Hot FM
Adalah disarankan bahawa Hot FM : Big Jam 2019 perlu digabungkan ke dalam rencana ini. (Bincang) Diusul sejak Mac 2019. |
![]() | Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Mei 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
![]() | |
Kawasan penyiaran | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Slogan | Lebih hangat daripada biasa Muzik Paling Hangat |
Tarikh siaran pertama | 15 Januari 2006 |
Pemilik | Synchrosound Studio Sdn Bhd, Anak Syarikat Media Prima Berhad |
Tapak web | Hot FM |
Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WOWFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WOWFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.
Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.
Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.[1]
Isi kandungan
Penyampai[sunting | sunting sumber]
Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]
- Fizie
- Shuk Sahar
- Shuib Sepahtu
- Deen
- Haziq Hussni
- Zetty
Penyampai Hujung Minggu / Rancangan Dedikasi[sunting | sunting sumber]
- Sarancak (Sara Zulkifli)
- Adam
- Ijal
Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]
- Fiqrie Dahari
- Nik Nor Azura Nik Mahmud
- Kartini Kamalul Arifin
- Anne
- Faizal Ismail
- Syed Mohd Asri (Usop Wilcha)
- Chad
- Suraya
- Maskiran Jakiran (Kieran)
- Sharifah Aleya
- Liza
- Farah Fauzana
- AG
- Ikhwan
- Rea
- Tun Nadia
- Rafly Rahamat (meninggal dunia)
- Issey (berpindah ke Suria FM)
- Ajak Shiro
- Ammar
- El
Program[sunting | sunting sumber]
Isnin hingga Jumaat[sunting | sunting sumber]
Segmen | Masa | Penyampai | Penaja |
---|---|---|---|
Geng Pagi Hot | 6 - 10 pagi | Fizie, Shuib Sepahtu & Shuk | - |
Muzik Hot | 10 pagi - 4 petang | - | - |
Jam Hot | 4 petang - 8 malam | Deen & Haziq | - |
Mega Hot | 8 malam - 12 tengah malam | Zetty | - |
Sabtu[sunting | sunting sumber]
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Top 40 Hot | 9am - 1pm | Zetty |
Hello Hot ( Dedikasi ) | 2pm-8pm | Penyampai Hujung Minggu |
Hot Buzz | 8pm-10pm | Deen & Haziq |
Jamming Hot | 10pm-12am | Penyampai Hujung Minggu |
Ahad[sunting | sunting sumber]
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Apa Yang Hot | 11am-1pm | Penyampai Hujung Minggu |
Hello Hot | 1pm-8pm | Penyampai Hujung Minggu |
Top 40 Hot
(Ulangan) |
8pm-12pm | Zetty |
Frekuensi[sunting | sunting sumber]
- Lembah Klang/Pahang Barat/Tanjung Malim - 97.6 FM
- Kuantan/Selatan Terengganu (Kemaman)/Mersing - 92.4 FM
- Ipoh/Tapah - 104.5 FM
- Johor Bahru/Singapura/Batam - 90.1 FM
- Kota Kinabalu - 87.5 FM
- Kuching/Brunei - 94.3 FM
- Melaka/Muar - 104.3 FM
- Seremban - 99.5 FM
- Kota Bharu/Besut - 105.1 FM
- Kuala Terengganu/Hulu Terengganu/Marang - 105.0 FM
- Pulau Pinang/Kedah/Perlis/Pulau Langkawi/Medan - 88.2 FM
- Taiping - 90.5 FM
Laman Sosial & Hiburan[sunting | sunting sumber]
Talian hangat Hot FM[sunting | sunting sumber]
: 03-77108822
Laman Web[sunting | sunting sumber]
: hotfm.com.my
Media Sosial[sunting | sunting sumber]
Media Sosial | Nama |
---|---|
Hot FM | |
@hotfm976 | |
@hotfm976 | |
017-3028822 | |
Snapchat | hotfm976 |
Youtube | Hot TV |
Spotify | Hot FM |
Youtube Hot FM[sunting | sunting sumber]
Antara semua radio di Malaysia , Hot FM telah mendominasi radio digital terbaik melalui Youtube dengan sajian video-video menarik.
Ikon bagi Youtube Hot FM ialah Sara Zulkifli atau dikenali sebagai Sarancak . Antara video-video menarik oleh Sara ialah :
- Cak Bersama Sarancak - Temu ramah artis dengan bermain "game" sempoi dengan mereka
- Hot Scoop - Mencungkil kisah-kisah tertentu sepanjang minggu tentang artis Malaysia
- #SaraCabar - Cabaran yang dilakukan oleh Sara hasil daripada permintaan peminat
- Geng Sara - Sara and the "geng" dalam sebuah komedi pendek
- #SisCuba - Sara mencuba pelbagai karenah yang tular di media sosial
- #SembangBelakang - Sara akan terjah Artis dan Penyampai Radio Hot FM tentang kisah hidup di sebalik kerjaya
- #NothingAneh - Tips dan fakta yang Sara akan kongsi
- #BroCuba - Sara akan mencabar Geng Pagi Hot untuk melakukan cabaran !
Selain itu , ada juga sajian video seperti :
- Akustik Hot
- Hot TV
- FB Live Hot
- FB Rock Hot
- Lawak Vaganza
dan banyak lagi video-video menarik !
Layari : Hot TV
Aplikasi Hot FM[sunting | sunting sumber]
Layan Hot FM di mana-mana sahaja secara "streaming" menerusi Aplikasi Hot FM di App Store bagi pengguna IOS serta Google Play Store bagi pengguna Android.
