletor |
Hardwell On Air | 12am - 1am | Hardwell |
Bak2bak Hitz | 4am - 6am | - |
Ahad
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Hitz Weekend | 6am - 8am | - |
Best of Gotchas | 8am - 9am | Ean & Arnold |
Best of Morning Crew | 9am - 10am | |
Hitz 30 Chart | 10am - 12pm | Ean & Arnold |
Hitz Weekend | 12pm - 4pm | Calista Leah Liew |
Malaysian English Top Ten [MET10] | 4pm - 5pm | |
Hitz Weekend | 5pm - 8pm | Melissa |
Hitz Trending | 8pm - 9pm | Keanu |
Club Hitz | 9pm - 2am | Jakeman & Skeletor |
Bak2bak Hitz | 2am - 6am | - |
Penyampai
Penyampai kini
- Arnold Loh
- Ean Nasrun
- Calista Leah Liew
- Zher Peen
- Keanu Azman
- Melissa Th'ng
Bekas penyampai
Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.
- Ryan Matjeraie (2013-2016)
- Juanita Ramayah (2013-2018)
- Adam Izzy (2014-2017)
- Sher Mohamed (2013-2016)
- Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
- Jin Lim (2007-2015)
- Natalie Kniese
- Hunny Madu (2007–2008)
- Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
- Rudy Sufian (2003–2008)
- Azura Zainal (2006–2007)
- Marion Caunter (2006—2007)
- Brian Vinesh (2005—2007)
- Jason Lo (2003–2007)
- Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
- Serena Choong (2000—2006)
- Phat Fabes (1999–2006, berpindah ke Mix)
- Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
- Li'l Kev (1997–2003)
- FlyGuy (1997–2003)
- Anushia Kanagasabai (1997–2002)
- John Boy (1997–1999, 2001)
- Mesh Nair (1997–2004)
- Ross Yusof (1997–2004)
- Farouk Khan (1997)
- Adam Carruthers
- Jay (2016-2018)
- Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Fly FM)
- Khalif Sultan (2016-2019)
Frekuensi
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
92.9 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali |
92.8 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis | Gunung Jerai |
Pulau Pinang | ||
92.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
95.0 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
93.0 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
97.6 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
92.4 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya |
Satun, Thailand | ||
93.6 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
93.2 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
94.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung |
92.8 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau |
95.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
105.8 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
105.1 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima |
100.8 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |
99.8 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Saluran | Platform TV |
---|---|
852 | Astro |
Rujukan
- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
- ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
- ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.
- ^ Brown, Victoria (21 September 2017). "Hitz FM apologises for 'transphobic' video" [Hitz FM memohon maaf atas video berunsur 'transfobia']. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (19 Februari 2021). "Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Musa, Nur Huda (19 Februari 2021). ""Saya bangga jadi cikgu" – Cikgu Rafidah". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.