Rancangan Pagi di Hot FM[sunting | sunting sumber]
Segmen Pagi Hot FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Hot FM dinamakan sebagai Hot FM AM Krew yang diterajui oleh dua penyampai popular Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Marcapada, rancangan ini diterajui oleh Ajak Shiro, Fizie dan Haziq (2016) dan dinamakan Geng Pagi Hot. Rancangan ini telah mendapat rating kira-kira 3 juta pendengar purata seminggu.
Penyampai Radio Pagi[sunting | sunting sumber]
Tahun | Penyampai |
---|---|
2006-09 | Fara Fauzana & Faizal Ismail |
2010-11 | Fara Fauzana, Faizal Ismail & AG |
2012 | Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG & Usop Wilcha |
2013 | Fara Fauzana, Faizal Ismail & AG |
2014-16 | Fara Fauzana, AG & Fizie |
2016 | Fizie, Ajak Shiro & Haziq |
2017-19 | Fizie, Ajak Shiro & Shuk |
2019 | Fizie, Shuk & Shuib Sepahtu |
Segmen[sunting | sunting sumber]
Segmen | Tentang Segmen |
---|---|
Panggilan Hangit | Apabila Geng Pagi Hot mengenakan pendengar melalui telefon mengikut jalan cerita yang dicadangkan oleh pendengar |
Sketcah GPH | Sketsa pendek dan 'pecah' oleh Geng Pagi Hot |
Geng hari Jadi Hot | Anda sambut hari lahir? Daftar di sini dan Geng Pagi Hot akan menelefon anda. Mungkin mereka akan menyanyikan lagu hari jadi atau membuat kejutan untuk anda! |
English Hot | Dengarkan gelagat Geng English Hot belajar English bersama-sama Teacher Fatty. Gurau senda mereka pasti membuatkan anda tertawa! |
Geng Borak Hot | Topik harian yang hangat dan viral yang dibincangkan oleh Geng Pagi Hot serta pendengar. |
Geng Nasihat Hot | Nasihat yang ringan dan santai oleh Geng Pagi Hot dalam bentuk sketsa |
Menarik Pelik Jelik | Sebuah info di mana Geng Pagi Hot akan menyampaikan 1 berita menarik, 1 berita pelik dan 1 berita jelik. Anda mungkin tidak mempercayai berita tersebut tetapi ia adalah sebuah fakta! |
Peraduan Hot FM Nyanyi Semula[sunting | sunting sumber]
Anda tak perlukan kuasa luar biasa. Tak perlu jadi adiwira yang boleh baca fikiran orang ataupun yang boleh terbang. Anda hanya perlukan memori yang kuat untuk peluang menang RM100 atau wang terkumpul. Jadi pemanggil terpantas apabila isyarat memanggil ke udara. Lepas tu, nyanyi semula bahagian lagu yang telah diberikan oleh Geng Pagi Hot. Pastikan lirik korang tu betul! Kalau suara sedap lagi bagus! Jikalau gagal, wang akan bertambah RM 100!
KUTIPAN WANG TERTINGGI: RM 21 100 (OKTOBER 2017); Lagu: Aku Mula Rindu (Hez Hazmi)
Rancangan Petang di Hot FM[sunting | sunting sumber]
Rancangan Petang Hot FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" dengan lagu-lagu Hit serta segmen menarik dalam Jam Hot (dulu dikenali sebagai Hot FM Jam). Rancangan ini pertama kalinya diterajui oleh dua penyampai yang berdarah Jawa, Kieran & AG dan dikenali sebagai "Jawarangers". Akan tetapi, mereka dipisahkan pada 2010. Sekarang ini, Jam Hot dikendalikan oleh penyampai paling lama di Hot FM, Deen bersama pelawak duo dari kumpulan Titan iaitu Issey dan Ammar. Selepas hal yang berlaku terhadap Ammar dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" di TV3 yang menjadi kontroversi, Ammar digantung tugas sebagai pengacara dan penyampai radio.
Penyampai Radio Petang[sunting | sunting sumber]
Tahun | Penyampai |
---|---|
2006-09 | AG & Kieran |
2010-12 | Kieran, Ikhwan & Suraya |
2013 | Kieran & Ikhwan |
2014 | Kieran, Ikhwan & Liza |
2015 Penggal Pertama | Ikhwan & Liza |
2015 Penggal Kedua | Deen, Haziq & Liza |
2016-18 | Deen, Issey & Ammar |
2018-19 | Deen & Ammar |
2019 | Haziq, Feiyna & Zetty |
Segmen[sunting | sunting sumber]
Segmen | Tentang Segmen |
---|---|
Ayat Power Jam | “Pick Up Line” daripada Deen dan Issey kepada pendengar. Pendengar akan memberikan markah samada “cair” atau “biasa-biasa je”. |
Kejohanan Jam Hot | Uji minda dengan menyenaraikan perkara-perkara berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Mereka akan mengumpul markah harian dan pada hujung bulan akan diumumkan siapa pemenang untuk bulan berkenaan. |
Topik | Topik ringan serta santai yang sesuai semasa pendengar pulang dari pejabat. |
Gelak Siapa Tu? | Jom teka gelak selebriti manakah itu? Jam Hot akan memainkan tiga gelak oleh tiga selebriti yang berlainan. Anda berpeluang memenangi RM 100 atau wang terkumpul. Setiap hari, Jam Hot akan memberikan klu tentang artis tersebut. |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Marcus Chhan (20 Oktober 2009). "Nielsen Radio figures in, Hot FM leads way". Marketing Interactive. Dicapai 21 Oktober 2009.